Monday, January 26, 2009

Cadangan "Tiada Pertandingan" Dari UMNO Besut

  • UMNO Bahagian Besut dalam mesyuarat semalam telah membuat cadangan agar ''TIDAK ADA PERTANDINGAN'' untuk jawatan TIMBALAN & NAIB Presiden UMNO, di bulan March nanti. UMNO bahagian tersebut memutuskan perlu adanya kompromi.
  • Cadangan ini dibuat untuk mengurangkan kemelut pertandingan di peringkat pusat & mengatasi masalah politik wang.
  • UMNO perlu memberi ruang yang lebih untuk mengatasi masalah dalaman & bukan untuk merebut jawatan.
  • Dalam menghadapi kemelut masakini, pemimpin UMNO perlu menunjukkan pengorbanan mereka untuk parti.
  • UMNO Bahagian tidak memberi apa-apa cadangan cara perlaksanaan, tapi menyerahkannya kepada kebijaksanaan kepimpinan pusat (MT UMNO) untuk menentukannya.

Itu berita yang saya terima dari Besut, Terengganu. Apa pandangan anda pula?

Dikemaskini 28/1/2009- 4.08pm

Nampaknya sudah ada satu dua calon jawatan yang dicadangkan di atas tidak bersetuju.

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Cadangan UMNO Bahagian Besut supaya calon-calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden berkompromi pada pemilihan parti Mac ini kurang dipersetujui.

Walaupun atas alasan demi mengukuhkan parti - calon yang bertanding berpendapat masih banyak cara lain untuk melakukannya.

Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, dalam UMNO terdapat pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahlinya untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun katanya, usaha murni itu tidak sepatutnya menjurus kepada satu cadangan sahaja kerana terdapat pelbagai aspek yang perlu diberikan penelitian.

''Dalam UMNO sesiapa sahaja bebas beri pandangan, sekarang semua orang bagi petua untuk pulihkan UMNO.

"Saya berharap UMNO dapat memilih jalan terbaik kerana apabila seseorang memberi pandangan, tidak bermakna ia mewakili pandangan majoriti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Baca seterusnya Bukan pandangan majoriti - Muhammad

Kuda Kepang juga ada menulis berkenaan cadangan dari Besut itu, antara lain beliau berkata;

Saranan Idris seperti di atas memang pragmatik dan relevan dengan suasana siasah UMNO mutakhir ini. Tetapi, berapa ramaikah calon yang sudi berkongsi pandangan dengan beliau. Contohnya, kajilah sendiri kenyataan-kenyataan berikut:

MELAKA 27 Jan. - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak bersetuju dengan cadangan UMNO Bahagian Besut supaya calon-calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti itu berkompromi pada pemilihan Mac ini.

Naib Presiden UMNO itu menegaskan, sebagai calon yang telah dipilih oleh ahli untuk bertanding, tidak ada sebab untuknya berkompromi atau menarik diri.

"Saya ucapkan tahniah kalau ada yang memberi cadangan untuk berkompromi tetapi saya tidak akan tarik diri. Kalau ada calon lain yang menarik diri... Alhamdulillah," katanya.

Baca lagi KOMPROMI ELAK PERTANDINGAN UMNO: APA REAKSI ABDULLAH?

Pandangan Muhyiddin & Hishamuddin mengenai cadangan dari Besut ini pula adalah seperti berikut;

"Saya menghormati pandangan daripada UMNO Bahagian Besut."

"Mengambil kira senario politik sekarang, tidak bermakna musyawarah tidak boleh diamalkan. Yang penting ialah kepimpinan yang kuat, perpaduan parti serta imej parti di mata rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh supaya calon-calon Timbalan dan Naib Presiden berkompromi dan memberi keutamaan kepada mereka yang mampu meningkatkan kekuatan parti.


Menurut Idris, tanpa pertandingan bagi kedua-dua jawatan itu ia mampu membendung gejala politik wang, mengelak perpecahan dan membolehkan ahli UMNO menumpukan usaha untuk mengukuhkan parti.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menganggap saranan itu tidak mustahil dilakukan tetapi perlu perbincangan mendalam.

Baca lagi Muhyiddin serah kepada MT

5 comments:

Anonymous said...

Masalah politik wang sebab ada G7. Patut gesa G7 dihapuskan & kuasa melantik pemimpin dikembalikan kepada ahli teramai.

Duka_2009

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

kluangman said...

Apa juga pandangan mereka atau dari siapa sudah tidak penting, UMNO sudah hilang daya penarik.

Nak lingkup atau nak pulih, buatlah pilihan sendiri, pandai pandailah nak survive dan relevan dalam ketika rakyat sudah bangun bersuara beberapa dan banyak kali.

Tolong jangan hipokrik dan pura pura buat tak faham.

Lawyer Kampung said...

duka_2009, itulah yang patut dilakukan, jika tuan bertanyakan saya.

Salam PakKaramu, terimakasih kerana ziarah.

Kluangman, terimakasih untuk pendapat tuan ;-)

Anonymous said...

Modal dah banyak keluar la bang, mana boleh tarik diri hehe