Thursday, June 12, 2008

Setia dan Konvensional

  • “Saya datang daripada keluarga di mana ayahanda saya membantu menubuhkan parti (UMNO) dan saya bukan nya anak lelaki yang memusnahkan parti. Saya mahu terus menyambung membangunkan parti ini,”

  • “percaya peralihan kuasa (dalam UMNO) perlu dilakukan secara tradisi konvensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak”.


Itu kata TPM. Mungkin itu juga cara UMNO. Saya tidak tahu, saya bukan ahli UMNO. Nyata TPM adalah seorang yang amat setia kepada partinya, sayang kepada partinya dan seorang yang konvensional dalam caranya dalam menjejaki takuk-takuk kuasa dalam partinya.

Bapanya dahulu pun seorang yang amat setia kepada parti, sayang kepada partinya dan mungkin juga konvensional dalam caranya.

Sebaik sahaja UMNO dan Perikatan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum 1969 (Mei 1969), Tun Razak telah memulakan langkah dengan memastikan peralihan tampuk kuasa partinya dan negara beralih daripada Tunku Abdul Rahman kepada beliau. Tun Razak mencapai objektif tersebut di dalam tahun 1970 (September 1970). Kalau mengikut wikipedia Tun Razak telah melakukan perkara berikut untuk memastikan peralihan kuasa di dalam UMNO.

After the May 13 Incident in 1969, his faction in UMNO overthrew Tunku Abdul Rahman Putra and imposed a State of Emergency, ruling by decree until 1970. On September 1970, Tun Razak succeeded Tunku Abdul Rahman Putra as the Prime Minister of Malaysia. Baca lagi di sini.

"Overthrew" adalah satu perkataan yang kuat dan kasar untuk menunjukkan "kesetiaan". Tetapi mungkin itu hanyalah cara "konvensional era tersebut, era 70an dan tidak terpakai lagi sekarang. Nyata juga perkataan "faction" di situ. Namun demikian itu hanyalah kata-kata di dalam "wikipedia". Sesiapa pun boleh menokok tambah di dalam wikipedia. Saya percaya TPM pasti lebih arif. Ahli-ahli UMNO juga pasti lebih tahu. Yang nyata, bagaimana dan cara Tun Razak dan puaknya berbuat sedemikian (memastikan peralihan kuasa parti) boleh kita perolehi dengan mudah daripada buku-buku sejarah mahupun di dalam internet. Mungkin TPM patut juga dapatkan sedikit "tunjuk ajar" tidak langsung cara dan kaedah yang digunakan oleh bapa beliau di dalam memastikan peralihan kuasa tersebut.

Ikutlah cara konvensional ayahanda Datuk Seri di atas. Nah, dengan sedemikian bukankah Datuk Seri akan tetap menjadi anak dan ahli umno yang setia yang terus memastikan kewujudan parti tersebut dengan cara "konvensional". Bukan begitu Datuk Seri?

Takut-takut kalau terus duduk menantikan buah yang tidak gugur ini, Datuk Seri sendiri dengan secara tidak langsung terbabit dalam memusnahkan parti UMNO ini kerana saya kira ramai di antara kami di luar ini sudah melihat bahawasanya parti Datuk Seri sebenarnya menuju kemusnahan ataupun telah musnah sedikit demi sedikit sejak dari tahun 2004 lagi, selepas Pilihanraya Umum ke 11.

Itu hanya cadangan saya yang dilabelkan sebagai orang Melayu di dalam kumpulan keempat, ketiga mahupun yang kedua di dalam nukilan Che Det hari ini. Pendapat kami mungkin tidak perlu didengar oleh Datuk Seri kerana kami "orang luar" UMNO.

Namun begitu "Masa adalah intipati", Datuk Seri. Hakikatnya, masa tidak menyebelahi Datuk Seri mahupun parti kesayangan Datuk Seri. Bertindaklah segera dan dengan bijaksana!

2 comments:

Anonymous said...

M. Nasir

Anak Anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Apa macam lawyer kampung?

UMgrads said...

Najib himself can't help it. He himself knows he carries too much political baggage. He won't be his father, that's for sure.