Monday, September 08, 2008

Kalut

Bagaimana tidak dikatakan kalut, lihat sahaja reaksi kedua pemimpin teratas UMNO terhadap isu Ahmad Ismail. Presiden kata terdapat salah laporan terhadap ucapan kontroversi tersebut . Kemudian 13 Bahagian UMNO yang lain di Pulau Pinang pun menyatakan sokongan terhadap tindakan Ahmad tidak memohon maaf. Semua maklum, Presiden adalah salah seorang ketua bahagian di situ dan Pengerusi Perhubungan Negeri, maknanya dia salah seorang yang berpendirian serupa.

Namun begitu, Timbalannya pula keluarkan kenyataan, pendirian 13 Bahagian UMNO adalah bukan dasar UMNO.

Itu maknanya pendirian Presiden UMNO masa kini adalah bukan lagi dasar parti dan ianya disanggah dengan terang oleh Timbalannya. Tetapi satu Malaya tahu, Timbalan tetap komited dengan presidennya. Maka ahli-ahli pun semakin pening dibuatnya, yang mana satu dasar yang mana satu pendirian? Yang mana satu hendak disokong?

Tidak kalut lagikah begitu?

Seterusnya, pada masa sekarang bila mana parti-parti komponen mula menunjukkan taring dan bertindak mengugut UMNO, apa tindakan yang dilakukan? Masih keluarkan kenyataan, bahawa tidak nampak unsur ugutan di situ.

Payah sangatkah untuk UMNO sebagai tonggak dan tunjang BN, mengorak langkah serta-merta memanggil kesemua komponen parti dalam BN terutama Gerakan dan MCA yang begitu ghairah bersuara untuk duduk semeja dan mencapai satu kata sepakat secepat mungkin? Ini tidak, dibiarkan api di dalam sekam terus berlarutan.

Polisi permuafakatan dalam BN tidak diutamakan sebaliknya, polisi turun padang bila banjir pula yang diuar-uarkan.

Tidak kalut lagikah begitu?

Dalam menghadapi permainan perang saraf Pakatan Rakyat dan 16 Septembernya, apa pula strateginya? Anjurkan percutian sambil belajar. Lari dan sorokkan semua rakan-rakan komponen mereka. Bukannya tergerak di hati untuk menganjurkan satu "show of solidarity".

Tidak kalut lagikah begitu?

Nah, sekarang ada pula yang hendakkan 4 TPM? 4 orang, hendak buat apa?

Kalut bukan?

Hendak dikatakan tidak ada konvensyen (kebiasaan praktis dan prosedur) samada yang tersurat ataupun tersirat, peraturan dan kod etika untuk mengawal ahli ataupun parti komponen, sudah tentu tidak betul bukan? Berbagai peraturan, perlembagaan, konvensyen , prosedur dan kod etika telahpun dikanunkan, masakan tidak UMNO dan BN bukannya persatuan setahun jagung. Inilah mungkin yang dipanggil "dalam kalut ada peraturan, peraturan cipta kekalutan"....

3 comments:

Anonymous said...

Mestilah bro cakap mahu ada 4 TPM. Kalau tak diberi, maka ada alasan untuk lompat parti sebab dalam poster PR pun ada TPM bukan melayu kan.

Lawyer Kampung said...

Buat apa 4 TPM, baik ada 4 PM terus, kan senang? ;-)

Anonymous said...

Ya, 4 PM, 4 Menteri Kewangan, 4 Menteri Pertahanan, 4 Menteri Pendidikan, 4 semuanya.