IPOH 28 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim berkata, beliau tidak ditawarkan sebarang jawatan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau turut menyatakan tidak akan menyertai UMNO semula walaupun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali telah membayangkan hasrat untuk melepaskan jawatannya itu dalam masa terdekat. - Utusan
Baca Tidak ada tawaran jawatan - Nasaruddin
Nasib baik itu jawapannya. Kalaulah sebaliknya, ramailah "calon-calon" yang terlibat dengan proses "penghijrahan" ini layak untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengikut definasi kesalahan Seksyen 10 di bawah ini bukan? Jangan selepas ini, bila keadaan sudah mula reda, tiba-tiba ada jawatan tertentu cukuplah...
Seksyen 10.
Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau menerima bersama dengan mana-mana orang lain—
(a) secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau
(b) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain, apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi, atau selainnnya oleh sebab—
(aa) mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku; atau
(bb) mana-mana pegawai sesuatu badan awam melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku, yang dengannya badan awam itu terlibat, adalah melakukan suatu kesalahan."
9 comments:
Mana ada bang. Pakatan Rakyat maksum tak ada rasuah-rasuah politik bang hehe
Yang kelakarnya... yang sibuk duk canang2 PR maksum ni... orang2 BN/UMNO sendiri... funny!!!!
Orang seperti Nasarudin ini patut di angkat sebagai contoh pemimpin rakyat dan kebenaran, dia seorang pejuang sejati keadilan demi bangsa, ugama dan negaranya.
Ok tak !
tak ada jawatan? bagaimana dengan bayaran? secara rasionalnya kita berpindah untuk menikmati sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita telah ada. apapun rakyat memilih beliau sebagai calon BN dan apabila beliau melompat sebagai individu maka beliau telah mengkhianati pemilih beliau.
Jika sebagai Pegawai Kerajaan:
Perpindahan yang dibuat kerana atas permintaan maka pegawai tersebut tidak layak menuntut elaun perpindahan.
Perpindahan yang dibuat atas arahan maka pegawai tersebut layak menuntut elaun perpindahan penuh seperti elaun loging dan elaun makan.
Nasarudin sudah tentu 'ikhlas' dan tidak layak menuntut apa apa elaun perpindahan tetapi 'jika diberi' apa salahnya. Nasarudin berbahasa PKR berbudi.
Salam tuan rumah,
Jawatan tak ada tapi pastinya sedekah itu ada. Jenis sedekah? Kena tanya Exco yang kena dakwa tu......
Nasarudin,bijak orangnya.Dia saorang pemain catur handalan.UMNO dah tak relevan lagi.Kebanyakkan rakyat dah tak terima UMNO lagi disebabkan ahli2nya rasuah,sombong,bongkak dan tak sedarkan diri gila kuasa.Orang yang dahulunya bermati matiian dengan UMNO kini berubah haluan sama ada mereka berhijrah kepangkuan lawan ataupun duduk diatas pagar.Nasarudin pahlawan yang berani dan pandai membezakan intan dan berlian.Saya pemerhati sahaja ikut mana yang menang.
LeeZ, thanks for the comment :-)
Kluangman, UMNO patut bersyukur ada ahli seperti ADUN Bota. Paling kurang boleh sedarkan yang mana masih nyenyak tidur atau pura-pura tidur tu ;-)
spu-blogger,terimakasih untuk ziarah dan komen ;-) Masa akan tentukan. Kita tunggu dan lihat.
Salam cekodokmasin, terimakasih untuk komen dan ziarah :-)
Saudara Mohd Ali, terimakasih untuk komen saudara. Harap ada yang di atas sana sedar dari diulit mimpi hasil komen saudara itu ;-)
Anon, terimakasih untuk komen.
Memang aku setuju penjelasan engkau tu sebab cucu aku sekolah tadika pun cakap begitu .
Persoalannya ialah adakah Sultan Perak telah menggunakan budibicara dengan minda tertutup tanpa mengambil kira fakta fakta kes dan faktor faktor lompat parti dan keadaan katak katak(ADUN) ini.Mereka mereka telah dituduh diMahkamah kerana rasuah dan yang satu lagi handicap, ditambah yang satu lagi yang tiada pendirian atau agen UMNO yang kalau masa perang guarantee hukum tembak punya berperangai talam dua muka. Ini lah fakta fakta yang Sultan aku kira patut ambil kalau dia tidak bodoh sebab dia belajar undang undang kat England macam aku, dan lagi Lord President pencen.........terror tu pasal undang undang. Lepas tu ada juga kes serupa yang lalu yang boleh dijadikan rujukan yang diputuskan oleh Mahkamah Agung lagi yang mana Sultan boleh semak atau pun yang teramat le baik bagi Tuanku beristiharah kepada Allah sebelum membuat keputusan, sebab keputusan itu Baginda boleh bayangkan akibatnya.Sekarang lihatlah akibatnya daripada respond raayat......silap silap Tuanku tuanku semua tinggal hari ini dalam sejarah aje macam India,Nepal,Iran dan lain lain lagi atau pun jadi raja kelawar,raja lekok, raja diamond,.....may be raja kapoor (hero hindustan)......fikiiiiiiiiiiiiiiiiir.
ADUN ADUN katak tu aku rasa macam le perbidalan "beggars got no choice" dan yang bekas kapten askar tu entah entah spm pun tak pas aku tau sebab dulu ATM nak tambah pegawai ambik le bekas prebet yang tidak ada officers quality macam mangkuk ni.
Post a Comment