Monday, August 25, 2008

Apa yang tinggal setelah terbenam mentari 26 Ogos 2008?



Setelah puas berpesta di Permatang Pauh, 26 Ogos menjelang dan akan pergi akhirnya. Apa yang hampir pasti adalah Anwar Ibrahim akan mempertahankan kerusi yang dimiliki isterinya sebelum ini, hanya keajaiban boleh menghalangnya. Yang pastinya pula Arif Shah akan tetap bergelar ADUN Seberang Jaya dan meneruskan tugas-tugasnya di sana.

Manakala Paklah & Najib akan terus menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan masing-masing. Para politikus yang kuat bekerja di sana akan pulang ke tempat asal masing-masing dan tetap akan meneruskan perjalanan politik masing-masing seperti sediakala.

Apa yang tinggal untuk kita, rakyat jelata setelah terbenamnya mentari 26 Ogos? Pastinya apa yang akan kita warisi setelah terbenamnya mentari besok adalah:-
  1. Semangat kebencian terhadap sesama sendiri yang kian menular hanya kerana anutan fahaman politik yang berbeza yang sedang diternak dan disemai di sana;
  2. Kerisauan dan ketakutan yang menghantui minda akibat dijamu dengan hebatnya selama beberapa hari ini dengan kemungkinan-kemungkinan yang menanti jika kita khilaf di dalam memilih teraju negara
  3. Keraguan terhadap keikhlasan sesama kita, walaupun telah hidup bersama sebagai masyarakat majmuk berabad lamanya, akibat daripada mainan politik para politikus masing-masing
  4. Ketaksuban terhadap anutan politik yang melampau sehingga melanggari batas kemanusian, yang telah mula kembali dan bertapak di dalam sanubari kita
  5. Kita menjadi penagih konspirasi dan dongengan (yang bertopengkan wadah perjuangan siasah) akibat selama beberapa hari ini dijamu saban hari sebagai makanan ruji minda
  6. Budaya politik sempit dan tidak beradab yang sebenarnya merupakan budaya songsang melanggar ciri-ciri ketimuran tetapi akan dijaja sebagai sesuatu yang "politically correct".
  7. Kekalutan undang-undang dan peraturan, walaupun ianya sudah sedia termaktub, akibat manipulasi dan kepentingan perjuangan politik masing-masing
  8. Agama diperlekehkan dan ianya menjadi apparatus, mainan dan caturan demi kepentingan peribadi dan kumpulan
  9. Menjadi buta (buta hati, mata dan pancaindera) akibat keracunan makanan minda kerana dijamu dengan politik kurang sihat dan tiada zat secara langsung dan terus-menerus selama 10 hari dari Permatang Pauh.
Inilah debu peperangan dan cebisan pertarungan nahtijah pilihanraya kecil P44. Ianya akan terus menghantui pemikiran, mencorakkan gaya hidup dan menentukan hala tuju kita, rakyat jelata negara ini.

Siapa yang akan menang besok di Permatang Pauh masih belum terjawab, walaupun ada calon "favourite", hakikatnya ianya masih terletak atas di mana pangkahan kertas undi para pengundi besok.

Namun begitu siapa yang kalah telahpun ditentukan sebaik sahaja hari penamaan calon yang lalu. Siapa lagi kalau bukan diri kita sendiri, rakyat jelata negara yang merdeka ini.

10 comments:

Ariff Sabri said...

well said. a very well thought of assessment of the by elections.
regards/sakmongkol

Lawyer Kampung said...

Just something straight from the heart, bro. Thanks.

Anonymous said...

Terima kasih kerana artikel bernas ini. Saya rasa yang paling rugi adalah orang melayu. Pemimpin-pemimpin yang paling dijadikan bahan kejian adalah pemimpin dari kalangan mereka samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Tiada lagi yang benar-benar ada kredibiliti. Siapa yang rugi?

UMgrads said...

Bravo tuan loyar! Tepat mengenai batang hidung pihak-pihak yang berkenaan

Sekarang mari kita berama-ramai nyanyikan lagu search "mentari merah diufuk timur" ditujukan kepada Hanafi Mamat calon AKIM, kuakuakuakua

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...( 3x... 6x... )

Zahar said...

as salaamu alaikum,

Ya saya setuju dengan pendapat blogger. Banyak yang rugi dan merugikan, dan inilah antara sebab2 dari mula saya kurang bersetuju dengan tindakan anwar untuk tergesa gesa meminta isterinya meletak jawatan hanya untuk membiarkan dia bertanding sewaktu satu tuduhan mahkamah sedang dihadapi nya. Atau mungkin itulah sebabnya beliau beria-ria sangat mahu PRK ini diadakan?

Melayu lah yang rugi kerana menang kalah insan yang bernama brother anuar bin ibrahim ini, rakyat biasa berbangsa Melayu tak akan mendapat apa2 habuan pun. Menang sorak kampung tergadai.

Saya berharap benar yang pandangan saya ini salah.

Anonymous said...

Sedarlah yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan tetap miskin. Julang dan angkat mereka hingga ke atas tetapi kita tetap di bawah.

AGRO BISTRO said...

Let me dissent.
Why say malay lost if BN lost? Why say Malay wins if BN wins?

This is not about malay or non malay.Malay is already been deprived for so long.

P44 is a reflection of how tyrant the govt. is. It about how corrupt the govt. is.

It's about the machiavellianism of the govt.politics.

I'ts about public fund wasted.

It's showing this state is a police state.

It's about blatant misuse of govt machinery by BN.

Do we need thousands of police deployed in one by election? How much it cost?

And it's about how unpopular the BN govt is.

Why say miskin tetap miskin? Yes miskin will be miskin if he is lazy to work. The indons made their fortunes here. So the banglas.

The miskin will thrive if the right economic infra is provided, plus eradication of corruptions, cronism and so fort.

Anwar alone cannot be blamed. The cause and effect relationship applies here.

Lawyer Kampung said...

umgrads, zahar, penyapu jagat & anons, points taken. Appreciate the views. Keep it coming!

Al said...

Hi to all … everyone. An excellent notation from main blog text on to the responses from many concerned Malays-ians … The main problem is the BN top leaders … PM, DPM and obviously the over-zealous SIL. The deterioration of BN caused by these obstinate bunch people who wants to cling on to power … to the extend of salvaging the future and hopes of ‘’bangsa dan negara’ They are the bad-rotten thiefs’ being among us … will do all it takes to make sure they fulfill their lush to power, fortune and fame. If they really care about the future of the Malays … any remote sense of guilt and consciousness ... they would forgo their lost cause and let someone else try savage and hopefully change our prospect. It is in fact very late … but yet not to severely late to get new blood in and rectify things. The mass has given a strong signal … from the 12th GE on to last night’s awful sights in PP … Wake up UMNO … wake up members … you have to set things right. You all cannot wait any longer. It will not work to wait for another 2 years … will be beyond redemption. Can just move UMNO’s office from PWTC to Museum … its final sanctity. Please think … think hard … think long-term … think for the sake of our next generations and the generations after that and after that. Painful it may be for now but we have to … we need to. Wassalam.

Lawyer Kampung said...

Thanks Al for the above. Keep it coming!