Terdetik hati saya bila membaca berita di dalam The Star Online berkaitan dengan keangkuhan seorang rakyat Malaysia yang beroleh gelaran "Yang Berhormat" atas kepercayaan dan undi daripada masyarakat majmuk di negara ini. Seorang wakil rakyat daripada parti yang dikatakan berteraskan demokrasi tulin begitu angkuh dalam mengatakan bahawa parti politik beliau adalah berpegang teguh kepada suatu polisi yang tidak ada pengecualiannya, sehinggalah baru-baru ini apabila mereka berjaya membentuk kerajaan campuran di Selangor.
Sedutan daripada berita di dalam The Star Online berkaitan (Teng explains why DAP changed position on headgear):
In the posting, Teng explained that when DAP was in the Opposition before the March 8 polls, leaders had the option not to attend any official function which required the songkok to be worn as part of the dress code.
“The party chose to exercise that option, which had been a DAP policy for years.“However, now that DAP is a partner in a coalition government, leaders have no choice but to follow the dress code. Otherwise, the coalition government can never be formed,” wrote Teng.
Sila klik disini untuk membaca keseluruhan berita berkenaan.

"Kita Tidak Boleh Memakai Songkok". Itulah polisinya. Polisi inilah antara teras yang dipegang oleh parti politik berkenaan. Pelik dan menjengkelkan. Bagaimana hendak memperjuangkan demokrasi dan hak saksama sekiranya ada lagi unsur-unsur negatif seperti pemakaian polisi yang menampakkan keangkuhan dan keengganan untuk menerima adat dan resam setempat?
Apa salahnya memakai songkok? Sepertimana tiada salahnya seorang yang bernama Aminah memakai cheongsam, mahupun seorang Kumari memakai baju kebaya, tiada salahnya seorang yang bernama Teng untuk memakai songkok di kepalanya.
Kenyataan bahawa "kerna terpaksa" maka songkok dipakai juga amat dikesali. Di manakah keikhlasan hati dan kesungguhan diri untuk memperjuangkan cara hidup masyarakat majmuk sepenuhnya, sepertimana yang sering dilaungkan sebagai konsep "Malaysian Malaysia", apabila kita sendiri enggan mempelajari dan menghormati resam dan adat yang lain.
Jika hal sekelumit kuman ini pun perlu diputuskan sebagai satu "pengecualian kepada polisi", saya tidak yakin DAP berada di landasan yang tepat untuk membentuk mahupun memperjuangkan konsep "Negara Malaysia untuk Rakyat Malaysia" dan boleh membentuk satu negara Malaysia yang ideal, sekiranya mereka memerintah negara, sepertimana yang digembar-gemburkan selama ini. Yang menjadi soalnya sekarang adakah wajar untuk PKR dan PAS bersekongkol dengan pihak yang mempunyai pandangan sempit seperti Parti "Polisi Tidak Boleh Pakai Songkok" ini? Seingat-ingat saya, DAP adalah merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan pakatan ini memperjuangkan politik yang menembusi batas perkauman. Masih berjuangkah pakatan ini untuk mencapai cita murni sedemikian?
Cermin-cerminkanlah sendiri.
1 comment:
Mana komen PKR and PAS pasal rakan seperjuangan mereka ni? Kalu PRU 13 BN kalah, lagi angkuh la lagak puak-puak ni. Tunggu la lepas ni, ada lagi la komen2 sial puak2 ni pasal yang berkaitan Melayu dan Islam.
Post a Comment