Thursday, January 29, 2009

Bubar UMNO?

Bagaimana tertariknya saudara Zulkifli Nordin dengan cadangan Tg Ahmad Rithaudeen, saya juga tertarik kepada pandangan YB Zulkifli sendiri dalam nukilan terkini beliau bertajuk Bubar UMNO sertai PAS

Datang dari seorang YB PKR, cadangan beliau yang menyeru kepada pembubaran UMNO seraya mengajak ahli-ahli UMNO menyertai PAS dan bukannya parti yang beliau sendiri bernaung di bawahnya, amat menarik sekali. Berbagai interpretasi dan hujahan (dalam konteks suhu dan hawa siasah negara masakini) boleh dibuat darinya dan saya serahkan perkara ini kepada pembaca-pembaca yang budiman.

Satu sahaja soalan saya, "Kenapa tidak disarankan sertai PKR, YB?"

Terlanjur kita berbicara mengenai hal ini, saya juga terpanggil untuk dengan rendah dirinya menyarankan perkara yang sama kepada YB Zulkifli, alang-alang menyeluk pekasam, YB tinggalkan sahaja PKR, orak langkah, sertailah PAS.

Dikemaskini 8.42pm

7 comments:

Dr.Sid said...

apa kata bubar DAP sertai MCA, bubar PAS sertai UMNO, dan bubar PKR sertai MIC? bubar juga legasi keluarga anwar ibrahim. tentu tak nak bukan? jadi jangan suka hati suruh bubar umno ok YB.

Hamirdin b Ithnin said...

Kan ke pemimpin UMNO sendiri yang suruh bubar sayap sayap UMNO.

Kalau sayap dah kena pancung, burung tu mati lah. Walaupun geroda.

UMNO sedang gelongsor tanpa brek. Tinggalkan segera.

kluangman said...

Nampaknya UMNO masih relevan dan ada daya penarik, ramai yang ambil berat !!

dinturtle said...

Salam Tuan Lawyer,

UMNO sebagai sebuah parti tak bersalah dan sepatutnya tidak timbul isu pembubaran sayap maupun parti. Cuma pemimpin2 Umno sekarang yang perlu dibubarkan.
Tindakan disiplin berkaitan politik wang dan cadangan pembubaran sayap...kedua isu ini telah menjadi topik utama dan berjaya menepis serangan direct keatas pemimpin2 utama Umno yang sebelum ini hebat diperkatakan.

Iya, politik wang adalah kotor. Tapi dari mana datangnya wang yang banyak itu in the first place ?

Sayang Umno tidak punya pilihan selain Najib tika ini. Untungnya Melayu mudah lupa dan mudah memaafkan. Jadi Umno perlukan satu tindakan yang lebih drastik, lebih gempar dan lebih 'korban' untuk menyakinkan Melayu akan niatnya mahu menjadi 'bersih'.

Mungkin 30% atau 1/3 dari pemimpin (across the board) Umno harus dikorbankan. Ini termasuk salah seorang calon naib presiden. Just to show Umno is serious.

Persoalan utama - Bagaimana pemimpin2 Umno semuanya kaya raya ? Pastinya hasil rasuah dan salah guna kedudukan dan pangkat dalam kerajaan dan parti. Tidak ada bukti? Takada masalah ... guna saja cara logik Tribunal Linggam dahulu.

Last .. Kalau menggunakan wang dan janji hadiah untuk mendapatkan undi pencalonan dikatakan sebagai politik wang dan ianya dikecam, apa pula kita panggil perbuatan yang sama dibuat UMNO/BN semasa P36 baru2 ini ?

Lawyer Kampung said...

DrSid, hairan & ajaib sebenarnya bila YB Nasarudin masuk Keadilan sedangkan orang besar PKR sendiri iklankan supaya orang UMNO masuk PAS, itu sahaja. Kita musyhkil, maklumlah lawyer kampung ;-)

Prof, satu iklan baik untuk PAS ni.. hahaha

Kluangman, betul tu ;-) Lim Kit Siang pun begitu prihatin nampaknya..haha http://blog.limkitsiang.com/2009/01/29/abolish-umno-as-no-political-will-to-eradicate-corruption-in-the-country%E2%80%99s-most-corrupt-institution/

Lawyer Kampung said...

salam dinturtle, terimakasih kerana masih sudi ziarah blog lawyer kampung ;-) & terimakasih untuk pandangan saudara. Menarik yang terakhir tu, hanya test case di mahkamah boleh tentukan sejauhmana definasi bawah seksyen 10 ACA Act 1997 boleh terpakai. Lagi menarik jika seruan-seruan suruh "terima jika diberi, tapi jangan pangkah bila mengundi" turut dijadikan test case mungkin ;-)

Faizal Zakaria's Blog said...

Bubar PKR dan PAS..
Sertai UMNO :-)
























Jangan Potong Q :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Sindrom Mat Salleh Celup
http://pro-faizal.blogspot.com
Suara generasi Baru
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com