Friday, August 22, 2008

Paradoks Sang Politikus

Sementara itu, Anwar pada sidang akhbar di Taman Cermai, Permatang Pauh dekat sini semalam, menafikan 'beliau berbisik' dengan Tsu Koon mengenai perkara itu.

Beliau berkata, perkara itu tidak perlu dibangkitkan kerana sudah berlaku 12 tahun lepas dan merupakan isu Pusat serta tidak patut dijadikan isu pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

baca lagi di sini.

Seorang manusia yang sukar difahami? Penuh dengan teka-teki bukan? Bolehkah anda memahami kenyataan-kenyataannya di atas? Isu beliau memberikan arahan kepada Koh Tsu Koon berkenaan Business-Focus-SB-yang-bukan-kroni-Anwar itu tidak relevan katanya, kerana:

  1. Ianya sudah berlaku 12 tahun lepas
  2. Merupakan isu Pusat serta tidak patut dijadikan isu pada pilihan raya kecil Permatang Pauh
12 tahun lepas tidak relevan? Tetapi 10 tahun lepas pula masih releven? 1998 itu amat-amat relevan? November 1993 pula jangan langsung dibangkitkan, tidak releven sama-sekali?

Arakian isu-isu yang ditimbulkan akibat tindakan manusia yang dipanggil beliau "mahazalim" contohnya terhadap institusi kehakiman berpuluh-puluh tahun lepas pula masih releven dan mesti diteriakkan senantiasa?

Sang politikus pun terjunlah dengan labu-labunya, biarkan, biarkan.....

Isu pusat? Isu pilihanraya kecil? Hendak menjadi Perdana Menteri 16hb September bukan isu pusat? "Dari Permatang Pauh Menuju Putrajaya!" hanya isu Permatang Pauh, bukan isu pusat? Sang politikus saya percaya lebih bijak dari itu, lebih matang dari itu untuk gunakan alasan sebegini bukan? Apakah "Merdekakan rakyat daripada korupsi" hanya satu "isu pilihanraya kecil" Permatang Pauh, hanya isu bagi orang Seberang Jaya dan Permatang Rawa sahaja?

Adakah dengan mencanangkan dan mengheret orang asing ke kancah politik negara dan menguar-uarkan bahawa kita telah mendapat sokongan dan endorsmen pemimpin-pemimpin negara luar hanya ada kena mengena dengan masyarakat setempat di Kampung Permatang Janggus, Penanti, Flat Taman Haji Md Amin dan Kampung Tanah Liat di Permatang Pauh semata-mata, bukan isu pusat?

Sang politikus pun terjunlah dengan labu-labunya, biarkan, biarkan.....

5 comments:

Anonymous said...

Politikus?

Hamster saya lebih baik dari politikus seperti ini. Walaupun hamster saya ini makan perlu diberi, tapi hamster tak pernah menipu.

Anonymous said...

hey, better this politikus than all the BN rats currently leading the nation

Anonymous said...

Itulah saudara anwar, sekejap hitam sekejap kelabu sekejap putih. Boleh bertukar warna ikut cuaca. Mungkin golongan muda zaman sekarang tidak begitu mengenali Anwar di zaman mudanya justeru menjadi pengikut yang tiada berbelah bagi. Tetapi bagi kami golongan tua ini, sudah lama menjamu mata dan halwa telinga melihat yang empunya diri berpecak silat dan bergurindam. Hati-hati anak-anak ku!

Lawyer Kampung said...

Bzz & orang lama, orang puteh kata "less is more". Terlampau banyak bercakap lambat-laut kita akan mula kontradik diri sendiri. Itu yang mula berlaku kepada Anwar sekarang pada pendapat saya.

Singh Is Kinng said...

Kalau tak pernah berbisik kat Koon punya telinga, nape pulak bising kata ini cerita lama.

My observation, tanya je apa-apa soalan yang boleh buat Nuar gelabah, he would come with only TWO kinds of answers:

1. that was matter of the past, now we are looking to the future,

2. saya akan jawab nanti di mahkamah.

The funny thing is that he would rather answer to the court of law that he never trusted. What a confusing guy!!!