Wednesday, January 14, 2009

BN terdesak atau sebaliknya?

Adakah perkhabaran dibawah adalah tanda BN sedang terdesak;

baca Perubahan besar di Kuala Terengganu jika BN diberi mandat

ataupun merupakan permulaan kepada suatu pertandingan yang lebih menarik dan bermaya di antara kedua pihak di dalam membeli jiwa rakyat di Kuala Terengganu?

Adakah janji umum ("perubahan besar di KT") sebegini boleh dijadikan umpan kepada pengundi P36 kelak? Walaupun bukan masyarakat metropolitan, pengundi di KT kita percaya adalah mereka yang cukup dengan informasi dan maklumat untuk membuat perhitungan. Jika kita berhenti sejenak di sini, dan menyuakan kaki meranduk lautan maklumat daripada blog-blog yang kebanyakannya adalah pro Pakatan Rakyat, pasti kita akan menyimpulkan bahawa P36 hampir pasti akan menjadi milik PR mulai dari tarikh 17hb Januari 2009 kelak.

Tambahan pula bila penghulu kepada operasi BN sendiri mula melaungkan janji-janji yang dianggap resam setiap pilihanraya kecil dan bersifat cliché bunyinya. Janji untuk membawa "perubahan besar kepada KT" adalah seakan-akan sama dengan janji paklah pada tahun 2004 dahulu di mana beliau melaungkan kepada anak negeri Terengganu bahawa "Terengganu akan menyaksikan pembangunan yang tidak pernah dilihat sebelum ini".

Sebagai penghulu operasi, kita tidak boleh menyalahkan Najib bila membuat tawaran demi tawaran yang indah-indah kepada pengundi di KT. Ini adalah satu pertandingan dan semua yang bertanding berhak menawar dan menabur janji dan terpulanglah kepada pengundi untuk menerima atau sebaliknya. Semua dari kita berhak untuk diberikan "benefit of the doubt". Kemungkinan untuk orang KT menikmati apa yang dijanjikan seandainya tawaran diterima tetap ada. Sepertimana pembangunan pesat yang disaksikan di Terengganu amnya dan KT khususnya selama ini akibat dari janji paklah kepada orang Terengganu apabila Idris Jusoh dan rakan-rakan beliau berjaya mengembalikan Terengganu kepada BN pada 2004.

Walaupun mungkin tidak memuaskan semua pihak, tetapi secara umumnya, rakyat Terengganu tetap berpuashati dengan pentadbiran BN dari 2004 sehinggalah sekarang. Kalau tidak masakan Terengganu boleh masih kekal dengan BN walaupun tsunami politik melanda negeri-negeri lain di PRU ke 12 yang lepas.

Tindakan untuk cuba memberikan penjelasan mengenai isu-isu yang ditimbulkan seperti di bawah ini juga tidak boleh dianggap remeh. Sekurang-kurangnya ada percubaan di pihak Najib, walaupun agak umum penjelasannya, untuk isu wang royalti dan halatuju dana tersebut k difahami oleh mereka yang berkaitan; baca Terengganu bakal nikmati royalti minyak cecah RM3 bilion

Mungkin dengan ditambah sedikit keinginan dan keterbukaan di dalam merayu undi dan pematahan hujahan pihak lawan secara yang lebih bersistematik dan berkoordinasi, kem BN boleh melonjakkan sedikit cabaran dan tentangan terhadap pihak lawan yang begitu ghairah dengan dengan tahap keyakinan diri yang teramat tinggi untuk menang mudah Sabtu ini.

Dengan menggunakan sedikit lagi usaha dan akal, calon dan mereka yang berkempen untuk BN juga akan boleh menerangkan sebab-musabab kos dan keperluan mengapa KT menjadi tuanrumah kepada Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Sebagaimana Raja-raja Melayu boleh tertawan dan menunjukkan apresiasi mereka terhadap mercu tanda baru bercirikan islam negeri Terengganu itu, begitu juga kemungkinan besar pengundi di KT. Syaratnya, visi dan misi kewujudan kedua-duanya diperjelaskan lagi kepada mereka sebagaimana penerangan dilakukan kepada raja-raja melayu di atas.

BN juga boleh dengan secara rendah diri mengingatkan pengundi bahawa seandainya wujud korupsi dan sebagainya di dalam penganjuran Piala Monsun, kenapa pula pihak BPR setelah siasatan dijalankan mendapati bahawa tidak wujud elemen-elemen korupsi seperti yang digembar-gemburkan?

Bagaimana pula dengan isu wang royalti? Umum telah mengetahui bahawa "teka teki" pengiraan wang royalti daripada tahun 2004-2007 adalah lebih merupakan masalah pentabiran longlai di peringkat pusat, dan bukannya di peringkat kerajaan negeri. Jumlah yang diterima telahpun didedahkan. Seandainya diperjelaskan kenapa perlu BN negeri dipersalahkan, nescaya ramai pengundi yang akan faham dan bersimpati.

Isu harga barang naik? Itu perkara mudah untuk pakar-pakar ekonomi BN yang sedang berkempen terangkan. Lihat sahaja di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Tidakkah mereka juga mempunyai masalah yang sama?

Nah, sudah diperjelaskan hampir kesemua isu yang dikatakan berkait rapat di hati pengundi-pengundi KT. Kata orang hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Mahu diperkembangkan lagi pematahan hujah pihak PR? Cuba lihat SMS yang saya terima ini. Datangnya daripada insan yang sebenarnya sedang berpenat lelah berkempen bersama rakan-rakannya yang lain untuk calon BN. Ada bunyi-bunyi bahawa akan wujudnya "boikot dan pertelingkahan" di dalam kem BN negeri Terengganu. Rakan-rakan saya yang baru pulang dari KT menceritakan kepada saya sebentar tadi bahawa si polan yang dikatakan akan memboikot itulah di antara manusia yang bekerja keras berkempen siang dan malam di KT untuk calon BN. Lihat sahaja antara usaha-usaha beliau menghantar sms-sms di bawah, hatta kepada saya yang tidak mengundi sekalipun. Orang yang bertelegah dan memboikot tidak akan menghantar maklumat sebegini mempertahankan rakan dan taulan.

SMS pertama berbunyi begini;

received from xxxxx xxxxx (8:00 PM):
PELANCUNGAN TERENGGANU:
Jumlah kedatangan Pelancung ke negeri Trg telah bertambah 24 peratus. Kedatangan pelancung hingga Oct'08 ialah 3.1 juta (2.5 juta di 2007).

Monsoon Cup, Taman Tamadun Islam telah berjaya menarik lebih ramai pelancung ke Trg. (HARD FACTS......).

Tq

SMS kedua pula berbunyi;

Received from xxxxx xxxxx (8:01 PM):
KADAR KEMISKINAN Terengganu:
  1. KADAR TURUN: 15.4 peratus (2004) kepada 6.5% (2007). Penambahbaikan Kedudukan dari tempat ke 2 termiskin ke tempat ke 4.
  2. PENDAPATAN PURATA isu rumah bertambah, RM1984 (pada 2004) ke RM2,463 (tahun 2007).
Sila maklum. TK

Statistik telah diberikan, jengok sahaja ke Wisma Darul Iman untuk meneliti dokumen-dokumen yang saya percaya adalah diklasifikasikan sebagai "public document" untuk tentukan samada benar atau tidak. Kesemuanya ada di sana. Cuma yang sudah tertutup hati sahaja yang enggan membuat pengesahan fakta-fakta di atas.

Seandainya isu-isu yang timbul seperti di atas diperjelaskan dengan penuh keikhlasan dan berlandaskan fakta, pasti akan berlaku kejutan terhadap anggapan ramai pada tarikh 17 hb Januari kelak.

Tonton Buletin Utama 8 malam semalam? Berusaha sungguh Wan Farid untuk menangkis persepsi negatif yang ditimbulkan ke atasnya. Senyum meleret, mata bertentang mata dan bersembang sakan dengan bakal-bakal pengundinya. Sekurang-kurangnya beliau cuba memperbaiki diri bukan?

Usaha-usaha sebeginilah yang walaupun mungkin tidak akan memberikan kesan kepada undi yang telah diperolehi dahulu oleh Md Sabu semasa PRU 12, sekurang-kurangnya akan memastikan bahawa undi yang telahpun diraih oleh Allahyarham Datuk Razali dahulu akan tetap memihak kepada BN pada hari Sabtu akan datang.

Resam manusia tidak suka menyebelahi mereka yang dianggap favourite, dan sering mendambakan kemenangan kepada pihak yang dianggap lemah ataupun bukan pilihan. Kita akan teruja dengan kisah-kisah bilamana mereka yang dianggap lemah dapat membenam pihak yang dianggap kuat. Daripada pembacaan saya di alam siber, di blog-blog sosio-politik, yang dianggap kuat dan akan menang oleh kebanyakan weblog-weblog ini adalah calon dari Pakatan Rakyat. Saya percaya ramai yang membaca cerita-ceriti keyakinan terlajak mereka di internet setakat ini, sudah mula mengimpikan kemenangan kepada pihak yang digembar-gemburkan akan tewas.

Namun begitu, saya masih ingin bertanya, siapa sebenarnya yang terdesak? Kalau selesa kenapa perlu berdrama sebegini hanya kerana mahu memastikan undi masyarakat Tionghua dan India diperolehi calon Pakatan Rakyat? Baca ‘DAP will pull out if hudud laws implemented’ (updated). Maaf ya, taktik "divide & conquer" begini sudah lapuk. Ini bukan tahun 40an, 50an. Kepada yang tidak tahu, kita sudah berada di abad yang ke 21.

Drama dan terus berdrama. Sampai bila?

5 comments:

Anonymous said...

tuang lawyer,

kalu tuang lawyer kata lagu tu ambe rasa kurang sikek.... bukang gape,betul ke dengang penambahang pe ni nok balik kejerkapita tu betul2jadikang tarah kemiskingnag turun,lagu mane pulok dalam tempoh 2004-2007 punya harga barang keperluang,same ke 2004 ngang 2007?
berapa sangak pembangunang hok ade kat trg leni,kalu takat mejid kristal tu ke,monsong kap ke dok gi mane,ambe ngang kawang2 ambe ni lame doh dok kat tempak orang,rasanok jugok balik keje kat tempak sendiri.tapi........
ambe dok kate ke sape2 ambe cuma kate hok ambe rase,wang ehsang dulu betul ke sapa ke hok sepatuknya,bantuang rumoh misking berape kerat gok hok betul buleh cube gok tuang lawyer turun tengok dok kira ah tuang lawyer orang ganu ke dok.tulung same kite baru la kellah...rakyak bukang nya maroh sangak ke bn tapi maroh ke hantu raya dalam bn.tu je
time kaseh lah sudi bace,kalu keluorkan dalam blog lagi molek.

Anonymous said...

Apa alasan pun biar calon UMNO tewas dalam prk ini.

Pemimpin2 umno perlu diajar untuk bermuhasabah diri kenapa mereka ditolak hari demi hari. Kita perlu UMNO tetapi kita tak perlu mereka lakukan
1 PENYELEWENGAN
2 RASUAH YG BERLELUASA
3 SALAH GUNA KUASA
4 CROINISM
5 TAMAK HALOBA
6 BERPURA-PURA, mcm di KT saat ini

Quantum Metal Consultant said...

BN akan menang jika PAS yakin sangat akan menang. Pengundi akan menjadi simpati kepada BN jika semua yang BN lakukan diterjemahkan sebegitu buruk hingga lupa atas kebaikan yang rasional.

Pengundi KT wajar diberi peluang memilih habuan dan ganjaran dari potensi calon yang menang dan bukannya atas persepsi dan emosi semata mata.

BN atau PAS menang, pembangunan dan kehidupan di KT tidak banyak berubah.

Mat Cendana said...

I've been quiet here for quite some time. However, I follow you everyday, LK - at least through the RSS sidebar at my blog; or usually through direct downloading of your posts with FeedDemon (more convenient for me - I can quickly look through DOZENS of blogs).

I have to say that you're now one of the main sources I look to when I'm confused about some matters. That's because I feel you're one of the most sensible of the bloggers - like Dato' Sakmongkol AK47 too.

It's not a problem to favour some party or another (who is *really* neutral?), but "objectivity" and "sense of fair play" are always desired by readers like me, who aren't really all too savvy when it comes to issues (With me, it's because I don't have much time nowadays). And I have to say that you, Sakmongkol and a very few others qualify as "bloggers in the objective & fair category".

I'm going to try get "someone I know" to give some publicity to your blog here - to the mainstream people who have Internet access, have some interest in politics but haven't found your blog. I'll keep you informed.

Lawyer Kampung said...

Anak guru sabai2, takpe kite bawa keluar dalam blog semue ;-) Kite ni bukan jenis hok taksub tu.. haha. Terimakasih untuk komen tuan. Kalu jupe di KT nanti kita gi makang ICT di Gong Badak same-same ye :-)

Kluangman, itulah sebenarnya harapan kita. Yang patut jadi pemenang adalah orang KT sendiri dan bukannya calon yang menang sabtu nanti. Terimakasih untuk komen.

MC, you make my day bro! ;-) thanks for the encouraging words. I'm too not that politically savvy. Just another keen observer like you. Dato Sak tu different league already bro, itu tahap sifu dah tu! hahaha. Thanks again for the comment bro.