Sunday, October 19, 2008

Che Det, hentikan perbuatan sia-sia itu!

Che Det, hentikanlah perbuatan sia-sia itu. Hentikan memberikan saranan dan pandangan. UMNO tidak boleh dinasihati dan pantang sekali ditegur. Kalau pemimpin nombor wahidnya sudah lantang bersuara demikian, kenapa perlu Che Det teruskan bersuara. Baik sahaja Che Det senyap terus. Mereka itu bijak-bijak belaka, tidak perlu pandangan sesiapa. Lagipun Che Det perlu sedar dan cerminkan diri Che Det sendiri. Siapa Che Det? Che Det bukan ahli pun kepada parti politik unggul dan terhebat tersebut.

Sudah-sudahlah Che Det. Dia ada banyak kerja tertunggak selama 4, 5 tahun yang hendak disiapkan di dalam masa 4, 5 bulan ini. Perbuatan Che Det nanti boleh mengganggu konsentrasinya. Dia seorang lelaki yang ada misi penting. Tiada orang lain boleh selesaikan kerja-kerja tertangguh tersebut. Jika Che Det bersuara maka terganggulah misi tersebut.

Che Det, sudah-sudahlah. Dengar kata imam wahid UMNO itu, baca PM bidas Mahathir. Ini untuk kebaikan bekas parti pimpinan Che Det juga. Mereka akan "berkelahi" kalau Che Det masih terus melontarkan pandangan. Mereka mudah terkeliru kalau terlampau banyak sangat suara dan bunyi yang masuk ke dalam telinga mereka.

Walaupun dahulu ada di antara mereka yang katakan dia dan rakan-rakannya ada "telinga yang amat besar", sudi mendengar nasihat dan pandangan, kini mungkin telinga tersebut telah menguncup dan saiz lubangnya sudah jadi terlalu kecil untuk melakukan perkara yang sama. Sudah sendat lubang telinga gamaknya, tiada lagi ruang untuk sebarang bunyi untuk masuk.

Oleh itu, jika ada di antara kita, terutamanya yang di luar UMNO, yang masih mahu memberikan pandangan dan nasihat, kita perlu sedar diri kita siapa dahulu. Cerminkan diri dan siapa kita. Kita bukannya pemegang kad keahlian keramat mereka. Apa hak yang kita ada untuk bersuara. Nanti mereka kata "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" pula.

Mungkin mulai dari saat ini, lagi afdal jika kita berikan pandangan kepada parti-parti politik lain, yang kini berada di dalam Pakatan Rakyat pula. Mungkin, mereka lebih bersedia untuk mendengar.

Dikemaskini 11.25pm

Digambarkan sebagai di bawah telunjuk ("arahan") Che Det (Pengarah Pilihanraya" UMNO yang baru), Muhyiddin dan rakan-rakan sudah mula dilabelkan sebagai "UMNO Ultra", kumpulan yang tidak mahukan islah ("reforms") daripada berlaku, baca komentar ("spin") terbaru The Malaysian Insider Umno ultras race to keep power, reverse reforms .

KUALA LUMPUR, Oct 19 - Apart from showing Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi a quick exit, Umno ultras want early party polls to keep their grip on power in party and government while reversing possible reforms in the judiciary and investigative services.

Leading the charge is deputy presidential frontrunner Tan Sri Muhyiddin Yassin who feels a drawn-out election campaign can sap his momentum and give an advantage to Datuk Seri Mohd Ali Rustam in what could be a wildly unpredictable race to be the party number 2.Siapa kata paklah dan pengikut-pengikut setianya akan menyerah dengan mudah? Siapa sebenarnya yang menganjurkan kewujudan unsur berpuak-puak di dalam UMNO?

Tetapi siapalah saya hendak bersuara, ahli UMNO pun bukan. Semoga ahli-ahli UMNO bijak membuat penilaian dan melakukan yang terbaik dalam menjadi wakil suara rakyat Malaysia yang di luar di dalam memilih barisan kepimpinan negara yang akan datang. Itu amanah rakyat ke atas anda semua bila masih memberikan UMNO tampuk kekuasaan di dalam pilihanraya yang lepas. Jangan sia-siakan amanah tersebut!

18 comments:

Gelombang Rakyat said...

Sarisffuddin,

Saya pun malas nak tegur Pak Lah dan UMNO, jika dia bersara dah dan UMNO bukan lagi tunjang Barisan Nasional.

Lebih baik tumpu kepada Parti Gerakan Rakyat Malaysia, atau Parti KeADILan Rakyat, kelak.

Pada masa ini, keutamaan masih tegur Pak Lah dan UMNO.

Lawyer Kampung said...

Zubli, itulah sebab utama masyarakat di luar bersuara. UMNO sebenarnya beruntung besar bila ada orang seperti saudara yang masih ambil pusing perihal mereka.

Anonymous said...

Menantu punya hal bapa mertua jadi angin tidak tentu pasal. Pemuda UMNO tolong berikan lagi 10 pencalonan kepada menantu supaya mertua tidak marah-marah lagi.

Quantum Metal Consultant said...

Kita sebenarnya pun tidaklah minat sangat tentang jawatan jawatan dan hal hal berkaitan dengan politik UMNO tetapi kerana mereka sering mendabik dada berjuang demi negara, bangsa dan ugama, maka kita belek belek lah mycard kita semula, sebab kita memang melayu, Islam dan warganegara malaysia. Salahkah kita memberi pandangan walaupun kita bukan ahli UMNO.

Tak tahu pula sejak bila pemimpin UMNO ubah slogan kepada demi ahli UMNO, kroni dan anak menantu aku sahaja.

Tak tahu pula orang yang tidak mahu bertanding apa apa jawatan begitu prihatin dan mengambilberat jika ada pecacainya belum melepasi kelayakan bertanding. Ali Rustam memang elok menarik diri, mengikut jejak Dolah sebab dia pun sukar melepasi kelayakan bertanding. Muhyiddin mungkin terlupa memberitahu Ali bahawa selain Dolah, dia (ali) juga walbungkus walcabut walbalik walkampong waltanam walubi.

Tetapi muhyiddin ni jenis kawan baik hati, tak sampai hati nak bagitau suara akar umbi kepada ali secara langsung.

Pandangan chedet sebenarnya lebih tertumpu dan fokus kepada Dolah sebagai Perdana Menteri dan secara tidak langsung Presiden UMNO yang akan hilang jawatan tidak berapa lama lagi. Sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, jangankan chedet, budak sekolah tadika pun layak memberi pandangan, terima atau tidak, terpulang kepadanya.

Jangan lupa nasihat chedet juga berdasarkan suara hati dan rayuan pelayar blognya yang sudah menghampiri 10 juta (melebihi 1/3 penduduk Malaysia) yang perlu diambilkira.

Dalam keadaan sekarang, di mana panglima2 Dolah yang selalu membelasah Tun jika Dolah dibidas sehinggakan Dolah terpaksa bersendirian di Kota Kinabalu memberi kenyataan akhbar secara tergesa gesa tanpa sempat balik ke Kuala Lumpur. Hanya tinggal Musa Aman yang terpaksa membatu menghadhirkan diri, mana shafie Apdal ??

Son of My Parents said...

Salam semua,

Bilangan 'hits' pada sesuatu laman blog, setahu saya bukanlah bermaksud bilangan orang yang mengunjungi laman blog tersebut. Ianya merupakan berapa kali laman blog itu telah dilawati. Kita perlu mengambil kira bahawa terdapat juga seorang individu melawat laman blog itu berberapa kali yang mana ini menambahkan lagi bilangan 'hits' pada laman blog itu.

Oleh itu, bagi mengatakan bahawa laman blog TDM telah mendapat hampir 10 juta pengunjung, bagi saya adalah kurang tepat. Lagipun, terdapat juga komen-komen yang anti-TDM dalam chedet.com.

Utusan Malaysia - salah satu media cetak utama telah melaporkan kata-kata Pak Lah tu. Namun begitu saya pasti bahawa tidak akan ada akhbar mana pun yang akan melaporkan tentang protes kita terhadap kenyataan Pak Lah itu. Protes kita hanya 'confined' dalam 'blogosphere' sahaja nampaknya.

Saya harap bahawa terdapat satu cara supaya protes kita ini dapat disiarkan dalam media utama supaya mereka-mereka yang tak mempunyai akses kepada Internet dapat membaca keluhan kita dan 'defense' kita terhadap TDM.

Saya kira Pak Lah telah di'provoke' oleh wartawan. Kena pulak masa tu dia tengah 'hangin' dengan pelbagai isu, wartawan pulak mintak respon dia tentang apa yang TDM kata kat dia. Statement semacam tu dari Pak Lah memang saya dah jangka akan keluar, bila saya baca komen TDM dalam posting beliau "Pemilihan UMNO" di chedet.com. Masa tu, saya pikir, "Kalau reporter mintak Pak Lah komen apa yang Tun kata ni, maulah keluar macam-macam...".

Seperti saudara kluangman kata - walaupun kita bukan ahli UMNO, tapi perasaan keperihatinan terhadap agama, bangsa dan tanahair tetap ada. Kalau ada orang menuduh kita ni perkauman (racist) hanya kerana kita nak pertahankan hak-hak kita, biarlah. Orang yang mengata kita tu pun racist juga.

Bagi saya, Pak Lah boleh kata apa saja yang dia nak. Memang dia kena kata pun bagi 'melindungi' egonya sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri. Dia boleh guna Utusan Malaysia dan Kalimullah Hassan. Kita pulak boleh tolong defend TDM, walaupun terpaksa guna media alternatif.

Anyways, hasilnya adalah - Pak Lah akan turun akhirnya. Alhamdulillah.

Harap-harap Najib ni jauh beza dari Pak Lah. Kalau tak, kita mungkin akan jadi macam Jepun - kerap sangat tukar PM.

Wallahu 'alam.

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan Lawyer,

Cini cikit mau tanya,

"Dia ada banyak kerja tertunggak selama 4, 5 tahun yang hendak disiapkan di dalam masa 4, 5 bulan ini."

Habis tu 4, 5 tahun sebelum ni what has he been doing, sleeping?

And this is Dollah's statement taken from Utusan,

“Sebenarnya beliau (Tun) mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya." It sound like a cry for help from a severely wounded soldier.

I feel like correcting the statement, kebencian telah timbul sudah lama bila makhluk bernama Khairy menjelma. Salah orang-orang Dollah adalah sokongan yang telah membawa rebah.

I wish his intelligence would make him understand this simple argument.

Wassalam.

Anonymous said...

Salam tuan

Pak Lah memang lupa atau buat2 lupa bila dia tanya sapa Tun ni nak tentukan siapa pegang jawatan apa dalam UMNO? Saya bukanlah ahli UMNO tapi nak jawab di sini kalau Pak Lah lupa...Tun adalah orang yang bertanggungjawab pilih Pak Lah untuk gantikannya pada 2003 dulu walau pun Pak Lah bukanlah Naib Presiden yang paling kanan kalau nak dikira di segi undi masa pemilihan UMNO sebelum itu. Najib lebih kanan kan kalau dikira di segi undi yang diterima. Dah lupa ka?

Pak Lah lupakah antara agenda utama Pak Lah ialah tubuh Suruhanjaya untuk buat penambahbaikan pasukan polis kononnya nak tingkatkan integriti polis. Pak Lah lupakah bila suruhanjaya syorkan 125 cadangan untuk buat penambahbaikan sampai sekarang pun habuk pun tarak. Alih-alih Pak Lah lepaskan jawatan menteri jaga polis kepada orang lain. Apakah Pak Lah lupa tujuan asal penubuhan suruhanjaya tersebut.

Pak Lah lupakah bila Pak Lah kata Pak Lah nak cari Al Ghazali tapi Pak Lah ambil masa lebih enam bulan untuk masuk Sri Perdana lepas Tun keluar kerana Sri Perdana perlu di 'refurbish' dengan kos katanya hampir RM20 juta.

Anonymous said...

TDM patut jangan kata apa-apa pun. Jangan nak nasihat AAB atau UMNO. Biarkan UMNO punah ranah terus.

mamasita said...

Wah LK!So much haloobaloo!Sampai nak tidur pun takboleh!TDM cakap gini,Pak Lah cakap gitu, we all cakap gini..we need a maestro lah!At least kita boleh form a symphony!Wohoo!

Lawyer Kampung said...

Terimakasih kepada semua kerana sudi meluangkan masa memberikan komen yang menarik dan mencabar minda. Sebenarnya kita faham kenapa paklah begitu kecewa. Suasana semasa amat tidak memberansangkan bagi beliau. Saya juga percaya ini mungkin bukan "pukulan" terakhir beliau. Senario terbaru di dalam parti MCA memerlukan kemungkinan untuk kabinet dirombak. Paklah masih lagi mempunyai kuasa, dan dengan kuasa yang ada apa pun boleh berlaku. Seperti yang kata sebelum ini, antara sekarang dengan Mac 2009 adalah berabad lamanya di dalam politik.

Anonymous said...

Banyak pulak dia bercakap skrg ni kan bro? Hampir tiap-tiap hari lagi tu. Semenjak tak pegang kewangan ni, maybe free sikit masa dia. Tidur dia pun cukuplah sekarang Mr Piggy Singh. Masa utk siapkan kerja 4 - 5 tahun lepas. Tapi kalau asyik sibuk ke sana ke mari bercakap, sempat ke siap keje tu? Baru last week datang melawat kami di sini. Kempen utk anak menantu lah tu. Sorry lah, org kuat KJ kat sini, RD pun tak leh buat apa-apa2. Suara akar umbi lagi power. He he...

Anonymous said...

Mr Ismail, the wind of change blown from grassroots no doubt is overwhelming, but grassroot leaders and representatives who can be bought cheaply are trying to make them silent. When it reaches UMNO division, only the votes from reps that count.

Mama, let the MCOBA boys lead the orchestra, start with playing Mozart symphony no 5 to doze off Dollah until March, or perhaps playing Kitaro's Matsuri is better, to express anger in civilized manner.
Tuan Lawyer, would you be the conductor?

Anonymous said...

Mahathir, shut up will you? Why giving them free advice? You should charge these UMNO nincampoops instead!

Anonymous said...

Teruskan bersuara tuan lawyer. Saya ahli UMNO sudah lebih 25 tahun dan saya sentiasa mengalu-alukan suara-suara di luar sana terutamanya golongan profesional muda seperti tuan.

-dahulu, kini & selamanya-

Anonymous said...

Paling kelakar dalam hidup aku dengar seorang PM buat statement macam tu muahahahahaha sampai nak putus tali perut aku... Pak Lah tak tahan dengar kritikan dan pandangan pasal memang dia tak tau nak jawab macam mana dah.. lagi pun lepas ni semua kaum kerabat dia akan ditolak bukan saja pembangkang,org takde parti malah org UMNO sendiri..

Anonymous said...

Paling kelakar dalam hidup aku dengar seorang PM buat statement macam tu muahahahahaha sampai nak putus tali perut aku... Pak Lah tak tahan dengar kritikan dan pandangan pasal memang dia tak tau nak jawab macam mana dah.. lagi pun lepas ni semua kaum kerabat dia akan ditolak bukan saja pembangkang,org takde parti malah org UMNO sendiri..

Anonymous said...

betul tu.. sapalah tun ni yg nak kritik UMNO. Tun cuma pegang UMNO 23 tahun je.. Sekejap je tu.. mana layak nak kritik UMNO..

Anonymous said...

Tuan Lawyer,

It amazes me that only now, that he is pretty much upset with TDM when it should have been ages ago. Perhaps with nothing to lose ( well actually everything is lost )due to the imminent departure, he is finally showing the other side of the man that he shoud have been i.e the balls are somewhat there.

The post election period has been nothing but a period of finger pointing and laying the blame on one another in relation to the erosion of support for the government. Bickerings breed nothing but only distrust. And distrust is surely the sweetest ingredient towards the demise of the bond that has gelled the parties.

The final 4 months should be spent on ensuring greater unity among all Malaysians. Nothing else.
One can achieve so much within that period. If one wants to. If one knows how to.

AC
- * don't go messing with d oil prices no more !!