Friday, January 23, 2009

Kalaulah...


Lawyer Kampung (Front Row, 3rd from right) with friends
in front of Senior Common Room (Big School)
circa 1989 AD


Saya bermain bolasepak untuk pasukan sekolah di MCKK dahulu. Pernah di dalam satu perlawanan akhir peringkat daerah pada tahun 1989, kami telah bertemu dengan sebuah sekolah dari Padang Rengas, tidak silap saya Sekolah Menengah Tun Perak, yang membawa sehingga ke sepakan penalti. Walaupun saya bermain posisi sebagai penjaga gol, saya telah mengambil sepakan penalti terakhir yang akan menentukan juara daerah bawah 18 tahun bagi daerah Kuala Kangsar tahun tersebut (nak bangga diri sedikit saja ye, MCKK juga adalah juara bertahan bagi bawah 17 Kuala Kangsar pada ketika itu dan ramai antara kami yang mewakili daerah dan memenangi kejuaraan peringkat negeri bagi bawah 17 tahun ;-) kira favourite-lah dan ramai "star-star"nya dalam pasukan tersebut).

Sudah 9 orang mengambil sepakan dari kedua-dua pasukan dan kedudukan terikat masa itu dengan 7-7. Memandang hari sudah hampir mahghrib pihak-pihak telah bersetuju untuk tidak melanjutkan lagi sepakan penanti ke 11 sekiranya kedudukan masih terikat. Maklumlah main di padang perbandaran, manalah ada flood lights, dan hari sudah semakin gelap.

Pemain lawan yang ke 10 mengambil sepakan penaltinya, saya sepantas kilas (maklumlah pada masa itu 30 kilogram ringan dari sekarang) berjaya menyelamatkan sepakan tersebut. Bersorak sakan satu padang. Itu adalah tendangan penalti yang ketiga yang saya selamatkan petang itu. Kira gempak jugalah. Kembang-kuncup sakan hidung saya. Bagi menambahkan ke'glamor'an saya sebagai 'hero' perlawanan petang itu, saya dengan penuh yakin, walaupun tak pernah melakukannya, mahu mengambil sepakan ke 10 tersebut (yang akan memberikan kejuaraan mutlak kepada MCKK), walaupun ada seorang lagi rakan saya, seorang "outfield player" (thousand apologies ku eng! hahaha) yang belum mengambil sepakan tersebut. Saya menjadi "tamak" glamor ;-)

Saya dengan penuh yakin serta bergaya, mengambil tendangan penalti tersebut. Saya sepak ke kanan, penjaga gol lawan terbang ke kiri. Bola menuju ke gawang gol. Saya yakin bola tendangan saya akan masuk gol. Penonton & penyokong bersorak lagi. Bola hampir ke gol, dan akhirnya melewati tiang gol sebelah kanan. Sipi, missed, "tak cukup hoon" (kata kami orang kedah) dalam 3 cm sahaja. TAK GOL! Senyap semua penonton, penyokong tergamam, pasukan lawan berteriak sakan. Begitulah akhirnya, setakat jadi johan bersama sahajalah kami pada tahun tersebut.




Kalaulah.... kalaulah tiang gol itu boleh diubah 4 cm ke kanan, mesti masuk gol. Mesti Gol, mesti kami menang mutlak pada hari tu, bukan? Kalaulah, kalaulah....

Betul kan? hahaha.. itulah alasan yang paling tak masuk akal tapi boleh merawat jiwa saya yang gundah akibat kegagalan menyepak masuk tendangan penalti tersebut.. hahaha

Lebih kurang macam dia inilah juga;

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, salah satu punca kekalahan calon BN dalam pilihan raya itu ialah pengundi yang tinggal di luar negeri itu, tidak pulang untuk mengundi.

Katanya, faktor tersebut menjadi antara penyebab kekalahan BN kepada Pas dengan majoriti 2,631 undi.

‘‘Penyokong Pas semua keluar mengundi tetapi kita kurang. Kita tak tahu di mana mereka berada sama ada dalam atau luar negeri.

‘‘Peratusan keluar mengundi kurang 84 peratus, ini bermakna pengundi berkurangan sebanyak empat peratus iaitu kira-kira 3,000 pengundi dan kalau semua ini penyokong BN, tentu kita akan menang,” katanya.

Baca Nafi pengundi Cina tak sokong

Cerdik sungguh alasan yang diberi.


10 comments:

Anonymous said...

kalaulah paklah tak jadi PM, tentu malaysia takkan musnah begini?

Anonymous said...

This MB speaks from his as#. He loves to do that. Speaking from the as#. Moron

Anonymous said...

Cerdik? kuakuakua...

Caustic Dude said...

Sang LK,

Kalaulah....si pemain midfield no.9yang selalu menjaringkan gol-gol penting dan tak penting (bila dah mendahului 3-0) tu 'simpan' 1 gol sahaja untuk perlawanan akhir tu, bukan ka?

-CD-

Anonymous said...

Lawyer Kampung bukan cerita bola ni. Bunyi match tu macam P36 yang baru lepas saja hehe

Anonymous said...

LK,

Had you perhaps take a leaf out of PAS book and have a bit more humility, then perhaps you could've been immortalized as THE Keeper who saved the day/won the Championship along side a certain good looking dude (Come on, you didnt think I wouldn't have scored do you? I am not John Terry!)

The Dude who could've been PM

Gelombang Rakyat said...

Pemimpin UMNO boleh usulkan tiang gol bolasepak direka supaya bila mereka tendang bola arah mana pun, tiang gol berganjak menyambut bola itu. Gol!

Canggih!

Harga gula akan dinaikkan demi kesihatan Rakyat Malaysia, tetapi akan dinaikkan hanya selepas P 36 Kuala Terengganu dan selepas Kong Xi Fatt Choy.

Ini kerana harga bahan ini di pasaran dunia telahpun meningkat sejak beberapa minggu lalu.

Yeah!

Pak Zawi said...

Kalaulah lebih ramai keluar mengundi mungkin pas akan menang dengan majority 5600 undi. Yang tak keluar mengundi adalah mereka yang tak nak undi UMNO.

ALI MAIDIN said...

Pas Wilayah Persekutuan akan memulakan kempen himpunan 100 ribu membantah PPSMI dengan mengadakan ceramah khas pada 1 hb Februari 2009, Ahad, jam 9 malam, di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar Kuala Lumpur.

Pemidato utama ialah Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu dan Prof Abdullah Hassan (UPSI).

War-warkan dan datang beramai-ramai tanda sokongan anda.

Daulatkan Bahasa Melayu.

Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

Lawyer Kampung said...

Thanks for the comments & infos drSid, cicit panglima naya, anons, CD, zubli, zawi, LensaPR :-)