Beliau berkata:
Ini kerana, jelasnya, pada kebiasaannya Menteri Besar akan memegang jawatan tertinggi UMNO di sesebuah negeri bagi memudahkan urusan pentadbiran dan parti, bagaimanapun terpulang kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menentukannya.
''Secara tradisinya, Menteri Besar akan memegang jawatan nombor satu dalam parti di sesebuah negeri. Biasanya begitulah dan saya tidak akan menolak jika ditawarkan (jawatan)," ujarnya yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman.

Tetapi bukankah "kebiasaannya" dan "secara tradisinya", Menteri Besar yang dilantik selepas sesuatu Pilihanraya Umum sekiranya BN memenangi pilihanraya berkenaan adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO atau seorang ADUN yang mendapat kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri untuk memimpin negeri?Bukankah "kebiasaannya" dan "secara tradisinya", Menteri Besar yang dilantik adalah ADUN yang dilantik oleh pucuk pimpinan parti? Bukankah itu kebiasaan dan secara tradisinya Datuk MB?
Mungkin UMNO boleh memulakan dasar "check and balance" daripada dalam UMNO sendiri dengan mengekalkan sistem seperti yang sedia ada di Terengganu dengan mengasingkan jawatan parti dengan jawatan di dalam kerajaan. Bukankah jawatan MB adalah jawatan kerajaan manakala jawatan Ketua Perhubungan UMNO negeri adalah jawatan parti? Tiada sangkut-paut antara satu sama lain sama-sekali.
Alang-alang Datuk MB telahpun membelakangkan kebiasaan dan tradisi, untuk dilantik sebagai MB sebelum ini, teruskanlah melakukannya (untuk membelakangkan kebiasaan dan tradisi) dengan menjadi MB pertama dari UMNO Terengganu yang bukannya Ketua Perhubungan UMNO negeri.
Sejak perlantikan (yang membelakangkan kebiasaan dan tradisi) Datuk MB sendiri sebagai Menteri Besar, bukankan itu "kebiasaannya" dan "secara tradisinya" yang berlaku?

No comments:
Post a Comment