Thursday, January 08, 2009

P36 KT: Pakatan Rakyat, Anwar & Hudud

حدود (read: hudud) law shall be enforceable as against the muslim only & shall not be binding as against the non-muslim. Boleh ke macam tu? Heard that Anwar Ibrahim said "boleh", if & when he becomes the Prime Minister of Malaysia lah that is. Cuba kita tanya Haji Hadi pula, boleh ke tuan guru, buat separuh-separuh macam tu? What about Islamic State? What about "perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul merangkumi keseluruhan aspek kehidupan"?

This is what wikipedia said about hudud:

The punishments vary according to the status of the offender - Muslims generally receive harsher punishments than non-Muslims, free people receive harsher punishments than slaves, and in the case of zina', married people receive harsher punishments than unmarried. Read more wikipedia on hudud here.

To know more about hudud, just google away. One example is here. Another one is here. Mari kita sama-sama belajar. Kalau masih tidak faham, ramai alim-ulamak di negara ini yang boleh kita rujuk. Bak senikata lagu M. Nasir, "Tak faham, bertanya. Jangan main hentam keromo, takut-takut nak tarik ular lidi, tertarik naga!"

Back to KT & the conundrum facing Pakatan Rakyat currently. Maybe the establishment of Islamic State for this nation is no more the top agenda of PAS. Then again won't that be in contravention of their own constitution, Article 5, as highlighted in Penarek Beca's Anwar berjalan atas tilam. So how la?

Maybe Unker Kit knows how to solve this issue in the name of Pakatan Rakyat's solidarity & brotherhood! What say you Unker? Tambahan pula semenjak-dua menjak di KT ini DAP pun sudah pandai berkempen dengan slogan "Membangun Bersama Islam".

Read OpEd's K.Terengganu polls - Anwar plays hudud card. Pakatan Rakyat, sebenarnya pun "macam-macam ada!" juga. As per Reme Ahmad & P. Ramlee, permit me to say this also, "How nice!" Read also what the ex-MB of Terengganu has to say about the upcoming battle for KT. Among others, he has this to say:

“Pas adalah satu parti *‘loklek’ (tiada pendirian yang teguh)...kita lihat dalam perjuangan Islam sendiri, dulu dia (Pas) kata nak memperjuangkan Islam tetapi sekarang kita lihat Pas sudah tidak bercakap tentang negara Islam...dia juga tidak berani memperkatakan tentang hudud.

*(Pembetulan: Bukan "loklek", tetapi "kluk klek" sebutan sebenarnya kata pembikin kenyataan)

Read more here.

Kepada yang cuba berdiplomasi terlajak demi kepentingan politik dan untuk berkempen semata-mata, dalam berbuat demikian hukum Allah janganlah pula dipersenda dan diperdagangkan. Loopholes duniawi mungkin boleh dicari, tetapi tidak di akhirat kelak.

Wallahualam.

P/s Selamat berkempen kepada semua di KT. Don't get over-excited ya! Siasah duniawi sahaja semua itu.

6 comments:

Anonymous said...

tengok macam mana-lah ni.
dulu dia kata no way islamic state then ok if hudud, etc...

Quantum Metal Consultant said...

Komen yang cantik, pendek tapi padat, kena sebijik kat muka aku..aduii..

Demi kemenangan, hadi anwar dan unkel bukan orang lain, abang alik juga..

Anonymous said...

Doc this is a very interesting facts!!

Berikut disiarkan petikan dari blog Anwar Ibrahim pertanyaan seorang pembaca mengenai penglibatan Anwar dalam 'Annapolis Summit '

Munirah Hayati menanyakan: Saya berpendapat, selain dari sejarah keganasan Zionis yg sudah berzaman, mutakhir ini US & Israel merasa terancam kerana Hamas menjadi pilihan rakyat melalui pilihanraya di palestin pada 2006 @ 2007 kalau saya tidak silap. US tidak mengiktiraf Hamas kerana katanya Hamas adalah pertubuhan ‘teroris’

Now, based on history any reasonable and fair-minded person will realise, when they look beyond the propaganda line - the Zionists are a much much bigger ‘terrorist’ than Hamas, which is a small, very powerless group of people fighting for their own ‘right of return’ & ‘liberation of Al-Aqsa’

You, Anwar Ibrahim - has been part of the Annapolis Summit in November 2007 - clearly in support of America and their denouncement of Hamas. I wish i can understand why you decided to be part of that. News report from AlJazeera now link the current offensive (i call it genocide & massacre by terrorist Zionist) as a result of careful planning and years of “peaceful negotiation” by US and other countries in summits that are not attended by the legitimate government of the people of Palestine. I pray to Allah every hands that go into the planning of the current massacre will justly be cursed in this life & the next wassalam —–

JAWAPAN ANWAR MENYALAHKAN BTN.MENGAPA ANWAR TAKUT BTN?KATA BTN TAK HEBAT?ANWAR TAKUT BTN?PELIK.....

Saudari Munirah, Saya kurang pasti siapa yang sasau menyebar dakyah sebegini dengan dendam kesumat sademikian. Mungkin hasil latihan fitnah BTN! Secara konsisten saya menggesa pengiktirafan ke atas HAMAS dan menegur pimpinan UMNO-BN kerana mengenepikan wakil HAMAS di Kuala Lumpur. Saya tidak pernah menyentuh apa lagi mendukung Annapolis Summit.

ULASAN PENULIS DALAM TRANUNGKITE

Kenapa Anwar ingin menyalahkan orang lain atau pun BTN tentang tindakkannya menandatangani perjanjian tersebut. Adakah hebat sangat BTN sehingga boleh mempengaruhi akhbar di luar negara untuk menyiarkan berita tersebut. Adakah Anwar sudah tersilap langkah hingga ingin menyalahkan orang lain.

STEVEN CLEMONS dalam The Washington Note mengesahkan ANWAR IBRAHIM, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut sama menandatangani surat 'sokongan' deklarasi "Annapolis Summit" kepada Presiden George W. Bush dan Secretary of State, Condoleezza Rice, pada 10 October 2007. ANWAR IBRAHIM dilaporkan telah menandatangani surat 'sokongan' deklarasi itu sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA; SHLOMO BEN-AMI, bekas Menteri Luar Negara Israel; HARRIET BABBITT bekas Pengarah NDI; JOHN MALOTT, bekas Duta US; CHRISTOPHER PATTEN, Co-Chair of ICG; STEVEN CLEMONS, Pengarah, New America Foundation dan lain-lain lagi.

Semua nama-nama itu merupakah bekas-bekas tokoh berpengaruh kerajaan Amerika dan tokoh luar negara yang pro Amerika. Sudah semestinya tokoh-tokoh Amerika itu sudah mengenali siapakah Anwar Ibrahim dan mengetahui atas alasan apa bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut dijemput menandatangani surat deklarasi itu.

Persoalan : 1. Anwar Ibrahim mewakili kepentingan pihak mana dalam menandatangani surat 'sokongan' deklarasi Annapolis Summit itu ? Kepentingan Kerajaan AMERIKA atau Negara ISLAM ?

2. Atas kapasiti apa Anwar tandatangani surat itu ? Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR), Ahli kehormat International Crisis Group (ICJ), United States Middle East Project (USMEP)atau bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ?

3. Dengan persetujuan menurunkan tandatangan deklarasi itu, bermakna Anwar telah mengiktiraf kewujudan NEGARA ISRAEL sebagai sebuah negara yang SAH ?

4. Kenapa majoriti yang menandatangani deklarasi itu terdiri daripada tokoh-tokoh Amerika yang bukan beragama Islam ? Hanya Anwar dan 4 lain beragama Islam sedangkan 77 orang pula bukan beragama Islam ?

5. Kenapa deklarasi sokongan Annapolis Summit diketuai 8 tokoh yang berpengaruh di Amerika iaitu Zbigniew Brzezinski, Lee H. Hamilton, Carla Hills, Nancy Kassebaum-Baker, Thomas R. Pickering, Brent Scowcroft, Theodore C Sorenson dan Paul Volcker?

6. Kenapa nama Anwar dimasukkan sebagai senarai kedua bersama tokoh-tokoh badan perisikan, penajaan dan ejen iaitu Council on Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG), Central Intelligence Agency (CIA), United States Agency for International Development (USAID), National Democratic Institute (NDI), United States Middle East Project (USMEP), The New American Foundation, Brookings Institution, Open Society Institute, National Intelligence Council, RAND Corporation dan National Security Council ?

7. Adakah badan-badan perisikan, penajaan dan ejen seperti yang disenaraikan di atas sebelum ini pernah terlibat secara langsung (overt) dan tidak langsung (covert) ke atas negara-negara Islam ?

8. Kenapa pula negara Syria dan HAMAS serta majoriti penduduk Palestin menentang 'pelan damai' itu yang dianggap sebagai sangat menguntungkan Israel ?

9. Benarkah dakwaan HAMAS mengatakan Ayatollah Sayed Ali Khamenei (Iran) tidak bersetuju dengan Annapolis Summit dan menyeru dunia Arab memboikotnya.

10. Benarkah Anwar bersama empat orang Islam itu sangat pro-Amerika hingga sanggup membelakangkan kepentingan HAMAS dan majoriti penduduk Palestin yang beragama Islam?

11. Betulkah dakwaan laman web Moon of Alabama menuduh yayasan yang pernah dipegang oleh Anwar, (Foundation For The Future)merupakan grand design Amerika untuk bantu bekalkan senjata kepada kumpulan ABBAS (FATAH) menentang kumpulan HAMAS ? Kumpulan HAMAS dan majoriti penduduk Palestin menolak 'pelan damai' Annapolis Summit

12. Kalau tuduhan laman web Moon of Alabama tidak benar, kenapakah STEVEN CLEMONS,(salah seorang penandatangan surat deklarasi Annapolis Summit 2007) dalam The Washington Note mengesahkan Foundation For The Future merupakan tajaan AMERIKA menjalankan operasi misteri yang hanya diketahui oleh Jabatan Negara Amerika ?

13. Kalau Foundation For The Future adalah tajaan AMERIKA, adakah Council on Foreign Relations (CFR) dan International Crisis Group (ICJ)yang dipegang oleh Anwar sekarang ini juga merupakan 'tajaan' AMERIKA ?

14. Bukankah usaha AMERIKA 'mendamaikan' antara Ehud Olmert (Israel) dan Abbas (Palestin)sebagai usaha untuk menafikan kemenangan kumpulan HAMAS yang pernah memenangi pilihanraya Palestin sebelum ini ?.

15. Bukankah 'perjanjian damai' antara Israel dan kumpulan Abbas bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa tidak puas hati kumpulan HAMAS kepada Abbas ?

16. Apakah bermaksud, dengan termenterai perjanjian ini, Israel boleh cuci tangan kerana peperangan akan terus berlarutan sesama Islam iaitu antara HAMAS dan FATAH.

17. Kalau begitu, betulkah dakwaan mengatakan "Abbas" merupakan Presiden Palestin, BONEKA Israel dan Amerika ?

18. Betulkah dakwaan Ahmadinejad, Presiden Iran mengatakan Annapolis Summit merupakan projek Amerika yang gagal dan sangat bahaya kepada dunia Islam ?

19. Kalau benar, Israel sudah mula 'angkat bendera putih' dan mahu berdamai dengan negara-negara Islam, kenapakah Israel hasut Amerika supaya serang Iran yang didakwa mempunyai senjata nuklear?

20. Jadi, apa sebenarnya KONSPIRASI di sebalik tabir sedang dimainkan oleh Amerika, Israel dan Anwar Ibrahim yang turut membawa imejnya sebagai "Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia"?

JAWAPAN MY SRIMUARA MUDAH DAN TEPAT.ANWAR IBRAHIM KETUA PR ADALAH AGEN YAHUDI SEJAK DARI ZAMAN GERAKAN MAHASISWA LAGI.ANWAR IALAH DAJJAL BERMATA SATU KELAHIRAN YAHUDI.

mamasita said...

Salam LK,
a very nice and easy to understand analysis.So you are anchored with th KT elections ye.
Many of us are anchored at the Gaza strip.I am getting very emotional about even mentioning it.So after reading your article,I know how very lucky we are that we are booking territories among fellow Malaysian parties and need not even get over-excited.

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

secebis coretan dari KT..

Berkenaan hudud, setelah 5 ceramah PAS kategori 'besar' ( dimana penceramah2 merupakan topguns dari PAS dan PR )yang saya hadiri, isu ini jarang sekali disentuh, kalau adapun cuma sepintas lalu. Apa yang nampak cuma BN saja yang beria2 memperkatakannya, mengumpan Pas untuk menjadikan hudud ini satu isu. (supaya Pas dan Dap bertelagah sesama sendiri). Setakat ini Pas belum lagi memakan umpan hudud dan seperti akan terus mengelak. Kalau BN berterusan begini akan memakan diri. Orang akan kata - apahal UMNO ni ? Dan bila UMNO sendiri terpaksa menyatakan pendiriannya terhadap hudud, tersalah cakap akan menjadi masalah.

Ada 4 isu utama pihak Pas yang tidak miss diperkatakan tiap malam :

- royalti. Bukannya isu pusat telah memberi semula royalti pada Terengganu (ini modal BN untuk menunjukkan kejayaan Ahmad Said) tapi isu kemana perginya wang 7billion yang TELAH dibelanjakan dari tahun 2004-07. BN perlu senaraikan dengan detail apa yang telah dibelanjakan dengan wang yang amat banyak itu dalam tempuh 4 tahun saja. Perlu untuk menangkis dakwaan pembaziran sedangkan dalam tempuh itu juga rakyat Terengganu merupakan yang kedua termiskin di Malaysia !

- Monsoon Cup dan Masjid Kristal. Walaupun dianggap lapuk oleh BN, tapi Pas masih menggunakannya dan yang paling penting, ia masih relevan dengan rakyat. Dan jika BN anggap lapuk kenapa dalam buletin GanuKita edisi pilihanraya (saya baru dapat/baca hari ini) kedua2 isu ini dijadikan berita muka 2? Tapi malangnya artikel tersebut tidak menjawab soalan yang menjadi isu. contoh - kononnya diinterview pelancong yang menjawab mesjid Kristal amat membantu pelancongan dan tidak timbul soal pembaziran. Tapi kenapa tidak dinyatakan jumlah kos sebenar pembinaannya dan adakah ia berbaloi dengan hasilnya ? Mesjid yang diperbuat dari kaca (bukan kristal) yang sebesar madrasah tapi membabitkan kos melebihi RM100juta ...hmmm (hati saya berkata, ini pembaziran kelas pertama ni ! )

- Isu calon BN sendiri yang tidak mendapat sokongan penuh UMNO. Kalau UMNO dan TDM sendiri tidak percayakan Wan Farid, kenapa rakyat Terengganu perlu percaya padanya ? Juga diselitkan personaliti Wan Farid yang , i quote, 'selama ini kalau berjalan hidungnya tak pernah lihat bawah'. Dikaitkan juga abangnya Wan Hisham yang berkait rapat dengan T-Best, selaku penganjur Monsoon Cup.

- Isu harga barang naik. Walaupun BN katakan ia bukan dibawah kerajaan tapi para peniaga, tapi tidak dapat lari dari kenyataan harga barang naik disebabkan kenaikan mendadak harga minyak dulu.

Bukanlah niat saya menulis ini untuk berkempen buat Pas. Saya 'atas pagar', dan terus terang, saya sendiri tertanya2 dibuatnya. Saya pasti ada orang BN yang sedang berkempen di KT membaca ini, renungkanlah. Kalau terus mengelak dari isu sebenar, at least 1 undi atas pagar dah terlepas.

Lawyer Kampung said...

Jed, mamasita, kluangman, dinturtle & Mr. Ketam, thanks for the comments. :-)