Najib not taking it sitting down.
Taking cue on what I have said in previous blog entry titled "Dateline: 16th September 2008", I presumed. How I wish, tongue-in-cheek... (wink!).
Utusan Online (Terkini) has the report:
BN pandang berat laporan 30 wakil rakyatnya berpaling tadah - Najib
Taking cue on what I have said in previous blog entry titled "Dateline: 16th September 2008", I presumed. How I wish, tongue-in-cheek... (wink!).
Utusan Online (Terkini) has the report:
BN pandang berat laporan 30 wakil rakyatnya berpaling tadah - Najib
25/04/2008 1:06pm
PUTRAJAYA 25 April — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen dari parti itu akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.“Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, yang mengandungi PKR, DAP dan PAS, untuk membolehkannya membentuk kerajaan kerajaan kerana pembangkang kini mempunyai 82 wakil dalam Dewan Rakyat berbanding 140 daripada BN. Sekiranya 30 wakil rakyat BN keluar parti, ia akan hanya mempunyai 110 orang saja.
Ketika ditanya sama ada BN akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua Anggota Parlimennya tidak menyertai pembangkang, Najib berkata : “Kita akan lakukan sesuatu tetapi saya tidak akan beritahu anda.”“Kita dengar ura-ura (lompat parti) ini tetapi tidak ada siapapun yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN.”
“Namun, kita tetap pandang berat dan tidak boleh ketepikannya walaupun ada unsur mainan politik.” - Bernama
No comments:
Post a Comment