Wednesday, September 03, 2008

Kemelut onar si Ahmad

Ahmad baru sudah membuat onar. Dia dicerca ramai akibat perbuatannya. Habis satu kampung marahkan beliau. Jiran tetangga diapikan pula oleh geng kampung sebelah, begitu semangat marahkan si Ahmad sampaikan habis satu kumpulan pak Dolah, ketua si Ahmad, diamuk. Pak Dolah cuba berdiplomasi. Dia gagal. Ramai sudah tidak percaya dengan diplomasi lapuknya.

Sedar kemelut yang semakit kusut akibat onar si Ahmad, Pak Najib pun mencuba nasib. Maaf dipohon. Dia sebut bahawa dia wakil kumpulannya. Aib dengan onar si Ahmad, malu dan gundah gulana satu kumpulan dibuatnya. Seribu kemaafan dipohon. Najib begitu pasti ini sajalah resolusi terbaik masa kini, hanya dengan cara masuk moda kawalan kerosakan ("Damage control mode") sebegini. Pohon maaf bagi pihak si Ahmad! Mungkin bagi najib bertahan sebegini adalah yang terbaik. Mungkin juga Najib patut belajar dengan Ketua Kampung sebelah, Pak Anwar, pakar segala moda kawalan kerosakan.

Selepas ini, kawalan kerosakan sebegini akan menjadi prisiden (precedent)? Bagi Najib, mungkin inilah cara terbaik menangani kemelut natijah dek onar si Ahmad. Tetapi Najib terlupa. Pihak yang dipohon maaf masih lagi di dalam kecenderungan untuk menghukum ketua kampung dengan konco-konconya. Alang-alang sudah menari mengikut rentak orang kampung, kenapa tidak dihukum si Ahmad terlebih dahulu? Kata orang sayangkan anak tangan-tangankan. Kemudiannya barulah minta maaf dengan jiran tetangga. Jangan pula dibiarkan si Ahmad menyorok diri, suruh juga empunya badan merapatkan sepuluh jari pohon maaf kepada seluruh jiran tetangga!

Jangan nanti disebabkan anak seorang ini, habis seluruh jiran tetangga pindah kampung halaman. Tinggallah awak nanti terkantoi-kantoi seorang diri.

Kalaulah, Che Det, ketua kampung terdahulu hadapi masalah ini, pasti ada cara lain yang dia lakukan. Tambahan pula bila ada "kanser" yang dikesannya sedang merebak di dalam kampung. Sudah tentu dibuangnya terus kanser tersebut terlebih dahulu, al-maklumlah Che Det ini kata orang bekas tabib satu ketika dahulu.

5 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Ketua kampung nak kena pecat ni :-)


Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

UMgrads said...

We want che det! we don't want Pak Lah, we certainly do not want Najib! Heck, if che det det is not coming back, we are okay if Datuk Lim Chong Wei is to be made the next PM....Datuk Nicol David pun boleh... itu datuk that swam across English channel pun takpe!!! Anybody will do except for Najib & Pak Lah.

taipingmali said...

Kesalahan Majlis peguam mengusik hati orang melayu , Gerakan tak pula desak majlis peguam untuk minta maaf.

Lawyer Kampung said...

Gerakan sudah tergoda dengan janji dan api orang kampung sebelah saudara TaipingMali! Terimakasih kerana komen saudara. :-)

Faizal, ketua kampung tengah nyenyak dibuai gurindam anak beranak kot...

umgrads.. hahaha

KN36 said...

well, the damage control exercise is just so...UMNO isn't it? Typical knee jerk in the style that only your favorite party can provide.