Tuesday, September 16, 2008

Sebelum subuh....

Mamanda Bendahara: Tuanku ada perkhabaran mustahak.

Sultan Aminurrashid: Apa dia memanda bendahara?

Mamanda Bendahara: Besok pagi, ada rombongan ingin memohon limpah duli tuanku memperkenankan kerajaan baru Antah Berantah dan memohon tuanku mencemar duli untuk merasmikannya.

Sultan Aminurrashid: Baiklah kalau begitu Mamak Bendahara, Besok pagi SEBELUM SUBUH beta akan sampai di sana...

Tuan Direktor: CUT, CUT, CUTTTT!!!!! ..yang engkau nak pergi sebelum subuh tu nak buat hape...???!!! Bahaluuul.....!!!! ...sebelum subuh mana ada orang bangun lagi, SESUDAH SUBUH, SESUDAH subuh... Macam ini boleh rosak filim aku!!

..akan bersambung



Baca lagi, mengenai pembikinan filem terhebat musim ini di blog The Antics of Husin Lempoyang: Sept 16 12:30: Anwar angkat sumpah pukul 5:45 pagi ... Jangan tidor!

Untuk mendapat "feel" filim ini pergi baca blog Anil Netto “We have the numbers; the process has begun” dan baca juga Tukar Tiub ZAID IBRAHIM MENTERI PAKATAN RAKYAT ?

Dengar nasihat Husin Lempoyang- JANGAN tidur!!! ..tungguuuuu...

10 comments:

Anonymous said...

ROTFLOL Bravo Tuan loyar buruk, eh sori ye tersilap, tuan loyar kampung..kuakuakuakua

Lawyer Kampung said...

Ya, mengambil ayat D S N dari blog Smalltalk, saya juga serupa "lawyer by day, loyar buruk by night" ;-)

KN36 said...

mr. lawyer

you really reckon a changing of the guards is nigh?

Lawyer Kampung said...

you didn't get it do u, bro kn36? Mea culpa ;-) My bad, bro hahaha

KN36 said...

au contraire mister lawyer - but i do get it. just that my phrasing of a question to you might not be as it was meant to be read.

Lawyer Kampung said...

Blogger KN36 said...
au contraire mister lawyer - but i do get it. just that my phrasing of a question to you might not be as it was meant to be read.
--------------------------------------------------

Again, my bad Tuan GM! :-) I beg your pardon, sir.

anti-katak said...

SAHIH PAKATAN RAKYAT KUAT KELENTONG. SEKARANG DOK KELENTONG MACAM LAIN PULAK. TAK PERLU LONCATLAH. YANG PERLU ADALAH TAK HENDAK KAT KEPIMPINAN DOLAH SEKARANG SUDAH CUKUP.

APA BOLEH MAIN PAKAI NIAT SAHAJA KA NAK TUKAR KERAJAAN? PIRAHHHH MABUK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

UMGrads said...

Dahsyat la press conference PKR tadi macam sessi penglipur lara. Semua orang terpukau dengan cerita-ceriti Tok Selampit.Hebat hebat

Piggy Singh said...

Salam Tuan Lawyer,

Jom berpantun sementara tunggu buka posa.

Dua tiga ku cari katak,
Katak di Taiwan punyalah banyak,
16 September jadi ke tidak,
Aku dok tunggu nak isi minyak.

Pekong Nuar di sebelah kurap,
Pekong saya di atas bahu,
Kelentong Nuar teramatlah sangat,
Tapi penyokong buat tak tahu.

Pisang si Nuar di bawa belayar,
Masak sebiji di rumah Saiful,
Memang si Nuar ni kaki auta,
Tapi nak buat cam mana penyokong dah taksub.

Gunung daik bercabang tiga,
Bukit cerakah tak tinggi mane,
Ditakdirkan bang Nuar jadi prime minister,
Bolehkah saye bancuh kopinye?

Wassalam.

Lawyer Kampung said...

Hebat berpantun rupanya Tuan Piggy Singh kita, terimakasih kerana sudi menjual pantun saudara di sini :-) ada yang sudi membeli?