Thursday, May 22, 2008

Mengubati "Duri-duri dalam daging"

Kenapa TDM tinggalkan UMNO? Ada yang menyatakan ianya lebih bersifat peribadi ("out of contempt") daripada kepentingan UMNO/BN ataupun umum sendiri. Saya percaya, untuk TDM meninggalkan UMNO memerlukan sebab-musabab yang lebih besar daripada kepentingan peribadinya sendiri.

Pada pendapat saya, tindakan beliau adalah satu tindakan kalkulatif. Ia dilakukan untuk untuk bekas parti politik pimpinannya, UMNO dan BN itu sendiri. Keadaan politik yang tidak menentu di negara inilah yang memaksa beliau bertindak sedemikian.

TDM amat khuatir dan percaya bahawa kemungkinan berlaku satu peralihan kuasa kerajaan pusat sepertimana yang sedang diwar-warkan oleh DSAI. UMNO sudah tidak boleh lagi menjadi penghalang kepada apa yang akan berlaku ini. UMNO sendiri amat rapuh pada masa kini. Mungkin bagi TDM, hanya dengan keluar daripada UMNO dan menarik seberapa banyak Ahli Parlimen BN/UMNO yang sekarang berada di atas pagar (29, 30 atau 40 orang yang dinyatakan oleh DSAI selama ini) mengikuti jejak langkahnya, barulah kemungkinan beliau boleh menarik nafas lega.

TDM mungkin juga sudah tidak yakin bahawa apa-apa tindakan oleh pucuk pimpinan BN/UMNO boleh menyelesaikan masalah kumpulan yang sedia untuk melompat ini. Beliau juga tidak percaya bahawa keadaan sebenar yang sedang berlaku di dalam parti BN/UMNO adalah di dalam pengetahuan AAB, secara sedar atau tidak.

Beliau percaya bahawa hanya dengan memastikan golongan yang akan melompat ini mempunyai opsyen di dalam tindakan mereka. Bagi beliau, golongan ini perlu diberikan opsyen untuk berada di luar parti dan kembali ke BN/UMNO sepertimana yang dilakukan beliau. Hanya dengan ini akan dapat memastikan mereka ini tidak menyertai Pakatan Rakyat sepertimana yang di dalam percaturan DSAI dan PR. Kerana cinta beliau yang amat sangat kepada BN/UMNO inilah beliau telah bertindak untuk keluar.

TDM masih sayangkan UMNO dan BN. Bukannya beliau ini duri dalam daging UMNO, sebaliknya beliau sedang berusaha untuk mencari penawar untuk mengeluarkan 29, 30 atau 40 duri-duri dalam daging UMNO/BN itu sendiri. Harapan doktor pencen ini juga adalah beliau boleh di dalam pada masa yang sama mengubati hati duri-duri ini untuk menjadikan mereka sebahagian daripada daging tersebut semula apabila AAB tidak lagi memimpin parti dan negara.

Nyata apa yang TDM mahukan hasil daripada tindakannya, yang pada masa kini dikecam hebat oleh golongan pucuk pimpinan UMNO pada masa kini, hanyalah untuk BN/UMNO (melalui golongan yang keluar daripada UMNO ini yang bertindak sebagai agen Bebas pro-BN/UMNO) masih lagi mempunyai kuasa untuk tawar-menawar sekiranya berlaku proses peralihan kuasa, yang TDM percaya boleh berlaku bila-bila masa kini selagi pucuk pimpinan negara dan bekas parti politik beliau tidak ditukar kepada yang lain.

TDM bertindak sedemikian untuk menyelamatkan BN dan kerajaan BN. Bukannya beliau bertindak untuk melingkupkan mereka. Lagipun, "for argument sake", beliau hanya keluar UMNO dan bukannya BN. Beliau masih lagi memohon menyertai parti-parti komponen BN (yang tidak berteraskan ras) yang lain, bukan?

Doktor pencen ini bertindak sedemikian hanya bagi membolehkan usaha untuk mengubati berbagai jenis penyakit kronik yang merundung UMNO dan BN pada masa kini diteruskan. Itu sahaja. TDM, saya percaya, mahu memastikan peranan sebagai "kingmaker" masih lagi di tangan pihak-pihak yang sepatutnya.

Che Det sendiri telah membuat komen berkaitan isu beliau dilabelkan sebagai "duri dalam daging" ini. Baca Dr Mahathir Mohamad: "Duri dalam daging". Baca juga Rocky's Bru di sini mengenai "torn in a flash" di dalam Najib: I'll see Dr M .

Mungkinkah prosedur-prosedur klinikal dan surgeri untuk menyembuhkan penyakit BN/UMNO ini telahpun dimulakan? Kita hanya mampu berdoa untuk yang sebaiknya. BN mahupun PR, kedua-duanya ada baik dan buruknya.

1 comment:

Anonymous said...

This is the only man that thinks and uses his brain in UMNO. Now he's out. What's that tell you? UMNO is doom.