Monday, October 06, 2008

Jangankan Nur Jazlan, menantu Paklah pun boleh tawar diri!

Saya setuju benar dengan pendapat A Voice di sini. Alang-alang sudah ada tiga, kenapa tidak ada empat calon? Kalau sudah empat, kenapa tidak lima, enam dan seterusnya? Apa kurangnya Nur Jazlan berbanding dengan tiga pembesar UMNO sebelum ini? Suleiman Palestin pun pernah mencabar kerusi No.1, inikan pula dalam senario hari ini, ianya hanya untuk kerusi No. 2. Takkan nak biarkan Muhyiddin menang free? Mari semua, tawarkan diri. Apa salahnya saling acah-mengacah. UMNO berpegang kepada prinsip demokrasi bukan? Jangan pula tiga pembesar sebelum ini hendak masam muka jika ada ahli seperti Nur Jazlan umumkan cita-cita beliau sebegini.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Lebih ramai, lebih meriah! Biarlah mereka berpesta! Nah, sekarang barulah demokrasi. Barulah UMNO boleh rasakan impak sebenar dolak-dalik Presiden mereka (yang seperti tiada kesudahan) mengenai jawatannya sejak peristiwa 8hb Mac 2008. Inilah legasi sebenar Paklah kepada UMNO.

Lagi baik kalau Khairy pun tawarkan diri untuk kerusi Timbalan Presiden, barulah boleh menjadi PM sebelum atau pada umur 40 tahun kelak. Buat apa tawarkan diri setakat jadi Ketua Pemuda, "tak rock" lah!



Dengar-dengar, pak leman yang duduk belakang rumah pak abu di kampung saya pun nak umumkan bertanding kerusi kedua tertinggi UMNO. Anaknya, ucop kendut, pun saya dengar nak umumkan hasrat bertanding Ketua Pemuda. Meriah benar UMNO sekarang ini!

7 comments:

ababina328 said...

wah, betul jugak cakap lawyer kampung ni......dah masing2 nak berebut sangat, peduli apa...yg penting dapat jawatan, jadi jutawan,
perjuangan? apa yg nak diperjuangkan
yg penting perut berisi......apa nak jadi kpd Umno tak tau lah... moga2 Allah turunkan insan yg baik2 dimasa akn dtg bagi memimpin UMNO...AMIN...

Lawyer Kampung said...

Itulah dianya saudara ababina. ;-) Terimakasih untuk komen saudara.

mamasita said...
This comment has been removed by the author.
mamasita said...

Yahoo!Ask Sakmongkol whether he wants to go for the No.2 post?Hehe..hes going to lock me out tonight!P.S.Hes got to go on the threadmil first to lose that 'mamak-roti' pouch!

Lawyer Kampung said...

haha mamasita..yeah, sakmongkol for deputy president! saya cadangkan sakmongkol, saya sokong, say cadangkan cadangan ditutup! ;-) hail the new DP, saudara sakmongkol! haha

Anonymous said...

Salam Kipe..

Kalau Ma Woei Chye pun ada berani offer jadi No. 2 Gerakan..lu pun boleh cuba no. 2 UMNO maaa...wa pun tengah intai2 peluang nak tanding no. 2 Keadilan tapi kena jadi menantu DSAI dulu kot..tak mainlaa Ketua Pemuda macam itu KJ..apa lubang ..hehehe..bikin panass

Lawyer Kampung said...

Salam ask_man01, Woei Chee bertanding jugak ke? Hebat ;-) ..woi, sapa lu brader? hang ka ni man? hahaha...