...beliau masih boleh berbicara sepakbola! Itulah kepelbagaian insan yang bernama Anwar Ibrahim. Nah, lihat sahaja di sini. Kata beliau,
Saya meminati corak permainan Brazil, justeru dalam Euro 2008 ini saya memilih ‘Brazil Eropah’ untuk menjadi juara. Siapa lagi kalau bukan Portugal!
Tidak goyah dengan keperluan untuk berpolitik secara terus-terusan, DSAI masih lagi boleh menyelitkan bicara mengenai bola di dalam blognya! Anak muda mana yang tidak akan tertarik dengan pemimpin sebegini? Bukan seperti politikus-politikus ulung negara masakini yang hanya berbicara berkaitan kekuasaan, bila mahu bertukar kuasa dan kesetiaan kepada penghulu semata. Itu pasti membosankan. Pembesar-pembesar ini perlu berguru dengan DSAI, mungkin.
Pasti lebih bermakna bila hari ini Mahkamah Persekutuan memberikan Perintah Kebenaran Merayu untuk beliau mencabar kesahihan pemecatan beliau sebagai TPM dan Menteri Kewangan di suatu ketika dahulu. Baca Anwar dapat lampu hijau cabar kesahihan pemecatannya .
Samada DSAI bersandiwara atau tidak dengan war-war beliau untuk memastikan Pakatan beliau menjadi kerajaan persekutuan menjelang dua, tiga bulan akan datang ini, hanya masa akan tentukan.
Yang pastinya, beliau akan tetap berada di sini, terus berusaha keras memastikan kerelevenan dirinya di arena politik negara. Lihat sahaja nukilan blog terbarunya berjudul Turun Harga Minyak Tidak Realistik? Siapa yang tidak akan tertarik dengan jualannya?
Ada yang sudi membeli?

1 comment:
aku mau beli!
Post a Comment