Tuesday, January 20, 2009

Dah berbuih mulut dah...

UMNO perlu berubah, UMNO perlukan anjakan paradigma, UMNO perlukan transformasi, UMNO hendaklah melakukan reformasi... bla, bla, bla...

Berbuih mulut dah. Dah berbuih mulut kita semua bercakap, dah lenguh jari-jemari mengetuk keyboard. Dari bulan March 2008 sampailah sudah hendak hampir masuk bulan March yang baru, tak berubah-ubah. Berapa kali "wake up call" yang diperlukan?

Macam-macam dah disarankan, macam-macam pandangan, cadangan dan tindakan oleh semua lapisan masyarakat, masih juga ditakuk lama. Kenapa?

Bila saya menulis semalam bahawa perlu ada yang mengambil tanggungjawab atas kebobrokan prestasi UMNO, itulah yang cuba saya sampaikan.

Cukuplah dengan menyalahkan sistem dan parti tuan-puan. Kenali kanser yang mencengkam, yang menghalang proses pemulihan ini dan buang terus jauh-jauh. Kalau kanser-kanser ini sedar merekalah yang dikatakan sebagai kanser itu, cepat-cepatlah mengaku dan bertanggungjawab sebagai penyebab penyakit dan lakukanlah yang sewajarnya secara sukarela. Lagi afdal kalau dilakukan serta-merta. Sekarang. Masa itu emas. Masa tidak boleh disogok, ianya tidak menunggu sesiapa termasuklah UMNO, parti keramat dan yang teramat kuat itupun.

Jangan terus-terusan begini, nanti terus tiada harapan diselamatkan dan jadi begini.

13 comments:

Pak Zawi said...

LK,
Tak larat nak komen dah. Dah berbuih mulut.

ABC said...

setelah kalah teruk 3-0 pun (mac2008, permatang pauh, KT), yg berani komen dan marah2 tetap orang-orang yg sama.
mahathir, ku li, muhyiddin. lepas tu kj defend.
yg lain sonyap je. atau komen yg sama.
mungkin mereka 1) tak kisah 2) takut nak cakap 3) sibuk buat duit sebelum kapal tenggelam.
tolong lah jeritkan utk tolong parti keramat melayu.
umno is the Grand Ole Party of msia, di amerika dia panggil GOP.
dah tenat gini pun ramai yg buat dunno dan tidak bagi cadangan nak selamatkan parti.
sedih hamba.

Lawyer Kampung said...

Bro Zawi, kawe pehe ;-) puok dio mace takdok gapo ja, nok buat lagu mano lagi weh? Mace toksei nok jadi molek semula ja... hahaha

Bro Rem, itu lah dionya jang oi..kenopo lah dok monung ajo, sonyap jo! hahaha elegant silence kot ;-)

Gelombang Rakyat said...

Sarisffuddin

Biasanya jika UMNO dan Barisan Nasional, wake-up call di antara 30 ke 300 kali.

Sebab pemimpin paling atas, satu tidor dan satu fantasi.

Anonymous said...

Bro LK,

Biarkan Luncai terjun dengan labu2 nye hehehe

Lawyer Kampung said...

Zubli, tidoq mati ka apa ka ni, nak gerak sampai 300 kali..haha

Bro cjcm, err..biar, biarkan? hahaha

Prodigal Maestro said...

Brother LK,

Salam

1. This is my 1st comment on your site. (Dengan Izin) I would put my comment in English.

2. Once human being have put their judgement to one thing, nothing can change their "beliefs"

3. Now majority of the people today have this judgement on UMNO. Greedy, power hungry, arrogant, leeches, elitist..etc etc...

4. Whatever that is said being done, rejuvenate, rebranding etc etc at the end of the day whoever takes the post from President to the MKT in March, it wont have any impact to the people because its the same ingredients. Just because hypothetically a change of personnel, doesnt mean the people would think umno has change. The culture would be there and it would be worse if those that are known to have (alleged) past such as MMT/RTC/ZH etc etc even 80% of the calon in MKT is seen as corrupt. So where would UMNO be?

5. UMNO is seen as doomed...Well maybe there'll be something good that comes out from the failure...Cos history shown that you need to have adversities to move forward...taking 5 steps back to move forward...

6. Anyway, the only way i see UMNO could be back to its power is by default, if the PR people shoot themself on the foot. If not, PRU13 would be seen as a concluding case even now.

7. God saves us all then.....

Salam

Pak Zawi said...

LK,
Change or be voted out, warns Najib
Jan 20, 09 4:00pm
Barisan Nasional leaders have been warned not to remain oblivious to the wishes of the people who want to see actual changes taking place.
That is what Malaysiakini reported an hour ago. Adakah dia sedar yang diri dia yang mesti berubah atau bersara terus dari mengepalai kapal yang mula tenggelam?

Gelombang Rakyat said...

Sarisffuddin,

Pak Lah ni, dia baik. Manja.

Tapi sebagai pemimpin negara, dia tidoq merata, kalau jaga, honeymoon pulak dah luaq negara.

Itu Lah wake up call kena sampai manyak kali.

Kesian kita...

Lawyer Kampung said...

Thanks for those insightful & thought provoking comments Prodigal Maestro, Zawi & Zubli. ;-)

Gelombang Rakyat said...

Sarisffuddin,

I can sense, you are serious, sincere, and continuously committed.

Syabas!

To me, change from top to bottom is more effective and efficient.

From bottom up, you know...

Change from outside in is a struggle, from inside out is a struggle too yet more fruitful.

Suggestion for change, from Bloggers, cannot happen when UMNO door is closed. A leadership awareness for change is the beginning of an open door, and then suggestion is potentially welcomed.

To me the joke is still the jokers in UMNO who at this moment may naughtily wanting to witness more than one in a - Persatuan Tak Rasmi Bloggers Berbuih Mulut Dah.

Gurau jer beb...(wink!)

Lawyer Kampung said...

No harm done bro zubli.. (here's winking back at ya!)

Gelombang Rakyat said...

Orait...

Total peace for all.