Wednesday, May 28, 2008

Bukan Royalti Minyak

MB Terengganu, Datuk Ahmad Said menerangkan, senada dengan penerangan bekas MB terdahulu sebelum ini, berkaitan isu Piala Monsun. Beliau menafikan penggunaan royalti minyak di dalam penganjurannya. Utusan Malaysia hari ini melaporkan,

Menurutnya, peruntukan tersebut adalah daripada kerajaan Pusat yang disalurkan melalui Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan manakala kerajaan negeri pula hanya menyumbangkan RM4 juta setiap tahun.
Katanya, kesemua peruntukan itu bukan untuk pengurusan kejohanan berkenaan, sebaliknya digunakan untuk membina pelbagai infrastruktur termasuk kemudahan melabuh bot, hotel dan tempat meletak kereta di Pulau Duyong di sini.
"Kos pengurusan untuk penganjuran kejohanan itu tahun lepas, hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM22.6 juta,'' katanya selepas melancarkan tujuh buku terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di sini hari ini. Baca lagi Peruntukan RM300 juta Piala Monsun bukan wang royalti minyak

Jadi ke manakah wang royalti minyak itu sebenarnya? Kata MB Terengganu peruntukan RM 300 juta datang daripada kerajaan pusat. Di dalam parlimen, persoalan berkenaannya masih terus menjadi agenda perbahasan.

Jelaskan penggunaan royalti minyak Terengganu
27/05/2008 2:16pm
KUALA LUMPUR 27 Mei – Kerajaan diminta menjelaskan secara terperinci perbelanjaan wang hasil royalti minyak kepada Terengganu bagi memastikan ia dibelanjakan secara adil.Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, berdasarkan statistik, dari 2004 hingga 2008 sebanyak RM7.4 bilion hasil minyak disumbangkan kepada Terengganu.
Bagaimanapun beliau mendakwa, untuk tempoh empat tahun itu, negeri berkenaan hanya menerima RM5.2 bilion."Ke mana perbezaan sebanyak RM2.2 bilion ini? Kita perlukan penjelasan," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini. Baca lagi di sini.

Harapan kita semoga persoalan ini tidak hanya tinggal persoalan. Kepada para pembesar negara, segeralah leraikan segala kekusutan, bentangkanlah jawapan. Takut-takut nanti, lagi lama berdiam diri, lagi teruk membinasakan diri.

1 comment:

Anonymous said...

Lawyer Kampung,

Tunggu ya, nanti DPM will answer your questions.....

Finally.....