Monday, September 22, 2008

Orde Baru, Politik Usang

Termenung sejenak saya selepas melayan dengar lagu M.Nasir "Anak-anak kita" selepas sahur sebentar tadi. Hebat lagu tersebut tambahan pula jika kita terjemahkan dengan senario politik watan masa kini.

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagi
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah
yang tak tahu nak pulang bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan Pistol-pistolan

Kita begitu sibuk sehari-dua ini, dengan agenda masing-masing. Demi survival masing-masing, bertungkus-lumus para politikus dan pengikut-pengikutnya menari dan menyanyi lagu dan gurindam mengikut rentak dan irama masing-masing.

Kita lupa, yang muda sedang melihat, yang remaja sedang memerhati yang kanak-kanak sedang menonton. Kita ghairah sehingga lupa golongan yang akan menjadi kesinambungan apa yang kita gurindamkan, apa yang kita tarikan.

Siasah sempit, siasah bankrap dan siasah bertopeng kita sajikan. Sayembara dan dongengan kita angkat dan letak di atas batu jemala masing-masing.

Ketaksuban tidak bertempat dan siasah jumud kita pertahankan. Kita mabuk, kita mengamuk, kita merajuk.

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Sampai bila kita mahu terus dimomokkan sebegini? Kita rela jadikan ini sebagai warisan yang akan diwaris oleh mereka selepas kita?

Panduan warisan turun-temurun ada di tangan kita. Jamung penyuluh zaman berzaman ada di tangan kita. Takkan kita hendak sesat dan terus-menerus disesatkan lagi? Jangan kita wariskan kesesatan kepada anak-cucu kita.

Setiap yang indah ada kudisnya.

"The reality of the other person is not in what he reveals to you, but in what he cannot reveal to you. Therefore, if you would understand him, listen not to what he says but rather to what he does not say."-Khalil Gibran

No comments: