Apa yang sedang berlaku di dalam arena politik negara baik dari dalam sesuatu parti politik seperti UMNO dengan krisis identiti dan kepimpinannya, permasalahan perhubungan parti-parti komponen di dalam sesuatu pakatan politik itu sendiri (PR atau BN) mahupun pada skala yang lebih besar permasalah lapuk yang ditimbulkan dan pertembungan persepsi yang dijaja oleh pakatan-pakatan politik samada oleh BN ataupun PR terutamanya dalam isu-isu menyentuh perlembagaan, keistimewaan orang Melayu, isu Sabah dan Sarawak hatta kepada isu cuti 16hb September sekalipun adalah saya umpamakan seperti kisah "6 Orang Buta dan Gajah".
Anda tahu kisah tersebut? Kisah 6 orang buta yang diminta untuk menentukan bagaimana rupanya seekor gajah. Orang buta yang memegang kaki mengatakan gajah macam tiangseri, si buta yang memegang ekor gajah pula mengatakan gajah itu seperti seutas tali, yang merasa dan memegang belalainya mengatakan gajah adalah serupa dahan pokok, si buta satu lagi yang memegang perut gajah pula mengatakan gajah ini sebenarnya macam sebuah dinding, yang pegang gading pula katakan gajah macam paip yang keras dan si buta terakhir pula yang memegang telinga gajah pula terus mengisytiharkan gajah adalah sebenarnya macam kipas tangan!
Mereka kemudiannya bertengkar dan bertekak berhari-hari menegakkan versi rupa seekor gajah masing-masing. Kesemua si buta tidak mahu menyerah kalah dan berdebat mengatakan dialah yang betul manakala yang lainnya adalah salah. Maka bermasam mukalah keenam-enam mereka berhari-hari selain dari bertengkar dan bertekak sehinggalah satu hari datang seorang yang bijaksana menerangkan kepada mereka.
"Kesemua kamu adalah betul. Sebabnya setiap kamu menceritakan versi yang berbeza adalah kerana setiap dari kamu telah memegang bahagian gajah yang berbeza. Gajah sebenarnya mempunyai kesemua ciri-ciri yang setiap dari kamu sebutkan"
Setiap seorang daripada sibuta tersebut adalah "betul sebahagian" dan mereka juga adalah sebenarnya "salah keseluruhan" ("Each of the blind men was partly right, but they were all mostly wrong.")
Terpulanglah kepada faktor "seorang yang bijaksana" kumpulan masing-masing untuk menamatkan perbalahan pendapat dan persepsi ini. Wujudkah "seorang yang bijaksana" tersebut di dalam parti atau pakatan masing-masing? Adakah wujud "seorang yang bijaksana" dalam memimpin negara keluar dari kemelut ini ataupun kesemuanya mereka ini hanyalah "6 orang buta" semata-mata?

1 comment:
Let me see, the 6 blind men:
1. Abdulah
2. Najib
3. Anwar
4. Lim Kit Siang
5. Karpal Singh
6. Haji Hadi
Can do bro?
Post a Comment