Wednesday, September 17, 2008

Anwar & UMNO: Satu Simbiosis

Tadi saya membaca tulisan Sakmongkol bertajuk What the Stars foretold. Beliau memberi saranan yang amat menyedarkan, sebagaimana komen oleh blogger JMD di dalamnya. Tidak perlulah bagi UMNO untuk terus bersorak dengan kegagalan Anwar untuk membentuk kerajaan dambaannya pada tanggal 16 September 2008. Memang sudah terbukti beliau gagal mengotakan janjinya dan dan omongannya. Apapun ianya akan tetap terus menghantui perjalanan politik Anwar. Sepertimana yang saudara JMD utarakan di dalam nukilan terkini di dalam blognya, Anwar’s play acting is encyclopedic (Part 2), luar dalam permainan politik Anwar adalah sesuatu yang ensaiklopedik dan dalam pengetahuan umum. Tiada yang novelti dan bersifat baharu mengenainya.

Kini apa yang harus difokuskan oleh UMNO adalah untung nasibnya sendiri. Tenggelam timbulnya sendiri. Jangan dicaci dan dihina kegagalan orang lain apabila kegagalan jugalah sebenarnya sedang memandang tepat ke muka sendiri.

Sebenarnya, sedar atau tidak, Anwar dan UMNO adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan lagi. Kedua-duanya saling mendambakan. Satu jenis simbiosis wujud antara keduanya. Mungkin kedua-duanya tidak menyedarinya. Malah kedua-duanya mungkin pasti akan menyangkalnya. Tetapi percayalah, hakikatnya UMNO dan Anwar adalah umpama ombak dan pantai, lagu dan irama. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan lagi.

Anwar perlukan UMNO. Dia perlukan UMNO untuk terus di dalam keadaan caca-merba halatujunya. Dia perlukan UMNO yang di dalam keadaan panik dan haru-biru. UMNO yang kalut adalah suatu keperluan kepada Anwar dan "Impian 916"nya. Anwar amat memerlukan UMNO yang daif kesihatan untuk tonjolkan kehebatan dirinya, yang sebenarnya tidaklah sehebat mana pun. Keadaan terumbang-ambing UMNO masa kini adalah pada hakikatnya merupakan talian hayat politik Anwar. Kegawatan UMNO amat diperlukan Anwar untuk dijadikan resipi utama hidangan politiknya.

UMNO pula pada hari ini mungkin amat ghairah untuk terus mencerca dan menghina kegagalan misi 916 Anwar tanpa menyedari mereka amat perlukan Anwar. Acah dan Ejek politikal Anwar & Co. sebenarnya adalah tonik yang amat diperlukan oleh UMNO. Mahu tidak mahu politik Anwar akan tetap seperti itu. Hanya dengan ejek, omok dan acah politiknya secara berterusan begini barulah UMNO boleh sedar keperluan untuknya berubah. Keperluan untuknya bertindak segera mengikis dan menghapuskan kanser dan segala macam penyakit kosmetik dan dalaman yang telah lama dihidapinya. Acahan dan omokkan dengan "Impian 916"nya adalah sepatutnya membantu UMNO untuk lebih matang dan bersemangat untuk segera melenyapkan segala kebobrokkan yang sedang melandanya kini.

UMNO dan Anwar sebenarnya saling terhutang budi. Kedua-duanya "saling memerlukan".

4 comments:

KN36 said...

they each can't live without the other's shit - scary thought ain't it?

beautiful country our kids are inheriting.

mekyam said...

loyar kg,

a most interesting observation! :)

in this scenario, the first side to pull away from the unhealthy sybaritic feeding will not only have a chance at redeeming itself but, in the process of pulling away, might even rip the fangs of the other side.

though i'm not a supporter of any party, i'm rooting for the hopefully soon-to-be-redeemed umno in this case.

Lawyer Kampung said...

mekyam, precisely put.

Thanks for visiting. :-)

Lawyer Kampung said...

kn36, scary, eh? haha