Sunday, January 18, 2009

"Reform skala kecil" UMNO yang tidak menjadi

Bila Chedet & majoriti daripada kita mengatakan UMNO adalah tersalah langkah dalam pemilihan calonnya, hampir serentak dengan itu kita disanggah dengan serta merta oleh segolongan *pencinta-pencinta (*baca sebagai: perosak) UMNO.

Semalam sekali lagi suara golongan marhaen terbukti berasas. Pilihan Presiden UMNO serta Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu telah gagal samasekali untuk pertahankan kerusi yang dimiliki oleh Barisan Nasional baru 10 bulan yang lepas.

Walaupun ada yang akan cuba mencari konsolasi atau saguhati dengan tekaan dan cakap besar pemimpin Pakatan Rakyat yang lain (daripada DAP umpamanya) yang mengatakan BN akan kalah sehingga 7000 undi ternyata meleset, ianya tidak sama-sekali menukar fakta bahawa rakyat masih menolak UMNO terutamanya dan BN secara amnya. Hatta menang 1 undi majoriti sekalipun, ianya adalah kemenangan mutlak, inikan pula kemenangan selesa 2, 631 undi.

Bila taktik reformasi dan transformasi imej calon secara ekspres yang dijalankan (kerna terpaksa), UMNO dan BN ternyata tidak sedar dan peka bahawa rakyat jelata adalah lebih bijak dari itu. Apa yang cuba dilakukan oleh UMNO ke atas imej calonnya dan jawapan pengundi KT melalui keputusan PRK P36 semalam adalah satu mesej jelas penolakan apa jua bentuk reform yang dilaung-laungkan seandainya ianya bersifat kosmetik semata-mata. Keikhlasan itu penting.

Politik adalah berkenaan persepsi dan pucuk pimpinan UMNO masih lagi gagal memahaminya.

6 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

"Politik adalah berkenaan persepsi dan pucuk pimpinan UMNO masih lagi gagal memahaminya."

Wah, punch line kau hebat la!

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

PRK KT ini telah memberi saya peluang secara lebih dekat mengenali pemimpin2 Umno dan PR.Dan apa yang saya telah pelajari hanya menimbulkan rasa kebimbangan yang amat sangat terhadap masa depan bangsa Melayu dan negara. Sedih melihat gelagat pemimpin2 Melayu kita. Betapa jauh mereka telah menyimpang dari jejak perjuangan asal pemimpin2 agung terdahulu.

Pelik.. tapi tiap kali saya lihat najib berucap, saya seakan melihat wanfarid 10 tahun kedepan sekiranya beliau menang KT..dalaaaam maksud tu.

Walaupun Umno tewas, ia akan menjadi kemenangan sekiranya Umno belajar darinya. Untuk pemimpin2 tertinggi Umno, FOR ONCE, cubalah terima dan anggap kekalahan ini sebagai mesej peribadi kepada anda. Bukan sebagai hukuman tapi sebagai nasihat.

Terimakasih Tuan Lawyer kerana memberi saya peluang meluahkan pendapat semenjak dua ini.

Quantum Metal Consultant said...

Bagi yang masih sayangkan UMNO, kekalahan ini adalah hadiah.

Turut berkongsi kegembiraan ini ialah perosak di dalam UMNO.

Bagi yang masih sayangkan UMNO, pengalaman dan pengajaran adalah guru yang terbaik.

Selepas Tun bersara, beliau patut dijadikan rujukkan dan sebagai penasihat (siffu) tetapi malangnya UMNO memilih untuk berguru kepada pengalaman dan pengajaran yang pahit.

Tetapi Rakyat masih melihat UMNO masih tidak sedar.

Gelombang Rakyat said...

Sarisffuddin,

Seringkali di Malaysia pandangan terbaik datangnya dari suci murni individu di kalangan Rakyat.

Individu ini semakin ramai bilangannya.

Ingin sekali, sekali, mendengar pandangan seumpmama dari seorangpun pemimpin.

Contohnya, ini keadaan ekonomi, ini pula akan dilakukan supaya Rakyat maju dan negara makmor.

Sekali...

Mat Cendana said...

[Off-topic]
For some reason, I can't get your site to load when I click on the link at my blog when using Firefox. Am using Opera right now - had repeated the same procedure from my blog and... it's okay.

I can't explain why this is so. Is anyone else with Firefox facing the same problem coming to this blog? No problems with other blogs though - except for Jed Yoong's... can't access hers either with Firefox or Opera. Will inform her at Facebook.

I'd like to comment on her post - about her shock that "the Chinese in KT had voted for BN". Ah, we need to educate some people about "East Coast Chinese"... :-)

Lawyer Kampung said...

Prof, sekali-sekala, test power ;-)

dinturtle, saya suka bunyinya "bukan sebagai hukuman, tetapi nasihat" ..siapalah kita rakyat biasa ini hendak menghukum pembesar-pembesar negara kan? ;-)

kluangman, antara petanda kerunduman sesuatu keluarga adalah apabila yang muda tidak tahu menghormati yang tua.. ;-)

zubli, benar tu..

Mat Cendana, I'm having the same issue with my browsers. Only Opera is workable when opening this blog. Others will hang endlessly.. Yes, I can't load Jed's site either with any browsers (yet to try with Google Chrome though, I didn't install that to my laptop). Have tried all sort of thing, clearing up cache etc but to no avail.

Ah, the east coast chinese... after having traveled to & fro to KB & KT for the past 10 years, I do think I can imagine what you are going to say at Jed's :-)