Friday, September 05, 2008

Islah hanya melalui Pakatan Rakyat?

Islah (Arabic: اٍصلاح‎) is an Arabic word meaning to repair, often translated as to reform or reshape

Anwar Ibrahim di dalam perutusan ramadannya menulis;

Ramadhan ini mengingatkan kita akan kisah para anbiya yang tetap istiqamah memperjuangkan kebenaran dan melakukan islah. Ayat Surah Hud 88: “…hanya yang aku mahu ialah melakukan islah (reformasi) dengan segenap daya dan upaya,” sering saya tekankan kerana kita mesti kekal memperjuangkan perubahan, untuk menjayakan keadilan ekonomi, membela rakyat dan menegakkan demokrasi.

Beliau tekankan islah dan peringatan kisah istiqamah para anbiya dalam memperjuangkan kebenaran. Beliau hubungkaitkan konsep Re For Ma Si angkatan politik dokongan beliau dengan surah tersebut. Cantik bukan bila perjuangan politik dikaitkan dengan ayat suci Al-Quran, dengan merujuk kepada para Anbiya? Terus terasa sesuatu itu seakan-akan direstui, automatik ianya dihalalkan, bukan? Jadi tidak hairanlah kenapa YB Zul (yang akan dihadapkan ke badan disiplin PKR) masih lagi berjuang disamping beliau bukan? Bak kata orang kuat PKR sendiri, Din Merican; "Great political changes do not come from zero-sum equations."

Oleh itu adakah "islah" dan perjuangan kebenaran hanya sememangnya sinonim dengan perjuangan PR sahaja? Bagaimana pula dengan puak yang satu lagi yang masih lagi pada saat ini memegang tampuk pemerintahan negara? Tidak ada tercetus keinginan untuk memperbaiki diri dan kumpulan ataupun hanya sibuk dengan percaturan kuasa dan pangkat semata-mata?

Lupakah puak yang sedang memerintah negara ini bahawa satu ketika dahulu parti mereka sebenarnya adalah pelopor apa yang sedang di bawa sekarang oleh Anwar Ibrahim dengan Pakatan Rakyatnya? Ianya sama sahaja seperti yang berlaku 51 tahun dahulu, perjuangan kemerdekaan berbagai kaum yang telah diterjemahkan kepada satu formula dengan sebuah parti yang dinamakan sebagai Parti Perikatan dan kemudiannya, natijah dari bala 13 Mei 69, ianya dijenamakan semula sebagai Barisan Nasional berpaksikan kepada keluhuran perlembagaan dan konsep perkongsian kuasa di atas dasar konsensus, tolak ansur dan konsultasi bersama.

Apa yang dijaja sekarang oleh puak Pakatan Rakyat adalah produk yang sama, ia cuma dipakejkan semula dengan pakej yang lebih menarik mengikut peredaran masa. Itu sahaja!

3 comments:

Anonymous said...

jangan transform atau reshape jadi katak cukup bang oi!!

MalayMind said...

BN mempunyai masalah persepsi yang teruk.

Lebih parah apabila ahlinya sendiri (ahli peringkat kampung pun) tidak berusaha untuk lari dari politik wang.

PR pula masih baru. Mereka ini kelihatannya masih meletakkan perjuangan islah lebih dari duit, tapi ini cuma sementara.

Kitaran ini akan berlaku semula meskipun PR memerintah.

Lawyer Kampung said...

Saya setuju dengan saudara malaymind. Perangkap duniawi di dalam BN dengan masalah persepsi yang kian meruncing sememangnya menghantui parti tersebut. Manakala bagi PR, kitaran siasah tidak sihat ini memang payah hendak dielak apalagi bila bibit-bibit ke arahnya mula kelihatan seperti peristiwa yang berlaku di Perak baru-baru ini. Manusia semua kita ini ;-) Terimakasih untuk komen saudara.