Saya baca tulisan Lim Kit Siang dan jeff ooi di dalam blog mereka masing-masing. Apa hal yang sampai ke isu BTN hendak dijadikan peluru agenda politik dangkal dan sempit kalian? Siapa sebenarnya yang sedang menghasut? Sudah tidak ada modal sangatkah Pakatan yang kononnya akan membawa Malaysia ke satu "New Dawn" ini?
Wahai pembesar-pembesar DAP, saya baru lepas berbuka puasa di Pulau Pinang, di warung Ikan Bakar dekat dengan Queensbay Mall, ramai rakyat Penang bangsa Cina yang makan bersama-sama berbuka puasa tadi. Ada yang duduk semeja dengan rakan berbangsa Melayu, sabar menunggu azan Maghrib, baru sentuh makanan enak yang telah terhidang. Tiada masalah, tiada terasa hati antara kami. Tidak ada yang terbawa-bawa tersentuh hati terasa diri mereka sebagai pendatang. TIDAK ADA!
Jangan hendak menbobrokkan suasana dengan menjadi batu api tidak bertempat. Tidak perlu panjangkan isu kepada isu-isu lain yang tidak bersangkutan. Cukup dengan main politik, JANGAN MAIN API!
Ini sudah sampai ke tahap ad nauseam, MEMUALKAN!
Integrasi nasional tidak berhenti setakat pemimpin-pemimpin DAP sahaja, tidak diwakili oleh manusia bernama Ahmad itu sahaja. Ada lebih 20 juta manusia lain di Malaysia ini, negara masih dipenuhi dengan manusia pelbagai kaum yang beradab, saling memahami dan mempunyai tahap toleransi yang teramat tinggi, yang sudah boleh membaca politik lapuk kalian.
Cukuplah! Retorik dangkal jajaan kalian kali ini sudah menjadi "OVERKILL"!
Dikemaskini (10.48PM)
Baca juga nukilan terkini Mat Tomoi bertajuk Mat Ismail yang degil! PM cari hang!
Sedekahkan juga Al-Fatehah terhadap tokoh kewartawanan negara Tan Sri A Samad Ismail yang telah meninggalkan kita kembali ke rahmatullah petang tadi. Takziah saya ucapkan kepada keluarga allahyarham, semoga terus tabah menghadapi ujian Allah ini. Inalillah Wa Inaillahira'jiun.

No comments:
Post a Comment