Saturday, October 04, 2008

Konundrum kepimpinan "kitar semula" di dalam UMNO

Masih lagi di dalam modus cuti hari raya. Sekarang saya berada di Kuala Terengganu, setelah berhari raya di SP, Kedah dan Melor, KB. Seronok bertemu sanak saudara dan rakan taulan. Menarik betul perbualan di hari raya kali ini dengan berbagai isu politik dan kepimpinan yang menjadi antara topik utama perbualan setelah selesai bertanya khabar. Akibat kegoyahan parti siasah utama negara dan kemelut kepimpinan yang seolah-olah tiada kesudahan, ramai yang membuat analisa, spekulasi dan tanggapan yang menarik sekali. Memang benar kata JMD, kita sedang meniti satu detik masa yang amat menarik.

UMNO sedang berada di persimpangan yang amat kritikal untuk survivalnya di masa yang mendatang. Mungkin perbualan saya dengan seorang bekas ahli MKT UMNO pada raya ketiga semalam boleh merumuskan situasi getir yang akan UMNO dan negara akan lalui di masa terdekat ini. Beliau ada mengatakan bahawa UMNO sedar akan kemelut dan anjakan paradigma yang perlu dilakukan. Malahan UMNO telah pergi lebih jauh dengan menubuhkan atas inisiatif parti itu sendiri satu badan bagi mengkaji dan memperbaiki pakatan siasah yang telah menerajui negara selama lebih 50 tahun yang dikenali sebagai Barisan Nasional. Kesemua parti komponen katanya telah dan sedang memberikan feedback dan ianya amat memberansangkan. Tidak timbul katanya bahawa BN itu sudah tidak relevan bagi mereka yang telah memberikan input. Apa yang menjadi perkara pokok adalah usaha-usaha baikpulih yang sedang diusahakan berdasarkan input-input parti komponen yang lain. Mungkin juga ada asas desas-desus bahawa paklah akan mengumumkan pengundurannya sebelum bermulanya mesyuarat bahagian UMNO nanti kata beliau lagi. Firasatnya adalah satu pengumuman akan di lakukan oleh paklah dalam dua, tiga hari ini dan presiden UMNO akan melepaskannya tampuk kepimpinan pada Mac tahun hadapan. Mungkin paklah akan memberikan amanat terakhir supaya kerusi presiden akan menjadi milik Najib dan jangan dicabar langsung.

Namun begitu apa yang menarik lagi yang sudah menjadi pengetahuan umum sekarang adalah usaha-usaha untuk menafikan Muhyiddin Yasin daripada kerusi No. 2 UMNO. Kerusi empuk yang pada mulanya dianggap sebagai milik mutlak Muhyiddin sudah ada yang kepinginkannya. Tambahan pula usaha-usaha ini ada dikatakan menjadi lebih galak dan berani lagi atas endorsmen pucuk pimpinan No. 1 UMNO itu sendiri. Ketidak senangan paklah terhadap "mulut" muhyiddin menjadikan "kuda-kuda hitam" ini lebih hebat dan seperti berpesta dalam menonjolkan diri masing-masing sebagai pelapis kepimpinan negara.

Bagi saya endorsmen sebeginilah yang TIDAK patut dilalukan oleh paklah. "Pengunduran terhormat" beliau boleh menjadi pengunduran yang akan menjadi celaan dan cacian sepanjang zaman golongan pewaris negara di masa hadapan.

Paklah perlu sedar ramai yang berpendapat UMNO memang sudah ketandusan kepimpinan. Golongan pelapis yang ada pada masa kini tidak begitu dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat umum. Malahan ramai yang berpendapat "bakal presiden" UMNO sendiri akan terus lekat dengan segala macam stigma yang sukar untuk beliau kikis. Inikan pula pemimpin-pemimpin yang "dikitar semula" ini yang begitu galak menawarkan diri untuk kerusi No. 2 UMNO. Pesta penawaran diri tanpa batas pembesar-pembesar "kelas kedua" ini akan membobrokkan lagi keadaan. Sudahlah ramai rakyat jelata yang akur bahawa UMNO dan negara sudah tidak mempunyai pilihan sehingga terpaksa menerima sahaja pengganti yang ditawarkan, maka janganlah pula isu kuda-kuda hitam memburukkan lagi suasana. Ianya hanya akan mengundang krisis kepimpinan dan konflik berpuak yang kebih kronik dalam parti itu sendiri sahaja di masa depan.

Paklah perlu membuang segala perasaan amarah dan kecil hatinya, jika ada. Beliau tidak seharusnya nanti bertindak dengan vendetta yang tidak bertempat seandainya membuat pengumuman pengundurannya kelak. Paklah perlu menjadi bijak dan tegas dalam membuat keputusan "last kopek"nya kali ini. UMNO dan BN tidak akan pulih seandainya paklah bertindak membelakang kepentingan umum dan bertindak menurut hati dan perasaan. Bukankah apa yang paklah mahukan selama ini adalah segala-galanya yang "cemerlang, gemilang dan terbilang"? Moga paklah akan mengakhiri episod kepimpinannya dengan membawa kebaikan kepada semua dan bukannya meninggalkan legasi kemusnahan kepada UMNO yang dicintainya, yang pastinya akan mempunyai kesan secara langsung kepada watan dan rakyat jelata di dalamnya. Negara ini tidak perlukan UMNO yang sakit!

dikemaskini 10.50pm

5 comments:

Anonymous said...

Too much of personal interest is at stake. He won't be able to make "clean exit" that's for sure.

Anonymous said...

maybe kita patut tawar penghormatan utk paklah. next year pingat bapa mithali patut bagi paklah. kalau ada pingat bapa mithali, lagi bagus...kena tempatnya. Kut-kut,dia tengok cerita madu 3 banyak sangat, sampai terikut-ikut mcm ahmad nisfu.

UMNO PARTI PENJARA said...

Salam perkenalan :-)
Akar Umbi & Calon ‘Kuda Hitam’ Ada Kejutan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

TOK DET PUN TAK PERCAYA PAK LAH NAK BERENTI NI BANG! SAT NI DIA FLIP FLOP LAGI KA APA KA??!!!

Anonymous said...

Salam tuanpunya blog. Saya setuju dengan pandangan saudara.

-orang lama UMNO-