Friday, September 26, 2008

Gah dan hebat jika anda bergelar ahli UMNO?

Semasa melayari blog Penggabung Suara (blog yang terbitkan (subscribed) juga tajuk-tajuk tulisan blog LK ini walaupun LK BUKAN ahli UMNO; sepertimana blogawan -blogawan UMNO lain, termasuk mereka yang bukan "kicik mayung" pengaruh mereka di persada media alternatif yang masih sudi menjengok pandangan blogger-bloger dari "luar" rumahtangga UMNO selama ini), saya "ter"singgah ke blog dan "ter"baca nukilan MINDA INTELEK MELAYU: Perbincangan Ahli Mendahului Mesyuarat MT UMNO hari ini.

Saya terpanggil untuk melakukan sesuatu yang bukan kebiasaan saya, memberikan komen di dalam blog entry saya kali ini khas untuk satu nukilan blogger yang lain. Ianya saya sentuh bukan untuk blogger berkenaan semata-mata tetapi ahli-ahli UMNO yang lain yang masih ada pandangan dan anggapan yang serupa, nasihat berikut ingin saya kemukakan. Sebelum itu, jutaan maaf saya pohon terlebih dahulu jika ada yang tersinggung kerananya.

Didalam italic dan warna kelabu adalah tulisan penulis blog yang dirujuk di atas.

Penulis pun mendapat cerita-cerita mengenai intipati mesyuarat MT UMNO itu semalam dan sumber-sumbernya dipercayai kerana mereka sangat rapat dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

Hebat sangatkah bila mendapat cerita daripada mereka yang sangat rapat dengan pemimpin tertinggi? Hersay (Dengar Cakap)? Bangga dengan menerima info dari mereka yang "rapat" dengan pemimpin? Hebat sangatkah kalau hanya boleh dapat info dari mereka yang rapat dan bukan dari pemimpin itu sendiri?

Dan cakap-cakap politik seperti ini sebenarnya sungguh menarik terutamanya jika kita bercakap dengan mereka yang mendapat informasi direct daripada pemimpin-pemimpin tertinggi tersebut dan mereka boleh menelefon atau sms tanpa protokol yang sedia ada.

Hebat sangatkah bila boleh telefon, sms secara langsung ini? Ahli UMNO (tertentu) sahajakah yang ada akses sebegini dengan pemimpin mereka? Esklusif sungguh perhubungan antara ketua dan ahli UMNO rupanya. Ianya perlukan medium rupanya! Budaya canggih!

Inilah menariknya jika kita berbincang mengenai parti UMNO dan kita adalah ahlinya. Impaknya tidak sama dengan mereka yang bukan ahli UMNO dan memberi komen dari luar 'rumah' UMNO.

Bincang mengenai parti ada impak yang hebat kalau anda bincangkan sesama ahli parti? Ya, betul! Nantikanlah impak yang serupa dengan penangan 8 Mac 2008, buahtangan Permatang Pauh dan sebagainya kelak akibat "hobi" ini. Kalau begitu impak yang didambakan, teruskan rasa gah dengan cerita dan komen sesama sendiri dan mara terus dengan sifat tidak endahkan komen mereka yang di luar "rumah" suci UMNO, teruskan!

Pengkritik-pengkritik tersebut sebenarnya hanya membuang masa mereka untuk menegur 'rumah tangga' UMNO. Ini adalah kerana mereka tidak berkongsi aspirasi dan matlamat asas perjuangan parti UMNO dan mereka bukannya ahi UMNO.

Pengkritik? Buang masa jika "pengkritik-pengkritik" ini tegur "rumahtangga" UMNO? Sikap sebegini lah yang menyebabkan sampai sekarang berjuta rakyat TIDAK MAHU berkongsi aspirasi UMNO. Jangankan rumahtangga UMNO, "tangga" UMNO pun mereka tidak mahu pijak!

Sampaikan kuasa sebenar hendak tentukan pemimpin pun sudah tidak ada di dalam tangan sendiri, masih hebatkah jika bergelar ahli UMNO? Jeritlah sekuat hati, kami mahu sipolan atau kami tidak mahu sipolan tetapi hakikatnya, bukan tangan ahli itu sendiri yang tentukan siapa jadi ketua. Sampai ke sudah dimomokkan oleh "pemimpin" sendiri. Masih gah jika bergelar ahli UMNO walaupun sebegini rupanya diri diperkotak-katikkan? Hebat lagikah begitu?

Kalau begini rupa dan gaya, hebat dan gah sangatkan kalau jadi ahli UMNO?

P/S
Jika ada "pengkritik-pengkritik" "luar" "rumahtangga" UMNO yang masih bersuara tentang UMNO, bersyukurlah. Itu tandanya masih ada yang menganggap UMNO itu masih relevan atau sekurang-kurangnya masih boleh kembali relevan.


6 comments:

Anonymous said...

Bangsa ku...

Sedarlah dari sifat sombong dan bongkak ini. Bangga konon dgn pemikiran yg sempit! Tak sedar diri! Pentingkan diri sendiri! Inilah sikap yg sedang menghancurkan UMNO dan seterusnya, bangsa kita sendiri...baik dari yg duduk di atas, hinggalah ke akar umbi, kalau inilah pendirian anda semua, siap-sedialah utk menuju kehancuran!

Eh, sampai dah tak boleh nak pikir sendiri ke??? Sampai takde rasa rendah diri, saling menghormati dan bertata-susila dalam cara dan pemikiran tu ye?

Bernas LK, syabas! Terus bukakan mata 'intelek perasan' ni!

Anonymous said...

Oiit, telepon & sms pun ada protokol ke dlm umno?

Anonymous said...

Tengok tajuk blog pun boleh agak ini orang. Sendiri claim intelek lagi. Intelek kapla hangguk.

Anonymous said...

Kenalah ada `sense of history' bila menganalisa sesuatu peristiwa.
Janganlah pakai andai andai sahaja,kalau begitu tak tepatlah analisa anda...

Lawyer Kampung said...

Thanks for the all the above comments guys. Keep it coming ;-)

Anonymous said...

Ni la masalah orang ameno. Dulu, kini & selamanya.