Friday, April 04, 2008

A Storm Brewing In The East

What's the angle on this? Sign of support or rejection? One of UMNO's solutions in reinventing and rebranding itself? Why the Supreme Council and not the supreme leader or vice supreme leader, for what it's worth? Oh! UMNO Pahang State Liaison Commitee! Why Pahang? You got to get yourself a better angle to read into this. Do not jump into conclusion just yet, it could be a storm but then again, it can also be nothing, but a shiny rainbow beyond that horizon. This is Bolehland, anything goes!
Utusan Online Terkini has the scoop:
Semua ahli MT perlu lepaskan jawatan
04/04/2008 5:35pm

KUANTAN 4 April - Badan Perhubungan UMNO Pahang meminta semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Khas untuk melantik anggota MT yang baru berikutan prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Setiausahanya, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, langkah itu sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan UMNO bahawa jika semua ahli MT berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau timbalannya perlu mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.
“Perwakilan akan menentukan semula siapa ahli MT yang baru bagi menggalas tanggungjawab menentukan hala tuju parti,” katanya.
Menurutnya, gesaan itu dilakukan berikutan kegagalan pucuk pimpinan parti dan ahli MT mempertahankan empat daripada lima negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya lalu.

1 comment:

Anonymous said...

si adnan nak cari popular iti je tu!