Sunday, August 17, 2008

Realiti Menjelma

Walau banyak manapun harapan kita untuk menyaksikan Lee Chong Wei muncul sebagai pemenang, ianya tetap tidak kesampaian apabila lawannya, Lin Dan, begitu menyerlah di dalam setiap sudut, baik dari segi fizikal dan minda. Hakikatnya Chong Wei telah gagal untuk menyaingi Lin Dan. Itulah realitinya.

Sokongan padu penonton di stadium jelas akan menjadikan mana-mana lawan Lin Dan malam ini kehilangan punca.

Sekarang yang mampu kita laungkan, yang mampu kita teriakkan adalah "Syabas Chong Wei, anda telah melakukan yang terbaik!"

Jika kita boleh mengambil analogi pertembungan pemain no. 1 & 2 dunia malam ini untuk pertembungan 3 penjuru P44 di negara kita ini sendiri, jelas sekali kedua-dua lawan kepada "Lin Dan Permatang Pauh" akan menghadapi tugas yang maha berat.

Berbagai taktik dan strategi ("bersih" ataupun "kotor") boleh dirangka untuk menumbangkan "Lin Dan Permatang Pauh" di "stadiumnya" oleh jurulatih dan pengurus "Chong Wei Permatang Pauh" daripada tarikh penamaan calon tetapi yang paling penting adalah persembahan di "perlawanan akhir" 26hb Ogos nanti yang akan menjadi penentu. Begitulah juga sebaliknya juga untuk "Lin Dan P. Pauh" demi untuk mendakap "kejuaraan" kelak, berbagai strategi dan taktik ("bersih" atau "kotor") boleh dirangka dan pasti digunakan.

Kita sememangnya berharap supaya semuanya "bersih" tetapi seperti yang kita sedia maklum, "all is fair in love and war". Itulah hakikatnya. Setakat mana ianya adalah tidak melanggar undang-undang, mungkin sesuatu yang dianggap sebagai "kotor" oleh kita adalah sesuatu yang "bersih" dan adil oleh pihak lawan, begitu juga sebaliknya. Ianya begitu subjektif.

Daripada segi fizikal dan minda, "Lin Dan" Permatang Pauh sememangnya mendahului pencabar-pencabarnya. Dan jika kita ambil kehadiran penyokong semasa penamaan calon semalam, jelas "stadium" ini milik "Lin Dan Permatang Pauh".

Bolehkah kita menyalah Lin Dan untuk kelihatan "bongkak" (itu hanyalah permainan minda) di dalam perlawanan malam tadi apabila dia sememangnya mempunyai kelasnya yang tersendiri? Bolehkah kita amarah terhadap Lin Dan apabila dia mempamirkan skil dan tahap minda yang terbaik dalam perlawanan tadi?

Begitu juga, bolehkah kita salahkan Chong Wei apabila dia cuba sedaya upaya sehingga ke perlawanan akhir? Bolehkah kita marah jika dia gunakan segala strategi dan taktik yang ada di dalam buku untuk mencapai impiannya walaupun berhadapan dengan "Tugas Herculean"? Wajarkah kita amarah impian murni Chong Wei? Dia berhak untuk menaruh impian.

Sebagai penonton, janganlah pula kita terlebih reaksi, seumpama "lebih sudu dari kuah", tidak kiralah samada kita penyokong Lin Dan ataupun Chong Wei, janganlah kita hancurkan "stadium" demi menyokong pemain harapan kita. Janganlah pula kita bertindak liar di dalam "stadium" sehingga mengganggu "permainan" pemain-pemain harapan kita. Kita boleh bersorak, tidak salah tetapi jangan sampai menjadi kasar dan amuk setiap kali permainan tidak seperti memihak kepada kita.

Sebagai pejuang di dalam sesuatu pertandingan, kedua-dua Lin Dan dan Chong Wei tidak mempunyai pilihan. Bunuh atau dibunuh ("kill or be killed")!

Tetapi tidak kepada kita, penyokong-penyokong pemain-pemain hebat ini. Kita masih ada pilihan lain dan pastinya ianya bukan "kill or be killed".

Hakikatnya Olimpik akan datang lagi pada 2012, begitu juga pilihanraya, paling lewat 2013 pasti akan menjelma semula. Kalah dan menang adalah adat.

Jangan sampai bakar "stadium", ya!

4 comments:

Anonymous said...

It is damn obvious that we need to grow up. Incidents after incidents on the run-up to the nomination day itself showed how immature supporters on both side of the fence, politicians included!

ketam said...

IF MOST MALAYSIA CAN ACCEPT RPK,BALA AND DR WHOEVER punya perakuan sumpah.. cant they accept SAIFUL's??? Do all of you want him to do a Statutory Oath??

Anonymous said...

Aku setuju dengan ketam!

Anonymous said...

No cannot swear yet, Washington is yet to give the green light maaa