Wednesday, August 06, 2008

Peredaran Masa & Kitaran Siasah

Tarikh telah diketahui, yang satu akan berlangsung pada 26hb Ogos, dan yang satu lagi akan bermula esok, pada 7hb Ogos. Malaysia tidak pernah kering dengan kontroversi dan kedua-dua acara yang akan dilangsungkan ini menguatkan lagi sentimen berkenaan.

Rakyat jelata termasuk saya akan mula terkilas leher kerana mempunyai dua fokus pandangan bertentangan, satu di utara tanahair (Permatang Pauh) dan satu di selatannya (Mahkamah Jalan Duta) untuk mengikuti perkembangan-perkembangan terkini yang akan dilangsungkan dari kedua-dua lokasi berkenaan.

Sebaik sahaja tamat pilihanraya nanti, kes di Jalan Duta pula pasti akan masih berlangsung dan sedar tidak sedar ramadan akan menjelang. Kita akan mula memperlahankan aktiviti siasah duniawi dan menambahkan amal ibadah sepertimana yang dituntut dalam bulan yang mubarak tersebut.

Kemudian kita akan sibuk dengan syawal dan aidilfitri. Sedar-sedar sahaja kita sudah masuki bulan November 2008. Dan sepantas kilat, Disember 2008 pasti menjelang. Perdana Menteri Malaysia bagi tempoh 18 bulan berikutnya akan ditentukan dan disahkan pemerintahannya bila dikekalkan sebagai Presiden UMNO sekali lagi.

Dan bermulalah kembali kitaran siasah kita seperti sediakala sehingga ke pertengahan tahun 2010.

2 comments:

Anonymous said...

Menang sorak kampung tergadai.......

Anonymous said...

demi masa, manusia itu sentiasa dalam kerugian....