Thursday, May 29, 2008

Sebab Idris Letak Jawatan II

Menarik apa yang diblogkan oleh Dato Rosol Wahid di dalam blognya berkaitan dengan pengunduran bekas MB Terengganu sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Sebenarnya hal ini telah lama dibayangkan kepada saya. iaitu sejak keputusan MT yang mengiktiraf YAB Ahmad Said. Kerana dalam negeri dan parti tidak wajar wujud 2 nakhoda. Tiada guna kita memegang kuasa tetapi parti semakin sehari semakin lemah kerana kekuatan kita adalah kekuatan parti. Tanpa parti siapalah kita. Baca lagi di sini.

Tindakan mantan MB Terengganu ini patut dipuji, memandangkan sebagai contohnya, di Perlis, pemimpin yang memegang jawatan Ketua Perhubungan UMNO Negeri tersebut adalah bukan orang yang sama yang yang bergelar Menteri Besar. Itulah hakikatnya. Balik kepada catatan blog Dato Rosol, beliau mengakhiri catatan blognya dengan cetusan rasa Datuk Seri Idris sendiri, yang saya rasa patut dijadikan pedoman kepada semua pembesar-pembesar negara ini. Terutama kepada yang terlampau payah, tanpa sebarang sebab-musabab yang munasabah, untuk melepaskan kuasa bila mana masanya telah tiba. Kata beliau,

Sepatah kata DS Idris; 'Jika kuasa yang dipegang ini menjadikan Parti lemah, maka relakanlah pengunduran ini'...Salam perjuangan.
Dikemaskini!
Tetapi keghairahan sebegini janganlah pula selalu ditonjolkan. Tidak manis dipandang orang. Bersabarlah Datuk MB! Tidak akan lari gunung dikejar.... Baca T’ganu MB in the dark over Idris’ replacement

No comments: