Terimakasih saya ucapkan kepada saudara dinturtle sekali lagi kerana memberi lintas-langsung sebenar isu yang benar-benar diketengahkan bagi penentuan pilihanraya kecil P36 ini tidak lama lagi. Seperti yang dijangkakan, pilihanraya kecil ini tidak bertumpu sangat kepada isu-isu peringkat nasional dan sebaliknya lebih bersifat tempatan.
Seperti yang beliau utarakan sebelum ini, 4 isu utama yang dibawa adalah, isu wang royalti ( Wang royalti dan perincian perbelanjaan wang tersebut dari 2004-2007. Samada kerajaan BN dahulu membazir atau sebaliknya. "Kejayaan" Mat Said mengangkat cek replika dari kerajaan pusat tidak menjadi penawar), isu Monsoon Cup & Masjid Kristal (Berbaloi atau pembaziran, itu yang dipersoalkan), isu personaliti calon sendiri (ianya bukan sesuatu yang remeh-temeh bagi sebuah bandaraya yang merupakan hanya satu kampung yang besar sebenarnya kata dinturtle lagi) dan yang terakhir isu harga barang naik.
dinturtle telah sudi menambah komentar beliau sebelum ini di atas dengan memperincikan lagi seperti berikut:
Ramai lagi seperti saudara dinturtle kita ini di KT, dan mereka ini tergolong di dalam golongan 87 peratus pengundi keseluruhan di P36 kelak. Tidak perlu ambil pusing sentimen mereka ini? Cubalah, dan lihat hasilnya di hari mengundi kelak.
Kemaskini 8.35pagi
Komen tambahan dari saudara dinturtle di dalam ruangan komen di bawah ini. Terimakasih. Kepada orang-orang di KT yang belum kesempatan, baca juga nukilan terkini Dato Sak, di sini, ada juga mesej dari orang KT di dalamnya.
salam Tuan Lawyer,
Malu saya tuan hightlight my comment ! But thanks, semoga mendapat perhatian sewajarnya dari pihak UMNO. Komen saya berdasarkan exposure saya sendiri dan apa yang dalam fikiran saya. Mungkin berlainan dengan orang lain. Terserah pada orang lain membuat penilaian.
Nak tambah lagi sikit, dengan izin..
- kenapa Ahmad Said terlalu senang kata - kes tutup! bila ditanya hal Royalti ? bagi beliau mungkin dah selesai tapi selagi rakyat masih mengetuk pintu takkan taknak buka ? Maaf, tapi janganlah berlagak 'gedebe' begitu. Mungkin beliau malas nak layan kerana semuanya terjadi semasa zaman Idris, tapi apapun janganlah senang je kata 'kes tutup'
- sembang2 kedai kopi ramai yang mempersoalkan pendirian Ahmad Said sendiri yang dikatakan dah berubah. Ingat lagi semasa mula2 jadi MB, beliau sendiri mempersoalkan ketelusan royalti, monsoon cup dan mesjid kristal, siap cabar ACA supaya siasat. sekarang ?
- Kenapa perlu diungkit lagi hal 'pengorbanan' wan farid melepaskan jawatan timb menteri/senator nya? (dlm akhbar hari ini) Sejak BN umumkan namanya sebagai calon, hal 'pengorbanan' ini diulang2. Hello Mat2 UMNO - wan farid 'korban' jawatan/kerja itu hal personal dia. Itu bukan korban namanya, tapi mengambil risiko untuk sesuatu yang lebih besar. Lainlah wan farid dari keluarga miskin, perlu menyara 10 orang adik yang masih sekolah, mak ayah terlantar sakit, nak beli kereta pun tak mampu sebab duit gaji semua buat menanggung keluarga .. - itu baru korban ! Pleaselah UMNO, nak muntah dengan 'korban' wan farid ni..
- Apapun isu2 nasional, tempatan, royalti, pembaziran maupun yang melibatkan ugama atau kaum, pada pendapat saya yang insignifikan ini, hanya satu isu yang benar2 akan mempengaruhi majoriti pengundi Melayu KT, terutama yang dari kampung. (Bandaraya Kuala Terengganu hanyalah sebuah kampung yang besar). Tak lain tak bukan isu Wan Farid sombong !
Bunyi amat kebudakan tapi percayalah, ia amat rapat dengan orang kampung. anggaplah macam personal. Isu2 besar lain mungkin hangat bila dibincang, tapi lama kelamaan ia macam hilang kesannya bila bersendirian. Tapi yang lekat dihati - Wan Farid sombong ! Bagi mereka yang terpelajar disini mungkin susah nak percaya. Takkanlah nak lantik Ahli Parlimen, satu perkara yang agung dalam konsep demokrasi, kita perlu memperkatakan hal remeh tentang peribadi seseorang ? I'm just stating a fact as i see it.
Jadi macamana nak perbetulkan persepsi sombong ini? Bukan dengan ucapan2 pemimpin2 yang cuba membersihkan nama wan farid. Ini hal personal, jadi tuan diri sendiri yang kena buat. Wan Farid kena pergi setiap rumah dan jumpa setiap pengundi yang ada di KT, Tak pun lawatlah setiap warung yang ada,salam, senyum dan tegur setiap yang ada. minum teh sama2biar kembung perut, jamah walau sedikit kuih2 yang ada, biar makin tembam pipi yang cute tu. Kalau benarlah wan farid nak bersihkan nama, itu saja cara yang saya nampak. Ada 5 hari lagi..sempat lagi kot. Oya, janganlah pergi ramai2, naik kereta besar, pakai escort polis... cukup 3-4 orang, naik kereta kancil je..
Kematangan berpolitik ? hehe.. maaflah tuan lawyer, saya tak mahu hipokrit. Biarlah politik saya tak matang, tapi saya berpijak dibumi nyata...bukan di awan.
5:59 PM