Sunday, January 11, 2009

P36 KT: Kematangan berpolitik?


Baca Fiery words back to haunt Umno

"It's alive, well & kicking" kata mat saleh. Bila PAS dan sekutunya mengalih tumpuan untuk menghasilkan poster & banner sebegini hanya demi undi yang ingin diraih, saya kira mereka tidak boleh menyalahkan BN untuk terus mengatakan bahawa keperluan berpolitik berteraskan ras harus diteruskan di negara ini.

Bila kita lihat banner seperti di atas, soalan bagi mereka yang masih rasional adalah siapa sebenarnya yang memainkan isu politik berteraskan ras ini? Siapa sebenarnya yang "bertambah matang" dalam berpolitik?

Tiada gunanya warkah sebegini diutuskan, kerana rakyat marhaen di Kuala Terengganu lebih arif dalam menilai yang mana mainan politik, yang mana realiti kehidupan. Ada miskin dan ada kaya, yang pentingnya peluang yang diwujudkan untuk keluar dari sesuatu kelompok sentiasa cuba diberikan. "Tiada halangan, hanya peluang", bukan begitu orang Terengganu? Kalau jawapannya negatif, biarkan rakyat KT menghukum tetapi jika tidak, tepuk dada tanyalah selera.

Siapa sebenarnya yang ketandusan isu sehinggakan isu "atap rembia, atap genting" hendak dimainkan? Lainlah kalau rumah yang tersergam indah di Bukit Segambut ini pun beratapkan rembia....

P/s: Saya tertarik dengan komen saudara dinturtle dalam posting saya sebelum ini. Datang dari orang yang bakal mengundi, inilah isu yang perlu dibangkitkan dan diperjelaskan oleh pihak-pihak yang bertanding sebenarnya. Komen beliau ada di sini.

3 comments:

kluangman said...

BN mungkin tidak sebegini malang dan teruk jika Dolah berundur pada November selepas PAU atau lebih awal kerana rakyat masih marah dengan 'muka muka persona non grata' yang masih ada dalam UMNO.

UMNO akan tewas kali ini kerana ahli UMNO yang layak mengundi di Kuala Terengganu akan terus memainkan peranan penting dan penentu.

dinturtle said...

salam Tuan Lawyer,

Malu saya tuan hightlight my comment ! But thanks, semoga mendapat perhatian sewajarnya dari pihak UMNO. Komen saya berdasarkan exposure saya sendiri dan apa yang dalam fikiran saya. Mungkin berlainan dengan orang lain. Terserah pada orang lain membuat penilaian.

Nak tambah lagi sikit, dengan izin..

- kenapa Ahmad Said terlalu senang kata - kes tutup! bila ditanya hal Royalti ? bagi beliau mungkin dah selesai tapi selagi rakyat masih mengetuk pintu takkan taknak buka ? Maaf, tapi janganlah berlagak 'gedebe' begitu. Mungkin beliau malas nak layan kerana semuanya terjadi semasa zaman Idris, tapi apapun janganlah senang je kata 'kes tutup'

- sembang2 kedai kopi ramai yang mempersoalkan pendirian Ahmad Said sendiri yang dikatakan dah berubah. Ingat lagi semasa mula2 jadi MB, beliau sendiri mempersoalkan ketelusan royalti, monsoon cup dan mesjid kristal, siap cabar ACA supaya siasat. sekarang ?

- Kenapa perlu diungkit lagi hal 'pengorbanan' wan farid melepaskan jawatan timb menteri/senator nya? (dlm akhbar hari ini) Sejak BN umumkan namanya sebagai calon, hal 'pengorbanan' ini diulang2. Hello Mat2 UMNO - wan farid 'korban' jawatan/kerja itu hal personal dia. Itu bukan korban namanya, tapi mengambil risiko untuk sesuatu yang lebih besar. Lainlah wan farid dari keluarga miskin, perlu menyara 10 orang adik yang masih sekolah, mak ayah terlantar sakit, nak beli kereta pun tak mampu sebab duit gaji semua buat menanggung keluarga .. - itu baru korban ! Pleaselah UMNO, nak muntah dengan 'korban' wan farid ni..

- Apapun isu2 nasional, tempatan, royalti, pembaziran maupun yang melibatkan ugama atau kaum, pada pendapat saya yang insignifikan ini, hanya satu isu yang benar2 akan mempengaruhi majoriti pengundi Melayu KT, terutama yang dari kampung. (Bandaraya Kuala Terengganu hanyalah sebuah kampung yang besar). Tak lain tak bukan isu Wan Farid sombong !

Bunyi amat kebudakan tapi percayalah, ia amat rapat dengan orang kampung. anggaplah macam personal. Isu2 besar lain mungkin hangat bila dibincang, tapi lama kelamaan ia macam hilang kesannya bila bersendirian. Tapi yang lekat dihati - Wan Farid sombong ! Bagi mereka yang terpelajar disini mungkin susah nak percaya. Takkanlah nak lantik Ahli Parlimen, satu perkara yang agung dalam konsep demokrasi, kita perlu memperkatakan hal remeh tentang peribadi seseorang ? I'm just stating a fact as i see it.

Jadi macamana nak perbetulkan persepsi sombong ini? Bukan dengan ucapan2 pemimpin2 yang cuba membersihkan nama wan farid. Ini hal personal, jadi tuan diri sendiri yang kena buat. Wan Farid kena pergi setiap rumah dan jumpa setiap pengundi yang ada di KT, Tak pun lawatlah setiap warung yang ada,salam, senyum dan tegur setiap yang ada. minum teh sama2biar kembung perut, jamah walau sedikit kuih2 yang ada, biar makin tembam pipi yang cute tu. Kalau benarlah wan farid nak bersihkan nama, itu saja cara yang saya nampak. Ada 5 hari lagi..sempat lagi kot. Oya, janganlah pergi ramai2, naik kereta besar, pakai escort polis... cukup 3-4 orang, naik kereta kancil je..

Kematangan berpolitik ? hehe.. maaflah tuan lawyer, saya tak mahu hipokrit. Biarlah politik saya tak matang, tapi saya berpijak dibumi nyata...bukan di awan.

Lawyer Kampung said...

Tuan dinturtle, kerana kematangan dan berpijak di bumi nyatalah, komen saudara sebelum ini dan yang ini perlu diketengahkan ;-) Terimakasih kerana sudi singgah dan memberi buah fikiran saudara di sini.

Kluangman, terimakasih untuk komentar saudara juga :-)