Monday, September 08, 2008

Kalut (2)

Akhirnya Memanda Perdana sedar akan graviti permasalahan yang sedang melanda partinya. Namun begitu, setelah dibiarkan berlarutan, usaha terkini beliau untuk hanya memanggil sepihak sahaja adakah memadai untup mengurangi kekalutan atau sebaliknya akan menambahkan kekalutan sedia ada?

“He will be asked to explain himself, after which we will decide what action will be taken against him,” Abdullah said.

“I’m very unhappy with what has happened and will take a firm stand on the issue,” he told reporters after meeting ambassadors and foreign dignitaries at Wisma Putra on Monday.

When briefed on a meeting earlier Monday in which Ahmad had asked Gerakan to leave the Barisan Nasional coalition, Abdullah said, “Ahmad should not blame other parties; it’s not for him to ask a component party to leave Barisan.”
Baca lagi PM to Ahmad Ismail: Explain, or face action (The Star Online-Latest)

Seharusnya, Paklah memanggil kedua-duanya, Ahmad dan Koh, dalam bidangkuasanya sebagai Pengerusi BN. Kedua-duanya patut menunjuk sebab, bukan seorang sahaja. Paklah masih Pengerusi BN bukan?

Macam mana tidak dikatakan kalut, kedai-kedai Nasi Kandar pun menjadi mangsa kah? Zalim sungguh..haha! Tetapi petang tadi masa saya membeli juadah berbuka puasa di Nasi Kandar Sharif di Gelugor (warung), panjang lagi yang beratur membelinya, sehinggakan di dalam hujan renyai-renyai pun masih ramai yang sanggup beratur dan menunggu....haha

Laporan berita berkaitan insiden yang membawa kepada amarah Mamanda Perdana boleh dibaca di Malaysiakini bertajuk Ahmad: Saya sanggup hadapi risiko dan di Malaysian Insider bertajuk Ahmad Ismail blames Koh for tensions . Di bawah ini adalah video berita NTV7, yang memaparkan insiden berkenaan (ihsan blog Thinking of Life)


3 comments:

Anonymous said...

Panggil juga mamat-mamat MCA yang dah terlebih-lebih tu. Panggil semua, baru adil!

Anonymous said...

Mestilah panggil Ahmad aje. Terang-terang ahmad & gengnya dah lawan PM skrg. Dengar cite Dr M mahu kembali bantu Ku Li lwn Pak Lah. So, bagus cantas mana yg melawan dulu sblm terlewat..Lepas ni bagi surat tunjuk sbb pada Muhyiddin lak sbb invite Dr M. Sekadar teori...

Lawyer Kampung said...

Bro Mail, boleh jadi realiti teori tu, apa pun mari kita tunggu dan lihat.. ;-)