Hubungan Pas, PKR dan DAP `tersimpul mati’
IPOH 14 Ogos - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan tetap bersama pakatan pembangkang sambil menyifatkan hubungan Pas dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP telah 'tersimpul mati'.
Katanya, Pas tidak mahu berpisah daripada gabungan pembangkang itu sebaliknya segala masalah yang tercetus dalam pakatan pembangkang akan diselesaikan menerusi konsep musyawarah.
Beliau berkata, kemenangan yang diperoleh Pas semasa pilihan raya umum baru-baru ini adalah atas nama pakatan pembangkang dan kerjasama tersebut akan berterusan sampai bila-bila.
Mohamad berkata demikian semasa merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-48 di sini, hari ini. - Utusan
Manakala, Naib Presidennya pula dilaporkan berkata seperti di bawah ini;
Nasha: Kenapa tak boleh dekati Umno?
Aug 13, 08 11:40pm-Malaysiakini
Nasharuddin berkata dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar.
"Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati Umno?
"Pimpinan kita mengadakan perjumpaan dengan Umno atas keputusan Syura Ulama, tidak ada yang pergi ambil kesempatan untuk kembungkan poket atau runding kerusi dan jawatan.
"Kita pergi jumpa Umno untuk beritahu mereka syiar Islam sebenar... Islam pun ajar kita supaya berunding, dalam perang pun kalau musuh nak berunding, kita dibenar berunding," katanya.
Perkembangan terkini muktamar PAS kali ini sangat menarik. Keterbukaan kepimpinan dan kematangan dalam memberikan pendapat jelas sekali kelihatan. Perbezaan pendapat juga ketara. Ianya sesuatu yang sihat. Apa yang lebih menarik adalah impak yang akan diterima secara tidak langsung terhadap pilihanraya kecil yang akan berlangsung di "Matang Pauh" kali ini.
Angin yang bertiup lembut dari Ipoh kali ini memang boleh menjadi taufan yang menggegar bila ianya sampai ke kawasan Matang Pauh, kalau Pakatan Rakyat memandang enteng terhadap apa yang sedang berlaku di dalam Muktamar Agung PAS di Ipoh sekarang ini.
Apatah lagi jika "strategi-balas" PR hanyalah sekadar bermain politik picisan dan serangan peribadi yang tidak bertempat, yang tidak releven sama-sekali sebegini!
Orang Matang Pauh saya percaya jauh lebih "matang" untuk menerima bulat-bulat isu-isu sedemikian bila mana wujud isu-isu yang lebih kronik, signifikan dan mempunyai kesan langsung akan "masa depan" lanskap politik negara yang mesti diperjelaskan dengan penuh keikhlasan oleh calon Pakatan Rakyat kali ini.
6 comments:
Tertutup Hati Terkunci Mati.....
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Bukankah Mat Sabu yang menggelar Anwar Al-Juburi?
I find it disconcerting that previously PSA leadership called UMNO infidels (kafirs). But, are DAP members Muslims?
In the event of death of PAS members, I believe according to the teachings of Islam, it is incumbent upon UMNO muslims members to pray solat jenazah to the dead.
Can DAP members pray solat jenazah upon death of any PAS members? Or, we settle the issue in the hereafter.
Tuan Lawyer,
Mat Sabu isn't just another PAS member, he is a vice president, but lost in the previous election.
My 2 sen worth of opinion, Mat Sabu has lost his marble. Listening to Mat Sabu is just like enjoying Raja Lawak show, it make you fell good and laugh all out, but at the end nothing's worth considered.
And making a statement "tersimpul mati" is rather stupid of Mat Sabu as everbody knows, DAP and PKR are rding on them high and low.
Lawyer, satu isu telah dijelaskan oleh Anwar, dari blog Depa Kata http://depa-kata.blogspot.com/2008/08/kecik-saja-kata-anwar.html
16 August 2008
KECIK SAJA, KATA ANWAR
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan syor Menteri Besar Selangor supaya 10 peratus daripada jumlah kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan bumiputera dan pelajar asing. Kata Anwar,angka itu kecil sahaja.
Anwar membuat kenyataan itu dalam sidang akhbar bersama beberapa pemimpin DAP,termasuk Setiausaha Agungnya,Lim Guan Eng.
Dalam reaksi kepada kenyataan itu,Ahli Parlimen Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Anwar itu hanya bertujuan meraih sokongan pengundi bukan bumiputera dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh 26Ogos ini.
Dan kata Tok Berahim,dia sanggup menggadai nyawa jika benar Anwar mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu sedikit demi sedikit.
Kita tunggu dengar apa kata Karpal Singh.
Posted by jeanbara at 8:56 AM
Piggy Singh, politicians tend to do that. True, there's a fine line between a stand-up comics and politicians. More often than not the line will get all blurry and politicians tend to cross that line. Thanks for the comments. Keep it coming! Cheers.
Post a Comment