Thursday, September 11, 2008

Muhyiddin Tak Patut!

Apalah Muhyiddin Yasin ni bagi Paklah terkejut.... tak patut betul! Biarlah dia tidur lena lagi sampai time buka puasa nanti!

PM terkejut kenyataan Muhyiddin

11/09/2008 4:10pm

PUTRAJAYA 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010.

``Saya terkejut kerana dia adalah sebahagian daripada ahli Kabinet saya,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.

Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah `tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya. - Utusan

4 comments:

Anonymous said...

Orang Kedah kata dia saja buat-buat mamai kot.......

Anti-Katak said...

Terkejut dahulu pendapatan, terkejut kemudian tidak berguna.

BUYONG said...

AKU TERKEZUTTT!!!

Lawyer Kampung said...

buyong & anti-katak... terkejut satu hal, jangan melatah pula selepas ini cukuplah! Terimakasih untuk komen anda.