Friday, September 19, 2008

Sukar sangatkah untuk terimamasuk bekas Presiden sendiri?

Saya sempat menonton Buletin Utama TV3 malam tadi. Selain daripada berita ekonomi dunia yang sedang merundum, berita utama yang memenuhi ruang slot awal adalah berita mengenai seorang yang begitu taksub hendak menjadi Perdana Menteri ke 6 dan berita seorang lagi yang sedang bergelut menjustifikasikan kenapa dia masih lagi Perdana Menteri ke 5. Letih menontonnya.

Kemudian ada sedikit temuramah dengan Setiausaha Agung UMNO berkaitan permohonan kemasukan semula Che Det, Perdana Menteri ke 4 memerangkap Presiden UMNO yang ke 5. Pemberita bertanyakan perihal berkaitan permohonan kemasukan semula beliau. Jawapan S/U Agung UMNO, Mesyuarat MKT 18.9.2008 tidak membincangkannya. Kenapa? Ringkas jawapannya, mereka belum lagi menerima borang permohonan Che Det sebagai ahli.

Begini, kalau sayalah yang memohon maka saya fahamlah justifikasi yang dikemukakan oleh S/U Agung UMNO tersebut. Siapalah saya untuk MKT bincangkan perihal permohonan menjadi ahli daripada saya dalam mesyuaratnya.

Tetapi ini adalah permohonan semula yang telah diuar-uarkan sendiri oleh bekas Presiden mereka. Bekas Presiden UMNO sendiri selama 22 tahun. Bekas Presiden yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia. Bekas Presiden yang telah menerajui dan mengemudi UMNO selama lebih 2 dekad. Bekas Presiden yang telah mengangkat secara langsung dan tidak langsung kesemua mereka di dalam MKT tersebut ke kedudukan mereka sekarang. Bekas Presiden yang dahulunya disanjung dan dipuja.

Tidak bolehkah diputuskan permohonan Che Det sebagai satu "kes istimewa"? Mustahak sangatkah borang permohonan tersebut? Tidak bolehkah diputuskan di dalam Mesyuarat tadi satu undang-undang kecil atau peraturan istimewa khas untuk bekas Presiden mereka sendiri? Tidak bolehkah dikecualikan segala birokrasi dalam menerimanya semula? Sukar sangatkah untuk dipermudahkan permohonan beliau atas dasar mengenang budi dan bertindak sewajarnya di atas faktor "budimu dikenang" tersebut?

Sedangkan di dalam undang-undang pun ada "exception to the general rule", kenapa tidak di dalam perkara ini?

Perkara sebeginlah yang sering membuatkan saya dan ramai lagi yang di luar ini bertambah musykhil dengan pembesar-pembesar di dalam MKT ini. Takkan begini peradaban dan budaya yang mahu dijadikan contoh dan teladan bagi mereka yang di di dalam dan luar UMNO, bukan?

Ketahuilah, tidak semua perkara perlu dipolitikkan. Tidak jatuh maruah diri jika kita mengalah sekali-sekala dengan orang yang lebih tua, yang telah banyak berjasa. Malahan apa yang pasti, kita akan lebih dihormati kerananya.

Berbudi-bahasa masih lagi amalan hidup kita, bukan?

Dikemaskini (6.15pagi)

Mungkin sibuk sungguh petang tadi dengan perkara lain agaknya? Baca sini dan sini.

18 comments:

Anonymous said...

Biasa tu kacang lupakan kulit. Ke buat-buat lupa?

Anonymous said...

masa ezam ari tu siap masuk parlimen lagi.. mcm2 agenda paklah buat.. tapi untuk menerima Tun masuk UMNO pun susah!

apa nak jadi la dengan paklah ni, makin hari makin terserlah kepincangan dia.. jangan ingat bila dia dah bersara nanti orang akan sanjung dia lagi mcm sekarang! saya rasa lagi teruk dari itu..

biarkan..biarkan..
mungkin masa paklah bersara nanti, kita patut buat kenduri kesyukuran kan!

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan Lawyer,

After reading Jebat's on UMNO warlord, the situation now is that Tun is willing to assist the combined forces to bring down Dollah. Therefore, his application must be carefully considered.

But does it make any difference if Tun's assistance coming from inside or outside UMNO. Knowing Tun, he himself is larger than currently wounded and crippled UMNO.

Wassalam.

Lawyer Kampung said...

True bro Piggy Singh, then again, as I said on the above, not all matters should be politicize or perceived as threat by the present leadership. Somewhere along the way, common sense, good judgment and modesty must prevail. They should go back to basic, UMNO itu melayu bukan? ;-)

Ariff Sabri said...

bro lawyer kampung,
likewise i agree with your thoughts on this. in fact yr article came out earlier. i am having technical problems with the clock at the blog post. doesn't synchronise with real time. i wrote my piece yesterday night.
with kind regards

Lawyer Kampung said...

Bro sakmongkol, you are not alone. I was having the same prob last night. Can't even post and update. Must be a problem with blogger.com themselves, heavy traffic etc. Getting little bit better this morning. ;-)

A.John said...

As he himself said " Melayu mudah Lupa " ! But then again he is big enough to exert sufficient influence whether he is on the outside or as a member. i would prefer him to be an advisor exerting his views and influence on all parties of the BN for a better malaysia. He has sufficient support doesn't he ?

Anonymous said...

salam loyar kg & sakmongkol,

i think those lads at google, owner of blogspot, must have been preoccupied with the market lah today [your last night].

even my cabbie was going on and on abt how he hoped the dow would recover a bit by time market closed today. guess he got his wishes.

re the sombong bodoh gang buat susah nak terima TDM, kalau tak silap Jeb Must Die ada kata kat blog dia yang TDM pun quite reluctanct to rejoin in the first place because he can still endorse and help Ku Li outside the party. that way he's also be free of any party restrictions. perhaps it's all for the best.

[en sakmongkol, i stopped by your serambi just now but scampered out like a bat from hell because a certain creature you have as illustration in the latest entry gives me the heebie-jeebies. i must have yelped because my hub looked up from his computer and asked if anything was wrong. when i told him, he said "do a temporary block images and go back, silly!" i'll do that, tapi have to wait till my semangat pulih. :D]

princess jiji said...

cek pun dah meluat dgn parti cek ni sejak Tun Dr M takdak!
maklumlah tujuan cek masuk UMNO dulu pun sebab admire sgt dengan Tun Dr M!lepas sekolah terus saja masuk UMNO sebab nak berjuang sealiran dengan Tun Dr M!tapi bila berada kat dalam UMNO, cek fahamlah awat rakyat biasa marah sgt kat puak2 kat atas tu!

Anonymous said...

Riak muka Ku Nan masa dia komen pun kita boleh baca, TDM x diraikan untuk masuk semula. Saja nak beri alasan tak antar borang. Sebaiknya TDM tak perlu mohon. Dia lebih berkesan hentam dari luar. Suara dia lebih dihargai oleh ramai orang. Siapa Ku Nan berbanding TDM..

Sutera Timur said...

Betul apa yg saudara blogger semua katakan.Kadg kala saya tertanya-tanya adakah mereka ini masih Melayu kerana apa yg diperkatakan seolah-olah mereka bukan MELAYU yg berbudi tinggi dan bersopan santun.Seolah pekerti Melayu dah hilang.Sekurg-kurg jawablah kemasukkan DR.M akan diterima pada bila-bila masa dan amat dialu-alukan.DIORG NI KADG-KADG kena ajar balik tentg budi bahasa ,kalau buat kempen dalam tv bukan main lagi hormat org tua dan budi bahasa.Tapi tidak dijadikan contoh dan tauladan ..Sebab itu pembgkg pun tak takut Kalau dgn mca ,gerakan dan dap cepat pula ambil tindakan walaupun benda yg tiada kaitan pun dan tak perlu diperbesarkan ,macam pak turut tiba2tiba datok mat ismail jadi mangsa.....kemana halatuju melayu diMT TAK TAHULA....Susah dah MELAYU nak bergantung dgn Melayu.......

Lawyer Kampung said...

a.john, mekyam,princess jiji, setulangdaing & sutera timur, thanks for the insightful comments. Terimakasih juga kerana sudi mengunjungi blog ini. :-) My apologies for the late reply, been a bit under the weather for the past 24hrs.

Anonymous said...

Do you guys believe in karma? Bola PaK Lah sedang berputar full-circle. Kadang2 tuhan tunjukkan balasan di dunia. Bagaimana rasanya kita diaibkan?- Justeru itu janganlah mengaibkan orang lain, lebih2 lagi pada orang yang ada berbuat baik pada kita.

motor cabok said...

jemput mai tengok sama di
http://motorcabok.blogspot.com
ulasan politik satira
...cuit sikit jer

MalayMind said...

Saudara lawyer,

Saya mempunyai perspektif yang berbeza.

1 - Borang permohonan masuk UMNO bukanlah segala - galanya, tetapi itu adalah justifikasi jelas tentang niat Dr M. Setakat ini, isu Dr M masuk UMNO hanya ditimbulkan oleh bukan empunya badan. Jadi, ia bukanlah berkenaan 'special case' atau tidak. Ia soal betulkah Dr M mahu masuk atau tidak.

2 - Benarlah Dr M itu banyak berjasa, tapi UMNO tidak boleh terus bergantung kepada seorang pemimpin saja. Kita masih ada Najib, Muhyiddin dan beberapa orang pemimpin lain. Malah UMNO tidak semestinya terus hidup dalam bayang - bayang Dr M selama-lamanya.

Lawyer Kampung said...

kakjayn, motorcabok & malaymind, terimakasih untuk komen tuan/puan. :-)

Anonymous said...

lawyer kampung, komen lambat sikit. mau tanya sama pak lah, ada ka borang permohonan keluaq umno. kalau tarak macamana kata tun m dah keluaq dr umno. technically tun m masih ahli umno, betui dak? tak tau la kalau ada tangan yang pi padam nama tun m.

Lawyer Kampung said...

haha.. betui jugak nooo anak malaiyu ;-)