Tuesday, January 13, 2009

P36: Isu di KT dari orang KT untuk orang KT


A crowd of about 2,000 people attending a Barisan Nasional ceramah at Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Former mentri besar Datuk Seri Idris Jusoh was among the speakers exhorting the people to vote in Umno's Datuk Wan Ahmad Farid Salleh come Saturday, Jan 17. – Photo by Choo Choy May (The Malaysian Insider)

Terimakasih saya ucapkan kepada saudara dinturtle sekali lagi kerana memberi lintas-langsung sebenar isu yang benar-benar diketengahkan bagi penentuan pilihanraya kecil P36 ini tidak lama lagi. Seperti yang dijangkakan, pilihanraya kecil ini tidak bertumpu sangat kepada isu-isu peringkat nasional dan sebaliknya lebih bersifat tempatan.

Seperti yang beliau utarakan sebelum ini, 4 isu utama yang dibawa adalah, isu wang royalti ( Wang royalti dan perincian perbelanjaan wang tersebut dari 2004-2007. Samada kerajaan BN dahulu membazir atau sebaliknya. "Kejayaan" Mat Said mengangkat cek replika dari kerajaan pusat tidak menjadi penawar), isu Monsoon Cup & Masjid Kristal (Berbaloi atau pembaziran, itu yang dipersoalkan), isu personaliti calon sendiri (ianya bukan sesuatu yang remeh-temeh bagi sebuah bandaraya yang merupakan hanya satu kampung yang besar sebenarnya kata dinturtle lagi) dan yang terakhir isu harga barang naik.

dinturtle telah sudi menambah komentar beliau sebelum ini di atas dengan memperincikan lagi seperti berikut:


Blogger dinturtle said...

salam Tuan Lawyer,

Malu saya tuan hightlight my comment ! But thanks, semoga mendapat perhatian sewajarnya dari pihak UMNO. Komen saya berdasarkan exposure saya sendiri dan apa yang dalam fikiran saya. Mungkin berlainan dengan orang lain. Terserah pada orang lain membuat penilaian.

Nak tambah lagi sikit, dengan izin..

- kenapa Ahmad Said terlalu senang kata - kes tutup! bila ditanya hal Royalti ? bagi beliau mungkin dah selesai tapi selagi rakyat masih mengetuk pintu takkan taknak buka ? Maaf, tapi janganlah berlagak 'gedebe' begitu. Mungkin beliau malas nak layan kerana semuanya terjadi semasa zaman Idris, tapi apapun janganlah senang je kata 'kes tutup'

- sembang2 kedai kopi ramai yang mempersoalkan pendirian Ahmad Said sendiri yang dikatakan dah berubah. Ingat lagi semasa mula2 jadi MB, beliau sendiri mempersoalkan ketelusan royalti, monsoon cup dan mesjid kristal, siap cabar ACA supaya siasat. sekarang ?

- Kenapa perlu diungkit lagi hal 'pengorbanan' wan farid melepaskan jawatan timb menteri/senator nya? (dlm akhbar hari ini) Sejak BN umumkan namanya sebagai calon, hal 'pengorbanan' ini diulang2. Hello Mat2 UMNO - wan farid 'korban' jawatan/kerja itu hal personal dia. Itu bukan korban namanya, tapi mengambil risiko untuk sesuatu yang lebih besar. Lainlah wan farid dari keluarga miskin, perlu menyara 10 orang adik yang masih sekolah, mak ayah terlantar sakit, nak beli kereta pun tak mampu sebab duit gaji semua buat menanggung keluarga .. - itu baru korban ! Pleaselah UMNO, nak muntah dengan 'korban' wan farid ni..

- Apapun isu2 nasional, tempatan, royalti, pembaziran maupun yang melibatkan ugama atau kaum, pada pendapat saya yang insignifikan ini, hanya satu isu yang benar2 akan mempengaruhi majoriti pengundi Melayu KT, terutama yang dari kampung. (Bandaraya Kuala Terengganu hanyalah sebuah kampung yang besar). Tak lain tak bukan isu Wan Farid sombong !

Bunyi amat kebudakan tapi percayalah, ia amat rapat dengan orang kampung. anggaplah macam personal. Isu2 besar lain mungkin hangat bila dibincang, tapi lama kelamaan ia macam hilang kesannya bila bersendirian. Tapi yang lekat dihati - Wan Farid sombong ! Bagi mereka yang terpelajar disini mungkin susah nak percaya. Takkanlah nak lantik Ahli Parlimen, satu perkara yang agung dalam konsep demokrasi, kita perlu memperkatakan hal remeh tentang peribadi seseorang ? I'm just stating a fact as i see it.

Jadi macamana nak perbetulkan persepsi sombong ini? Bukan dengan ucapan2 pemimpin2 yang cuba membersihkan nama wan farid. Ini hal personal, jadi tuan diri sendiri yang kena buat. Wan Farid kena pergi setiap rumah dan jumpa setiap pengundi yang ada di KT, Tak pun lawatlah setiap warung yang ada,salam, senyum dan tegur setiap yang ada. minum teh sama2biar kembung perut, jamah walau sedikit kuih2 yang ada, biar makin tembam pipi yang cute tu. Kalau benarlah wan farid nak bersihkan nama, itu saja cara yang saya nampak. Ada 5 hari lagi..sempat lagi kot. Oya, janganlah pergi ramai2, naik kereta besar, pakai escort polis... cukup 3-4 orang, naik kereta kancil je..

Kematangan berpolitik ? hehe.. maaflah tuan lawyer, saya tak mahu hipokrit. Biarlah politik saya tak matang, tapi saya berpijak dibumi nyata...bukan di awan.

5:59 PM


Bagaimana orang KT? Bagaimana orang UMNO dan BN di KT? Sempatkah perbaiki keadaan? Terpulanglah samada ingin mengambil berat atau tidak saranan dan nasihat komentar di atas. Lagipun kalau berpeluk tubuh, tidak berbuat apa-apa tidak akan mendatangkan kerugian bukan? Baru hilang satu undi dari dinturtle, tak rugi bukan?

Ramai lagi seperti saudara dinturtle kita ini di KT, dan mereka ini tergolong di dalam golongan 87 peratus pengundi keseluruhan di P36 kelak. Tidak perlu ambil pusing sentimen mereka ini? Cubalah, dan lihat hasilnya di hari mengundi kelak.

Kemaskini 8.35pagi

Komen tambahan dari saudara dinturtle di dalam ruangan komen di bawah ini. Terimakasih. Kepada orang-orang di KT yang belum kesempatan, baca juga nukilan terkini Dato Sak, di sini, ada juga mesej dari orang KT di dalamnya.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

You are too much ! whateverla.. my secondary BM teacher would have laughed sampai tocang berdiri if she knew you highlight my comment as an article by itself. Hopefully this would be my last comment on P36, there are more pressing events out there for Malaysians to ponder. unless something big worth mentioning happens.

Just to be fair, saya ronda KT malam tadi cari ceramah BN, and found one in Pasar Cabang 3.Yang berceramah exMB Idris, ex Pas members, dan beberapa lagi yang saya tak ingat nama. And surprise, Najib muncul jam 10.30 dengan cara glamour ala filem Hollywood - outriders, black volvo suvs, bodyguards jumping off slow moving vehicles..okla, PM to be's safety first. (hmm i dont think those secret service men wear rear seatbelts, jumping off like that)

I was hoping to hear hard hitting facts rebutting PR allegations what with najib and idris there, but so dissapointed.

Tidak ada satu pun isu yang telah saya ketengahkan (hasil dari ceramah dan sembang rakyat) sebelum ini disentuh. Semuanya kata2 kutukan dan memperlekehkan PAS. Dan isu2 lama PRU11 seperti amanat Hadi, sembelihan Pas haram, kafir mengkafir dll. Mungkin sesuai dengan tajuk ceramah malam ni 'Masihkah Kau Ingat' tapi takkan takada modal lain? itu baru betul isu lapuk. Kenapa tidak digunakan peluang terbaik dengan hampir 2000 orang yang hadir (walaupun hujan renyai), dengan adanya ex MB yang tahu cerita sebenar isu2 yang dicanang PR, untuk membela diri BN yang dituduh macam2 ? Baik najib mahupun Idris, dua2 asyik menjerit Pas 'kluk klek'(tak ingat ejaannya tapi mcm tulah lebihkurang) dan disambut orang2 Umno dibawah pentas. (kluk klek itu maksudnya tak tetap pendirian, asyik berubah2) APA NI ? Orang2 kampung yang ramai memerhati dipinggiran hanya mampu menggeleng kepala.

Saya ulang - TIDAK ADA satu pun isu yang diucap kedua pemimpin Umno itu. Dan saya terperasan satu perkara yang menarik dari 'ucapan' mereka - TIDAK ADA nama wanfarid disebut ! Hanya ada - undilah Umno.

Mungkin diceramah2 BN yang lain adalah ucapan2 yang bernas yang mampu menangkis serangan PR yang mana tuduhan2 mereka agak 'factual' hinggakan perkataan 'billion' dah jadi mainan bibir orang kampung.

Satu lagi - tengahari jam2.30 tadi diadakan perjumpaan ramah mesra antara MB dengan guru2 YANG BERDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI DI P36 SAHAJA di kediaman rasmi MB. Wajib hadir. Sebelumnya disebelah pagi juga diadakan perjumpaan sama dengan agensi kerajaan yang lain. Bukan kempen, tapi ramah mesra je ..

Diatas semua adalah laporan apa yang terjadi. Ini komen saya - Kesian wanfarid...tapi kalau tuan jumpa saya,senyum dan salam, saya akan undi tuan. Tak perlu susah2 usung saya ke ambulan, saya masih sihat.

Buatlah penilaian tuan lawyer sendiri dengan apa yang telah saya tulis. Sumpah saya bukan ahli mana2 parti politik, cuma seekor penyu yang menangis. Terimakasih.

Quantum Metal Consultant said...

Najib kata kemenangan di pilihanraya ini bukan untuk Paklah, bukan untuk Najib (dirinya) dan bukan untuk Wan Farid (calon) tetapi untuk rakyat. Najib terlupa nak tambah bukan juga untuk MAWE.

Bererti juga Najib merestui jika PAS menang ia juga bukan untuk Hadi atau Nik Aziz tetapi untuk rakyat.

Pagi tadi berjumpa dengan YDP PAS Parlimen Bandar Tenggara, Tuan Hj. Rashid, katanya PAS perlu menang di KT sebagai salah satu petanda perkembangan PAS di Johor dan beliau mengingatkan UMNO bahawa di Johor, terdapat 15 kawasan ADUN pada PRU12 yang lalu BN memang majoriti hanya dalam ratusan sahaja dan jika tanpa 'undi pos-undi hantu' BN sebenarnya sudahpun tewas.

Dalam lain perkataan tidak mustahil, kerajaan negeri Johor juga akan jatuh ke tangan PAS pada PRU13 nanti.

cabaipadi said...

Salam Tuan,

Saya setuju BN tiada isu yang baru hanya terus melapokkan isu yang kekal lapok...

Ada pemimpin BN yang datang dengan kebodohan dan mempamerkan kejahilan yang amat sangat bila membicarakan sesuatu isu.

Ezam khususnya mendedahkan surat DSAI kepada TDM, bila dibaca surat tersebut jelas tiada apa yang sama dengan maksud 'SURAT DAMAI' DSAI tetapi lebih kepada menjelaskan situasi yang dihadapi oleh sebuah keluarga yang teraniaya dengan kelicikan politik TDM semata-mata. Sama ada isu yang Ezam bawakan ini mampu menarik simpati pengundi kepada BN atau sebaliknya kita tunggu sahaja.

KJ pun nak juga selitkan dirinya, tetapi sekadar 200 orang sahaja yang hadir mendengar ceramah beliau, isi ceramah beliau lebih nak mengangkat dirinya hebat kerana mampu berdebat dengan orang kanan PAS di gelanggang mereka...itu sahaja yang dapat saya simpulkan...

Anyway, i like this n i'll follow!!!

thx!

Lawyer Kampung said...

Salam Cabaipadi, thanks for the & the support. Looking forward to hear more of you, sir. :-)