Tuesday, October 14, 2008

Isu Mahathirisma: Lagu lama didendangkan semula

Bila kita mula mendengar dan membaca laungan dan sindiran bahawa unsur-unsur Mahathirisma akan kembali mempelopori lanskap politik negara, kita perlu lihat daripada mana punca laungan berkenaan untuk memahaminya. Bila diteliti, bunyi-bunyian ini adalah datangnya dari pucuk pimpinan Pakatan Rakyat, dari situ dapat kita fahami mengapa ianya ditimbulkan, dikitar-semula.

Setelah senjata utama yakni isu "penukaran kerajaan" yang dijaja memakan diri sendiri, kepimpinan Pakatan Rakyat mula sedar mereka mengalami krisis persepsi yang amat meruncing di mata golongan majoriti senyap dalam negara ini. Isu-isu hak asasi dan kebebasan (secara total dan tanpa memperdulikan sensitiviti golongan yang lain) juga telah mula menjadi basi dan lapuk. Bagaimana tidak menjadi basi dan lapuk apabila yang diperjuangkan adalah hak asasi dan kebebasan individu tertentu sahaja yang berada di hierarki atas kumpulan mereka dan bukannya golongan marhaen yang berada di bawah. Laungan anti-politik mengikut ras mereka juga telah memakan diri. Mereka kini pula sebaliknya menjadi golongan yang cuba menidakkan hak dan kepentingan golongan yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan. Keghairahan melampau golongan yang ditatang mereka juga telah mula memualkan mata yang memandang. Setelah hampir 8 bulan pilihanraya umum berlalu, kepimpinan Pakatan Rakyat harus sedar bahawa rakyat sudah mula jemu dengan jajaan politik retorikal mereka yang seolah-olah tiada penyudahnya. Sekarang bukan masanya untuk terusan berpolitik, masa bekerja dan kotakan janji telahpun lama bermula. 5 negeri di bawah PR perlu dijadikan teladan. Segala janji perlu dilangsaikan, bukan berpolitik berterusan. Tambahan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang kian meruncing kini. Air liur sahaja tidak boleh mengenyangkan perut rakyat.

Sayang sekali, kepimpinan PR kelihatan seolah-olah terus alpa dengan mimpi mereka untuk membentuk kerajaan persekutuan. Mungkin kaget dengan pengumuman pengunduran Paklah, modal dan peluru baru segera direncanakan demi memuaskan keinginan meluap-luap kepimpinan teratas. Pemergian awal paklah dari yang dirancang jelas meresahkan mereka. Umum tahu mereka amat memerlukan paklah untuk terus memegang tampuk kuasa, kalau boleh selama yang mungkin. Bila paklah akur dengan tuntutan dari dalam UMNO, satu peluru utama hilang selamanya. Tambahan lagi dengan semangat baru untuk benar-benar berubah yang mula kelihatan di peringkat bawahan UMNO, bermula dengan penolakkan sedikit demi sedikit menantu Paklah, walaupun ianya hanya baru di peringkat pengundian pencalonan telah membawa satu persepsi baru masyarakat luar terhadap UMNO. Penerimaan terhadap wadah "berani berubah" ini terus menambahkan kegusaran kepimpinan PR. Apakah nanti akan lenyap selamanya modal dan peluru kedua mereka ini bila tibanya Mac 2009?

Oleh yang demikian tidak hairanlah mengapa antagonis lama perlu diheret semula ke dalam kancah percaturan politik terkini. Api kebencian perlu disemarakkan kembali. Membiarkan Mahathir bersuara dan menerimapakai nasihatnya akan disamakan dengan penjelmaan semula unsur-unsur Mahathirisma di dalam kerajaan.

Inilah masalah utama kepimpinan Pakatan Rakyat. Mereka juga mengalami masalah serius "sindrom mudah lupa". Kalau dulu mereka menyanjung Mahathir semasa beliau dengan lantang bersuara menegur Abdullah dan kerajaannya, kini mereka sudah mula bertukar nada. Kalau dahulu mereka ada ruang untuk Mahathir di dalam rencana dan wacana perjuangan mereka, kini ruangan itu disempitkan dan ditukar ganti dengan celaan dan omokkan. Mereka lupa bahawa mereka pada satu ketika dahulu ada di kalangan mereka yang sanggup mempelawa dan menerima Mahathir masuk ke dalam parti mereka. Satu penghormatan kata mereka jika beliau berbuat demikian.

Kempen terbaru pucuk pimpinan PR dengan menimbulkan isu kembalinya mahathirisma ke dalam kerajaan BN dengan pengunduran paklah, boleh bertukar menjadi senjata yang memakan diri. Mereka mungkin lupa, akibat dari kekurangan nyata paklah, umum telah mula mendambakan kembali kelebihan sepertimana yang ada pada Mahathir. Kepimpinan UMNO sendiri telah terjebak dengan perangkap yang sama. Usaha memburukkan Mahathir telah bertukar menjadi "mini-revolusi" di dalam UMNO sehinggakan akhirnya membawa kepada pengunduran Presiden mereka.

Oleh yang demikian janganlah tangkap-muat sebarangan, dengan memainkan isu yang salah kerana silap haribulan ada di antara elemen "mahathirisma' itu sendiri yang diinginkan semula oleh rakyat jelata untuk diterimapakai oleh kerajaan yang memerintah kini. Tidak semua yang dibawa oleh Mahathir selama ini adalah yang merosakkan.

Kepimpinan Pakatan Rakyat juga tidak harus menidakkan fakta dan kemungkinan bahawa rakyat kebanyakan yang mengundi sebenarnya bukan sukarela mengundi mereka di dalam pilihanraya yang lepas, tetapi sebenarnya menolak tampuk kepimpinan kerajaan yang memerintah, dengan tidak mengundi BN, sebagai satu protes dan isyarat lantang rakyat yang mahukan perubahan. Perubahan ini tidak semestinya datang dengan cara penukaran kerajaan yang dijaja oleh Ketua de facto PR, tetapi cukup melalui perubahan dan pembaharuan dari dalam kerajaan itu sendiri sepertimana yang sedang rancak berlangsung pada masa kini. Bagi golongan majoriti senyap di dalam negara ini, itu mungkin sudah memadai.

Daripada meneruskan mendendangkan lagu-lagu lama seperti isu kembalinya mahathirisma ini, demi rakyat jelata, adalah lebih afdal bagi kepimpinan PR menumpukan usaha memainkan peranannya sebagai pembangkang yang berkesan dengan mempersoalkan isu ekonomi dunia dan kesannya terhadap halatuju ekonomi negara akibat daripada belanjawan "prihatin rakyat" yang dibentangkan sebelum ini oleh kerajaan. Biar umum boleh lihat sendiri sejauhmana kebijaksanaan Menteri Kewangan baru kita beraksi menangani masalah dunia yang kian menghimpit negara masa kini. Dari situ rakyat boleh menilai sendiri, wajar atau tidak kerajaan ditukar ganti apabila PRU-13 menjelma nanti.

13 comments:

Gelombang Rakyat said...

Sarisffuddin,

Jika dilihat saat terbitnya pos ini, hampir sama waktu dengan pos saya di sini:

http://combinedforces.blogspot.com/2008/10/siapa-pencorak-kepemimpinan-tertinggi.html

Kita telah memilih topik yang sama, dengan gaya penulisan yang berbeza.

Hehehehe...

Saya, syok baca tulisan gaya you, Lawyer Kampung.

Maklumlah saya ini, hanya duduk di Kampung (ada) Lawyer.

Hahahahaha..!

Anonymous said...

Mukhriz pernah desak umno hapus kuota pemilihan kerana nak bagi peluang kepada semua calon untuk tawar diri dan bertanding.

Sekarang Mukhriz dah dapat 40 pencalonan dan layak bertanding ketua pemuda umno Malaysia.

Adakah Mukhriz sedia bagi peluang kepada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo dan Zahidi untuk dapat baki pencalonan untuk mereka juga layak bertanding?

Adakah Mukhriz ahli politik yang hanya pandai berkata-kata, tetapi jauh dalam hati, dia hanyalah seorang oportunis?

BERANIKAH MUKHRIZ BERUBAH dulu sebelum dia mengajak pemuda untuk BERANI BERUBAH?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bro, the wrost tactic utk jatuhkan kerajaan BN adalah dengan mengkritik TDM. Tak seperti pemimpin lain TDM dihormati & disegani oleh majoriti rakyat. Bagi sesetengah org TDM = Malaysia. PKR lupa mereka menang byk kerusi dlm GE12 sbb Pak Lah bukan TDM. Mereka lupa GE11 BN menang besar sbb TDM dan bukannya Pak Lah. Mengkritik TDM hanya akan menyakitkan diri mereka sendiri. Tapi biasalah, org yg desparate akan buat apa sahaja.
Btw, my RSS feed yg you guna ada problem lah. Please change to : http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/?feed=rss2 . TQ.

mamasita said...

Good morning LK.Thank you so much for placing me in your bloglist.Noticed it late last night but was too sleepy to say my thanks immediately."Ariff Ariff!LK letak I dalam bloglist dia!""Iyya?Mana?"Membingkas dia bangun dari tempat tidur.
I dont know why we should bother about any 'Mahathirisme' or 'Abdullahlisme'or 'Najibisme'.We have so many brilliant heads in Malaysia that have not got any recognition.Mw salute to LKisma and of course..Sakmongkolisme!And so many others!Toksahlah kita puja2 sangat any leader.Dulu punya or sekarang punya;semua were paid extremely well to do their jobs!Cuma ada buat elok dan ada takreti!Thanks again yea?

Lawyer Kampung said...

Reproduced Anon 9.31am (moderated)
----------------------------------
Anonymous said...

anonymous 7.29am,

ya, saya rasa mukhriz akan pasti memberi peluang kepada KJ dan Khir Toyo untuk dapat baki undi.

Berlainan dengan KJ xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx kepada setiap pemuda di machang sampai boleh dengan tiba2 dapat dipilih jadi calon bidan terjun disana.

Lawyer Kampung said...

Zubli, you're too kind. You noticed the comma, hahaha. Saya merapu saja tu. Anyway, good post, that. ;-)

anon(s), thanks for the comments. Please refrain from bordering the realm of defamation law, though. Tq for understanding ;-)

Bro mail, did that (changed the RSS feed to the one suggested), same result lah. Any other feed?

mamasita, good afternoon to you too. My pleasure. Really ("membingkas bangun")? :-) you kidding me, haha. More or less the same feeling I had when your learned hubby put LK's link on his blogroll. hahaha! My vote for more of sakmongkolism!

Anonymous said...

Ya lo. I wonder why? If u copy the address and paste it at the browser, the result is ok. Maybe tak ngam sama blogger.com. Anyway, thanks la bro. Salam...

Anonymous said...

Try this one http://feeds.feedburner.com/net/maJy .TQ.

Lawyer Kampung said...

That does it. Working now. Tq mail.

A.John said...

I just hope some fresh faces will surface to move this country forward. There are enough qualified persons, but then most are being hampered to move up & lead ! Mahathir's era has come and gone, and let history judge his legacy. Lets move forward to face new challenges with more innovative and creative methods for the well being of all malaysians.

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan Lawyer,

Mamasita, the brilliant heads are plenty and they may come with excellent economic policies, but these people are not politicians, naive about how the game is played, and later be backstabbed from behind. I guess Mr Sakmongkol would agree.

And Tuan Lawyer, interesting link for your own reading, if haven't visited the blog:

http://nuraflah.blogspot.com/2008/10/idola-kpmu-kalah-sebab-wang.html

http://www.kpmu.net/2008/10/politik-wang-menguasai-pemilihan-pemuda-umno/

Bunyi macam si gagak kecoh sebarkan berita nak suruh orang percaya bahawa gagak lebih lawa dari merak. May God have mercy.

Wassalam.

Lawyer Kampung said...

A.John, I like the sound of that! ;-)

Piggy Singh, thanks for the links. Interesting. Memang ada bunyi macam gagak lah! hahaha