Baca lagi Syed Husin Ali: KeADILan Mengecam Tindakan Terhadap Seminar Majils Peguam (BM & Eng)
The Malaysian Insider juga melaporkan perihal peristiwa pagi tadi yang melibatkan beliau;
The first-term Kulim Bandar Baharu MP, who is also a lawyer, declared their protest a success after the forum was declared closed a little before 10am after the police advised the organisers to end it due to the noisy protest outside and in the hall. The forum was supposed to end at 1pm.
Baca lagi Harsher actions if Bar Council holds more forums on religion, warn Muslim protesters
Kepada YB Zulkifli Nordin, saya mengangkat tabik hormat kerana berani melawan arus parti politik sendiri di dalam mempertahankan sesuatu yang menyentuh dan hak kepentingan yang telah sedia termaktub di dalam perlembagaan daripada tercalar dan di heret ke arah konflik yang lebih berat lagi.
Kepada Parti Keadilan Rakyat pula, nyatakanlah dengan jelas pendirian tanpa berselindung dan janganlah pula sampai mengecam salah seorang kepimpinan mereka sendiri semata-mata untuk meraih markah siasah ("scoring political points").
Tidak mahukah Parti Keadilan Rakyat bersama-sama dengan Tuan Guru Nik Aziz dan bersetuju dengan apa yang dikatakan beliau seperti yang dilaporkan oleh Harakah Daily di bawah ini?
Pandangan rasmi kerajaan itu turut dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kata beliau, "Saya tidak faham mengapa dia (Majlis Peguam) nak anjurkan forum ini, apa tujuannya kerana telah berjuta-juta manusia di dunia ini memeluk Islam sekian lama, jadi kenapa pula mereka perlu bising sekarang.
"Saya lebih setuju jika dibuat satu forum khas tentang mana yang lebih baik dan logik antara agama Islam dan agama lain. Ini lebih baik dan bermanfaat".
Pendirian Datuk Nik Aziz Nik Mat ini dipetik dari artikel Harakah di sini.
3 comments:
Tepat sekali sedara, jelas terdapat pertelingkahan pendapat dalam keADILan, malahan jika kita baca apa boss-boss PKR, DAP dan PAS katakan memang sahih ada problem besar mengenai isu Melayu & Islam di dalam PR sendiri. Yang berhormat Zulkifli walaubagaimanapun memang sepatut dipuji.
PKR tak kenal YB mereka sendiri kot. Ataupun marah sebab YB takmo serahkan kerusi.... hehehehe. Takpelaaah Bos besar PKR memang selalu tak sokong orang islam sendiri. Mungkin satu hari akan disumpah menjadi Sesumpah.
Syabas saudara YB Zulkifli, bersama berjuang demi Islam. Akhirat nanti bukannya mereka yang akan tolong kita. Allah hu Akbar!!!
Post a Comment