Pada PRU ke 11 (2004) Calon MIC mendapat lebih 14 ribu undi, dengan majoriti lebih daripada 7 ribu undi. Satu kemenangan yang bergaya yang sememangnya dibantu dengan faktor "Jangan bekerja untuk saya tetapi bekerjalah dengan saya" pada masa itu.
PRU ke 12 mengundang musibah kepada BN. Calon MIC telah kehilangan lebih 4 ribu pangkah dan tanpa bantuan Pakatan Rakyat, calon bebas pada masa itu (" calon Parti Cap Kunci" bagi saya kerana beliau telah gunakan lambang kunci semasa PRU 12 lalu), V. Arumugam telah berjaya meraih kemenangan dengan majoriti sebanyak 2, 362 undi. Bukan sahaja hilang lebih daripada 4,000 undi kepada calon parti cap kunci, calon MIC juga pasti berduka nestapa melihat lebih dari 1, 600 undi rosak yang mungkin boleh jadi hak beliau seandainya semuanya adalah molek dan indah di Bukit Selambau (aka Sungai Petani). Ya, hampir 1, 700 undi rosak! Anda boleh bayangkan perasaan yang bergelojak, merencam dan bergelodak di sanubari para pengundi ini hingga sebegitu ramai sanggup menterjemahkan undi berharga milik mereka kepada kepada undi sedemikian rupa. Kenapa ini semua berlaku? Berantakan perasaan semata-mata?
Punca yang pasti adalah faktor "jangan bekerja untuk saya tetapi bekerjalah dengan saya" telah bertukar menjadi "jangan bekerja untuk saya tetapi biarkan negara dan saya dikerjakan". Itu faktor tsunami, kesan domino yang melanda hampir seluruh kerajaan di bawah Barisan Nasional.
Tetapi mustahil tiada faktor setempat di N25 sendiri bukan? Kita lihat faktor 1, 694 undi rosak tersebut daripada hanya lebih kurang 25 ribu orang yang keluar mengundi. Kenapa merosakkan undi jalan yang dipilih pengundi-pengundi ini? Kenapa tidak dipangkah oleh mereka ini akan calon parti cap kunci? Siapa mereka ini? Saluran berapa yang paling banyak undi-undi rosak ini?
Sebenarnya tidak ada faktor "A New Dawn for Malaysia" di N25 semasa PRU 12 yang lalu. Setelah calon PKR ditolak pencalonannya atas sebab-sebab teknikal, Pakatan Rakyat tidak begitu berminat kepada kerusi N25 ini. Calon mereka yang terdahulu, seorang Melayu berjaya meraih lebih kurang 6 ribu undi berbanding lebih kurang 2 ribu undi lagi yang berpihak kepada calon DAP, masih tidak cukup menyekat kemenangan bergaya calon MIC pada ketika itu (14 ribu undi lebih kurang). Jadi tidak hairanlah mereka lepas tangan dan mengibarkan bendera putih selepas hari pencalonan semasa PRU 13 lalu.
Bagaimana dengan calon parti cap kunci? Saya sendiri tidak mengenalinya dan begitu juga majoriti yang mengundi di N25. Yang hanya saya dengar beliau adalah seorang mekanik airforce pencen, itu sahaja. Apa yang pasti, tiada faktor "wow!" pada diri calon parti cap kunci pada masa itu.
Namun begitu, tanpa jentera pilihanraya dan kempen yang gah dan tanpa dikenali ramai, lebih dari 4 ribu pangkah telah bertukar petak di dalam kertas undi pada 8 Mac 2008. Apa kurangnya calon baru dari MIC? Adakah calon baru tidak memikat atau prestasi wakil rakyat terdahulu dari MIC yang juga bekas Exco (yang menduduki kerusi itu lebih dari 2 penggal) yang menjadi faktor sebenarnya. Kenapa wakil rakyat terdahulu ini tidak dicalonkan semula? Itu sahaja pasti boleh menjawab beberapa persoalan kemerosotan teruk yang menimpa calon baru dari MIC pada 8 Mac 2008.
Faktor siapa calon dan dari mana dia datang amat penting di N25 kali ini. Tidak hairanlah jika kita mendengar bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menamakan calonnya selagi BN belum berbuat demikian. Undi daripada pecahan ras mana yang sebenarnya telah berkurangan mengundi BN dan bertukar angin kepada calon parti cap kunci? Sayugia diingatkan bahawa kerusi Bukit Selambau bukanlah tradisinya milik MIC. Atas dasar kompromi, pada PRU 9 tidak silap saya, ianya bertukar kepada MIC daripada UMNO atas tukar suka sama suka dengan kerusi DUN Kuala Ketil.
Kesilapan memilih akan membawa padah kepada kedua-dua pihak. Lihat sahaja kepada trend terkini di mana begitu ramai mereka yang bergelar calon bebas yang kebelakangan ini tampil ke hadapan untuk bertanding di sini. Hanya yang pura-pura tidak nampak atau buta sahaja yang tidak boleh melihat apa yang pengundi N25 mahukan. Begitu ramai yang bergelar pakar politik di dalam kedua-dua BN dan PR, takkan mereka tidak boleh membuat analisis berkenaan sentimen kami, bakal-bakal pengundi N25 dengan hanya melihat carta pengundi dan pecahan fakta di bawah. Tidak begitu?
Tetapi betulkah pakar-pakar politik BN dan PR ini benar-benar pakar dan peka dengan kehendak pengundi N25? Lihat kepada perebutan dalaman komponen-komponen dari BN dan di dalam PKR sendiri yang masing-masing terkinja-kinja mahukan calon pilihan masing-masing, kita tidak dapat tidak lari daripada mempersoalkannya. Mereka seolah-olah "clueless" dengan kehendak pengundi.
Tiada pihak sepatutnya terlalu yakin untuk meraih kemenangan bagi N25 kali ini. Angin pernah berubah dan angin pasti boleh berubah sekali lagi, hanya arahnya yang tidak kita ketahui. Cuma pada pendapat saya, kelebihan yang ada pada Pakatan Rakyat adalah faktor kerajaan negeri. Kedah milik mereka masa kini dan sedikit sebanyak ianya pasti boleh memberi kesan kepada jentera pilihanraya mereka kali ini. Bagi saya, calon PAS adalah pilihan terbaik bagi Pakatan Rakyat di sini & bukannya dari PKR. Untuk rekod, PAS juga biasa bertanding di sini sebelum PRU 12. Calon PAS boleh mewarnakan persekitaran pertandingan sebagaimana yang melanda PRK KT baru-baru ini. Walaupun pengundi Melayu hanyalah 50 % daripada keseluruhan pengundi N25, saya PAS tidak ada masalah untuk meraih sokongan bukan Melayu di sini. Namun demikian, dengan bersetuju sekali lagi meletakkan calon PKR di sini, Pakatan Rakyat sebenarnya meletakkan diri mereka di tempat yang sama dengan permasalah pemilihan calon dari kalangan komponen BN. Sayang sekali....
Apapun kemenangan pasti akan diraih oleh parti yang bak kata mat saleh, "still able to see the angle" serta menghormati intelek dan kehendak pengundi. Pada hari pencalonan nanti kita pasti akan dapat lihat gabungan manakah yang benar-benar peka dan "able to see the bigger picture" ini hanya dengan sekadar melihat siapa yang mereka letakkan sebagai ayam sabungan masing-masing di dalam gelanggang N25 kelak.
Kemaskini 7.10pm

9 comments:
Please la Najib, choose one from MIC. Sure win one. Everyone love the MIC. Re-branded already what! Hail Semi Value!!!
Salam Tuan Lawyer,
Dengan kata lain, sapa pun calun yang melawan BN di Bukit Selambau PRU12 yang lalu pasti menang ? Pasti ramai yang menyesal/frust tak berani masuk bertanding dulu. Tok Mun yang kempen naik basikal di KT pun boleh menang kalau bertanding di N25 ! Baru betul malu BN.
Bagaimana pula trend pengundi N25untuk kerusi Parlimen?
Looking forward to ur take on the locals view of :
- Najib sebagai pengganti PL
- the happenings in Perak
- isu2 lokal penting yang mempengaruhi pengundi
- pengaruh TDM
Terimakasih.
Setakat pemikiran yang telah menjadi sejarah, rakyat hatta ahli UMNO sendiri berubah angin pada pilihanraya lalu atas dasar tidak setuju dengan Paklah yang membawa corak kepimpinan yang ditolak khususnya kerana tidak selari dengan kepimpinan Tun, malah cuba memburukkannya, tidak menghormati dan sekaligus membatalkan jambatan bengkok kerana tunduk kepada Singapura dan membebaskan Anwar yang kini menjadi ikon kepada ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial/perpaduan kaum negara. Selebihnya kerana anak meanntu paklah yang 'sudah lebih'.
Selepas itu UMNO dituduh secara keseluruhannya dan atas sebab UMNO mampu runtuh atas kesilapan dan keburukkan Paklah maka pembangkang mengambil kesempatan dan pendekatan yang sama dengan memburukkan Najib supaya UMNO sekali lagi dalam krisis identiti dan hilang keyakinan kepada rakyat.
Hari ini, ramai sangat menyatakan 'UMNO tidak berubah' sebagai satu gambaran bahawa peluang UMNO untuk kembali hebat semakin pudar.
Berbalik kepada sebab utama dan sudah menjadi sejarah, langkah pertama yang perlu di ambil ialah Paklah berundur pada akhir March nanti dan Najib perlu sambung semula kepimpinan Mahatirism dengan diubahsuai mengikut keperluan semasa dan masa hadapan dengan memperbanyakkan kerjasama dengan PAS samada secara formal atau tidak langsung.
Najib juga harus cepat belajar dari kesilapan Paklah - dia wajar cepat berundur jika selepas ini kepimpinannya ada signal ditolak.
4000 dan 1600 undi rosak akan tunggu calun mana?DS NAJIB tolong turun kebawah dan dengar sendiri rasa hati rakyat khususnya orang melayu d bukit selambau,Kalau masih nak dengar cakap SAMY BALU tu yg sendiri kalah dah tak relevan lagi,hanya ada berapa kerat ahli saja,cakap kuat gempaq saja maka orang bukit selambau kirim salam pada BN bye,bye............sembang kedai abu.
Ni nak habaq mai sat na... orang SP, melayu ka cina ka india ka dah tak kelapaq kat MIC dah cek oi... pikiaq2 la sama na...
JANGAN HARAP LA BN NAK MENANG WOI. KALU MUKA YANG DOK JADI KAPLA NOMBOT 1 BN/UMNO KEDAH MUKA HAT TU JUGAK TOKSAH NAK MIMPI LA
Behh aa nii..!!!
Old Boy Ibrahim School said...
Ni nak habaq mai sat na... orang SP, melayu ka cina ka india ka dah tak kelapaq kat MIC dah cek oi... pikiaq2 la sama na
Sekadar nak menyahut Pandangan menarik.
Kalau kawasan Melayu bubuh la calon Melayu. Dok buh keling buat apa. Calon Parti Cap Kunci menang bukannya pasai apa, pasai orang tak mau calon MIC, sudah menang kalo besaq kapla.Pilihanraya lepas cap ayam pun boleh menang.
Cuma nak buat analisa sikit, nak jawab soalan lawyer kampung. 1600 tu undi orang melayu UMNO yang tak mau pangkah keling MIC ataupun keling cap kunci. 4000 lebih tu undi keling estet yang tak lagi sokong MIC kerana dah jatuh hati kat HINDRAF campur cina dll. Analisa mudah politikus kampung.1600 tu bukannya tak pandai mengundi tetapi mereka paling bijak mengundi dengan menunjukkan protes di ballot box secara senyap.
Bukit selambau jauh dari ipoh..faktor perak nothing to do there. Yang penting bagi pengundi wakil rakyat yang boleh diharapkan, macam arwah paknjang badri dulu; dok meniaga pasar malam pun boleh jadi wakil rakyat yang baik.
Betui tu mahadett. Hang memang betui. Depa ni tak paham lagi politik orang SP. Cerita-ceriti perak takat perak sajalah!
Post a Comment