Sunday, October 12, 2008

Nasihat & Pandangan Che Det dari Melbourne

Kepada Najib;

MELBOURNE 12 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memastikan dirinya tidak dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga apabila beliau menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.

“Beliau juga patut mendapatkan nasihat daripada beberapa bekas anggota Parlimen dan pakar mengenai urusan mentadbir negara,” kata bekas perdana menteri itu kepada Bernama selepas berucap pada seminar belia Malaysia di University of Melbourne.

Baca lagi sini

Mengenai Muhyiddin;

MELBOURNE 12 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan “tokoh terbaik” untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Terdapat banyak orang yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, tetapi saya fikir Muhyiddin adalah tokoh terbaik untuk menjadi timbalan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” kata bekas perdana menteri Malaysia.

Baca lagi di sini.

Dari pengamatan keputusan undian bagi pencalonan-pencalonan peringkat bahagian UMNO yang telah bersidang setakat ini seolah mengiyakan ramalan Che Det. Bagi jawatan Presiden & Timb Presiden Kuli dan Nur Jazlan masih lagi belum mendapat sebarang pencalonan, manakala Ali Rustam & Md Taib baru saja menerima pencalonan satu seorang. Bagaimana dengan anda, setuju dengan pandangan Che Det?

11 comments:

Anonymous said...

Nasihat yang baik dan perlu diselami dengan mendalam oleh bakal PM. Jangan ulangi kesilapan Mr. Clean yang tidak se'clean' mana itu.

Gelombang Rakyat said...

Sarisffuddin,

Susah juga bila calon yang telah disolek Joker oleh seorang mantan Perdana Menteri.

Nur Jazlan Mohamed tidak sepatut terasa, I sense he is not.

I am now observing Najib.

Hits below the belt are growing within the bloggosphere.

Soon it will hurt!

Anonymous said...

Nampaknya cakap orang politik ni makin hari makin susah nak di pegang. Kerap menabur janji dan kerap mengingkari. Kerap memberi nasihat dan kerap bermuslihat. Kerap melafaz setia dan kerap berpura-pura. Aduhai malanglah rakyat yang terpedaya akhirnya. Masih adakah insan politik yang bersih, cekap dan amanah untuk rakyat berkerja bersamanya dan bukan bekerja untuknya. Betul2 memimpin untuk selamat di dunia dan akirat?????

Anonymous said...

erm alahai sama je sumenya..
kalau anonymous ditempat mereka..
pasti berlaku perkara yang sama..
jadi perlukah dikata pada mereka?
atau beri nasihat dan pandangan secara terbuka? hendak didengar dengarlah.. kalau tidak apekan daya.. doa sahajalah malaysia selamat.. selepas sudah usaha semua dah dibuat.. doa kan senjata umat.. ape nak digusar ape nak diheran.. sama sama la bantu pemimpin yg disaran.

KN36 said...
This comment has been removed by the author.
KN36 said...

"...memastikan dirinya tidak dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga apabila beliau menjadi perdana menteri..."

sounds so familiar? shades of the old? self-fulfilling prophecy? pot calling the kettle black?

NURAINA A SAMAD said...

good advice.

i am hopeful that Najib will heed TDM's advice...

mamasita said...

And..I think DSN should listen very carefully to the opinions of so many intelligent bloggers who give their honest and straightforward opinions.Pretend as though the bloggers are having tehtarik with him and are giving their sincere opinions..that is better than having tea with kaki bodeks!Semua bagus,semua ok!

Lawyer Kampung said...

kn36, thanks for the comment, sir ;-)

sis nuraina, I'm honoured that you've stopped by this humble abode of mine :-) & thanks for the comment too.

mamasita, at 1st glance I thot you were talking about D S N the blogger (Datuk Shamsuddin Nawawi) hahaha.. true what u have said though.

Zubli, i can feel it too. Bad moon rising (in honour of Creedence Clearwater Revival), eh? ;-)

takdeorangpeduli, ditto! :-)

anon(s), tq too

Cheers!

Anonymous said...

Sesungguhnya kata-kata Che Det memang benar, iaitu kata-kata beliau sentiasa tidak diendahkan oleh pemimpin UMNO (http://test.chedet.com/che_det/2008/09/why-dont-i-do-something.html
) . Yang berani bersetuju dengan Che Det hanyalah ‘orang-orang kecil’ yang duduk di kaki gunung. Orang-orang yang sedang menghirup udara sejuk & nyaman di atas gunung, bukan sahaja tidak sanggup turun ke bawah, malah tidak berani memandang ke bawah.
Maka itu tidak hairanlah, sungguhpun Che Det telah menyatakan pandangan beliau berkenaan kebolehan Ku Li dan Rais Yatim (http://test.chedet.com/che_det/2008/08/strange-politics.html), tiada tindakan positif dari ahli-ahli UMNO untuk menyokong mereka sehingga kini.

Anonymous said...

Tuan Lawyer, UMNO still maintains the feel good and corrupt culture, as theorized by Mr Ismail N, and are now being practiced without shy at division level. If rehabilitation of UMNO is what the leaders and members are looking for, Khairy would not even dream to get more than 10 nominations coz he is part of the UMNO baggage.

The practice makes the UMNO baggage become heavier, and will soon be pulled by nature's merciless gravitational force right to the center of the earth. Dengan kata lain berkubur la tu.