Sunday, August 10, 2008

Baiki rumah sendiri dahulu...

...sebelum kita hendak baiki rumah orang lain!

Kini sudah masuk tahun ke 11 saya bergelar Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan bermakna telahpun 11 kali layak mengundi setiap tahun memilih "kepimpinan" Majlis Peguam (Jawatankuasa Majlis Peguam). "Sedih" sebenarnya untuk saya mengaku, saya baru sahaja 3-4 kali (kebanyakannya di tahun-tahun awal amalan guaman saya) mengundi dalam tempoh tersebut. Isteri saya juga seorang peguam, mungkin sama sahaja bilangan dia mengundi ataupun mungkin lagi kurang dari saya! Terdapat 5 orang rakan kongsi di firma saya, saya kira untuk undian majlis peguam sessi baru-baru ini mungkin tidak seorang pun dari kami yang menghantar balik kertas undian ke Bar Council. Begitulah juga perihalnya saya kira dengan peguam-peguam pembantu di firma kami serta rakan-rakan peguam saya yang lain. Kebanyakannya sememangnya kurang berminat dengan politik dalaman Majlis Peguam.

Tahukah anda, sebagai contoh, berapa jumlah undian yang diterima daripada lebih daripada 12 ribu ahli Majlis Peguam bagi pengundian sessi 2007/8 yang lalu? Hanya 3, 404 kertas undi yang diterima. Tidak sampai 30% yang mengundi! Begitulah saban tahun. Malahan di antara kami yang terkejut mendengar bahawa si polan si polan sudah bergelar Pengerusi, timbalan Pengerusi dan sebagainya! "Oh, sudar tukar kah, barukah?"

Begitulah keadaannya tentang bagaimana "ambil ringannya" ahli-ahli biasa (termasuk saya!) terhadap politik dalaman badan yang mana kami bernaung di bawahnya ini. Saban tahun hanya muka-muka yang sama sahaja akan kelihatan menerajui badan ini. Sampai ada di antara kami hanya menjadi ahli semata-mata untuk mendapatkan Sijil Amalan Guaman, lesen kami, yang perlu diperbaharui setiap tahun sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang. Tidak lebih dari itu! Ada lagi yang masih tidak faham, kenapa mesti semua bernaung di bawah Majlis Peguam? Kenapa peguam-peguam yang tidak bersetuju dengan kepimpinan sekarang keluar sahaja daripada badan berkenaan? Semua peguambela & peguamcara di Semenanjung Malaysia adalah ahli Majlis Peguam dan akan menjadi ahli selagi kami mengamalkan undang-undang di Semenanjung Malaysia. Majlis ini adalah badan yang ditubuhkan di bawah peruntukan undang-undang negara dan semua peguam adalah tertakluk kepadanya. Ianya mandatori.

Jadi saya kira saranan YB Zulkifli Nordin memanglah kena pada masanya, setakat mana kepimpinan Majlis Peguam perlulah berwajah baru. Muka-muka baru (tidak semestinya peguam Melayu beragama Islam sahaja) perlulah ditonjolkan, yang boleh mencerminkan sentimen sebenar dan pendapat majoriti di dalam badan guaman berkenaan. Kepimpinan yang tidak mengundang konfrontasi keterlaluan. Yang tahu menilai masa dan ketika yang sesuai dan bagaiman sesuatu isu itu perlu diketengahkan. Peguam-peguam Melayu pula haruslah mula dari saat ini menambahkan penglibatan mereka di dalam badan guaman ini. Mungkin dengan lebih ramai ahli Melayu di dalam Jawatankuasa Majli Peguam, dapat membantu pemahaman mengenai isu-isu sensitif dan bagaimana ianya harus ditangani oleh Majlis Peguam sendiri.

Memanglah kita faham, sebuah badan profesional seperti Majlis Peguam ini perlu memperjuangkan hak dan kepentingan semua tanpa "fear or favour". Berjuang untuk mewujudkan "an independent Bar whose aim is to uphold the rule of law and the cause of justice and protect the interest of the legal profession as well as that of the public" dengan mempunyai tujuan-tujuan seperti berikut (rujuk website Bar Council Malaysia):

"The purpose of the Malaysian Bar shall be -

(a) to uphold the cause of justice without regard to its own interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour;
(b) to maintain and improve the standards of conduct and learning of the legal profession in Malaysia;
(c) to facilitate the acquisition of legal knowledge by members of the legal profession and others;
(d) where requested so to do, to express its view on matters affecting legislation and the administration and practice of the law in Malaysia;
(e) to represent, protect and assist members or of the legal profession in Malaysia and to promote in any proper manner the interests of the legal profession in Malaysia;
(f) to establish libraries and to acquire or rent premises to house the libraries and offices of the Malaysian Bar or amenities for the use of members either alone or in conjunction with any other body or society;
(g) to protect and assist the public in all matters touching ancillary or incidental to the law;
(h) to make provision for or assist in the promotion of a scheme whereby impecunious persons may be represented by advocates and solicitors;
(i) to award prizes and scholarships and to establish and subsidise lecturership in educational institutions in subjects of study relating to law;
(j) to grant pecuniary or other assistance to any association, institute, board or society in Malaysia in the interest of the legal profession or of the law students;
(k) to afford pecuniary and other assistance to members or former members of the Malaysian Bar and to the wives, widows, children and other dependants, whether of members, former members or deceased members who are in need of any such assistance;
(l) to promote good relations and social intercourse amongst members and between members and other persons concerned in the administration of law and justice in Malaysia;
(m) to encourage, establish and maintain good relations with professional bodies of the legal profession in other countries and to participate in the activities of any local or international association and become a member thereof; and
(n) to establish a Compensation Fund. "

Namun demikian, jika kita perhatikan secara kolektifnya serta ranking keutamaan, daripada tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, kebajikan ahli adalah merupakan tujuan utama kewujudan badan ini sebagaimana juga badan-badan profesional yang lain di negara ini. Tidak perlulah kita nak berhujah tentang "interests of justice" kerana kita boleh berhujah "until the cows come home" pun selagi tujuan utama penubuhan yakni kebajikan ahli masih lagi belum mencapai tahap optimumnya, saya kira matlamat utama sudah boleh di anggap sebagai sudah tersasar. Tambahan bila terkinja-kinja untuk tetap meneruskan apa yang dirancang pagi semalam tanpa melihat akan kesan dan objektifnya secara holistik.

Banyak isu-isu lain yang lebih berkait langsung dengan kepeguaman dan kebajikan ahli-ahli yang masih perlu dicarikan penyelesaian dan formula terbaik oleh kepimpinan Majlis Peguam. Sebagai contoh, kenapa ramai sangat yang tidak berminat untuk hatta mengundi sekalipun bagi perlantikan ahli-ahli jawantankuasa majlis badan ini? Selesaikan masalah di dalam rumah sendiri dahulu sebelum cuba selesaikan masalah di luar. Tambahan pula wujud cara lain seperti mahkamah sendiri ataupun di medan-medan ilmiah yang lebih sesuai untuk menangani "masalah di luar" tersebut. Masa dan ketika sesuatu isu itu diketengahkan juga perlu di ambil kira, "it is always about the timing"! Janganlah sampai kita menjadi, seperti kata mat saleh,"can't see the wood for the trees".

5 comments:

Anonymous said...

Lagu tu ka? Uuuuu, barulah Tok Teh paham, ingat ka semua loyar suka nak buat forum kelmarin....

Anonymous said...

PATUT LA!!!

Anonymous said...

Terimakasih atas penerangan saudara lawyerkampong. Harapan saya semoga tidak lagi kedengaran isu-isu ber"api" dr majlis peguam lagi selepas ini. Dah mcm naik lemak sejak paklah nak buat reform (kunun-kununnya!) ni.

Unknown said...

saudara,

saya juga seorang peguam, called to the Bar tahun 2001.

sejak 2004, tak pernah miss mengundi Bar Election. Sedih, rakan2 peguam muslim yang lain buat endah tak endah walaupun saya selalu gesa.

saya teramat setuju dengan Saudara YB Kulim (walaupun berlainan ideologi politik dengan beliau). Sudah sampai masanya kita ambil alih semula majlis peguam.

Cuba sdra ingatkan kembali, bar election terakhir, terdapat 25 calon dan 13 darinya adalah muslim. HANYA 12 ORANG PERLU DIPILIH.

regards,
Kamrul

Lawyer Kampung said...

Salam saudara Kamrul, seperti yang saya kata perlu wujud satu mekanisma yang mengimbangi kepimpinan majlis supaya tidak terlampau "liberal" dalam pendekatan sesuatu isu undang-undang yang berkait langsung dengan sensitiviti masyarakat majmuk negara ini. Malaysia bukan UK atau Amerika Syarikat. Apa yang dikatakan sebagai "hak dan kebebasan" di sana tidak semestinya boleh ditakrifkan sewenang-wenangnya dan diterimapakai di negara ini. Kita mempunyai nilai-nilai yang berbeza dari mereka dan pendekatan undang-undang haruslah bersesuaian dengan ciri-ciri dan budaya masyarakat setempat. Terimakasih kerana mengunjungi blog ini dan memberikan pandangan saudara di atas.