Rakyat Terengganu dulu merasa bangga kerana mereka mampu mengendalikan sukan berprestij peringkat antarabangsa...Monsoon Cup.
Di musim tengkujuh, yg dianggap musim hujan & tidur, Terengganu dibanjiri pelancung, hotel penuh & perniagaan usahawan tempatan berlipat ganda. Disuatu pagi usahawan songket mendapat tempahan lebih RM100, 000 manakala usahawan kerepok lekor & nasi dagang tak cukup tangan sepanjang musim Piala Monsun. Kini, mungkin tiada lagi.
Rakyat kata,......... kalau Dunia boleh, Terengganu boleh. Kini? "Kalau Dunia boleh, Terengganu TIDAK boleh"?
Benarkah Piala Monsun Terengganu mengalami kerugian? Benarkah perbelanjaan Monsoon Cup mencecah RM 250 juta setahun? Berikut adalah perangkaan yang dibentangkan di DUN Terengganu yang lalu.
PERBELANJAAN MONSOON CUP: 2005-2007
Tahun | Perbelanjaan Kerajaan Negeri (RM Juta) | Yuran Penganjuran (RM Juta) | Dana Khas ke T-Best (RM Juta) |
2005 | 1.1 | 4.0 | tiada |
2006 | 1.2 | 4.0 | tiada |
2007 | 1.0 | 4.0 | 12.0 |
Kos Pembinaan (Infra) Pulau Duyung (untuk pembinaan resort, marina, restoren dan rumah) - RM 272.4m.
Perangkaan yang sama boleh di dapati daripada Hansard DUN Terengganu dan daripada PMINT ataupun Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Terengganu SEDC) dan ianya telah diaudit sepenuhnya.
Jadi tidak benarlah untuk pihak-pihak yang mengatakan bahawa kos penganjuran tahunan adalah tinggi, sehingga ada desas-desus mengatakan ianya mencecah RM 250 Juta Setahun seperti yang selalu dilaung-laungkan.
Sebenarnya hanya perbelanjaan untuk pembangunan infra Pulau Duyung yang mencecah RM 272.4 juta bukannya kos penganjuran Piala Monsun.
Kos penganjuran Piala Monsun yang dikeluarkan secara perinciannya adalah:
- Perbelanjaan oleh kerajaan negeri hanyalah RM 3.3 juta bagi tempoh 3 tahun,
- manakala selebihnya dibiayai oleh yuran penganjuran berjumlah RM 12 juta bagi tempoh 3 tahun
- dan wang dana khas ke Terengganu Best hanyalah sebanyak RM 12 juta bagi tempoh 3 tahun tersebut (iaitu sekali di tahun 2007).
Kos keseluruhan untuk 3 tahun adalah RM 27.3 juta (purata perbelanjaan setahun secara keseluruhan adalah hanya RM 9.1 juta setahun) jauh lebih rendah daripada perangkaan kos perbelanjaan Le Tour De Langkawi yang mencecah lebih kurang RM 25 juta setahun.
4 comments:
dear mr lawyer kampung,
thanks for this write up. should be an eye opener for the trengganu folks.
dear mr. sakmongkol ak47, I hope so. Res ipsa loquitor. By the way, I am fan bro, love your blogs!
Komen dari sorang komentar, aku cut & paste sini from blog Che Det; untuk renungan & tatapan semua: posting asal che det : http://test.chedet.com/che_det/2008/07/money-more-waste-and-losses.html#more
By Zuraidi69 on July 23, 2008 9:37 AM
Assalamualaikum Tun salam sejahtera untuk seisi keluarga.
Sekali lagi Tun membuat 'U turn' secara mengejut.........Janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar... Pada hemat saya Terengganu memerlukan lebih dari 50 tahun untuk mendapat pemimpin yang berpandangan jauh seperti Datuk Seri Idris Jusoh(DSIJ). Kalau tak silap saya DSIJ adalah pemimpin muda yang telah diketengahkan pada zaman Tun....pada mana karier politik pemimpin terdahulu seperti Datuk Doktor Yusof Nor disingkirkan secara sistematik melalui politik kedaerahan rakyat terengganu..
Setelah Terengganu dirampas PAS akibat tindakan TUN pada akhir 90an DSIJ lah yang menjadi kuda tunggangan Tun untuk merampas kembali Terengganu dari PAS. Dimaka kah pemimpin2 UMNO Terengganu lain ketika itu???? menyorok ibarat burung unta menyorokkan kepala bontot tertonggeng....
Seperti biasa Tun cuba mengeksploitasi krisis kedaerahan pemimpin terengganu dengan pembaziran yang kononnya wujud...Apa bezanya Mosoon cup dengan Formula 1.....secara simple figure kita tahu kos untuk F1 jauh lebih tinggi...Taman tamaddun Islam...apa bezanya dengan Tokong helang besar di pulau milik Tun, Langkawi .
Kalau sesiapa pun yang datang melawat Terengganu pastinya boleh mengakui DSIJ telah mengangkat bandar KT beberapa darjat lebih tinggi tanpa meminggirkan kebajikan rakyat melalui program2 pendidikan dan basmi kemiskinan.
Hanya rakyat Terengganu yang masih berfikiran jumud dan mengamalkan politik kedaerahan sahaja yang masih tidak menerima hakikat ini...
Buat Tun pula, belajarlah untuk menerima kekurangan orang lain dengan itu kekurangan kita akan diterima oleh orang lain....
Hidup DSIJ....
Hidup Terengganu bagi setiap rakyat Terennganu (tanpa kasta)
sorry ya tuan loyar kpg, ni satu lagi:
By Pokdematt on July 27, 2008 12:12 AM
Soalan.
1) Bolehkah Tun senaraikan projek-projek yang bernilai RM 2 billion yang Tun sebut itu?
2) Adakah pembiayaan projek TTI & Monsoon Cup adalah menelan kos seperti yang Tun sebut itu? Atau adakah TTI hanya RM200 juta, dan Monsoon Cup RM4 juta?
3) Sepengetahuan saya, pulangan yang didapati daripada pembiayaan Monsoon Cup adalah lebih besar daripada kos penganjuran, lebih-lebih lagi daripada hak penjualan media. Adakah itu benar?
4) Development of Setiu, bolehkah Tun terangkan sedikit?
5) Adakah Tun benar-benar tidak tahu siapakah yang sebenarnya telah menghabiskan sebanyak RM1 billion, dan untuk siapa? Adakah Dato Seri Idris atau kroni-kroni PM (Patrick Lim, Wan Farid etc.)?
6) Hanya Dato Seri Idris yg sanggup mengeluarkan kata-kata kepada PM didlm MT: "I'm sorry Sir, but YOU SHOULD RESIGN". Kenapa Tun tak highlight benda ni? Kenapa Tun seolah-olah naik angin kepada Dato Seri Idris?
7) Ketika krisis perlantikan MB Terengganu dengan Istana, Istana tidak pernah mengeluarkan sebab sebenar kenapa Dato Seri Idris tidak boleh dilantik. Tetapi Tun telah mengeluarkan kenyataan seolah-olah Dato Seri Idris telah melakukan kesalahan dengan mengatakan bahawa "It was the King's right". Kenapa?
Semoga Tun dapat menjawab soalan-soalan saya ini. I'm eager to wait for your response.
Terima kasih.
Post a Comment