Tuesday, June 17, 2008

KJ Cabar AI

Amboi, gah sungguh bunyinya!

"Bentuk kerajaan pusat pada atau sebelum 16hb September ini, atau letak jawatan sebagai Penasihat PKR keesokan harinya!"

Itu cabaran KJ kepada AI. Saya terbaca di dalam The Malaysian Insider sebentar tadi, Khairy challenges Anwar on Sept 16 deadline.

Saya teringat temuramah AI dengan The Star dua, tiga purnama yang lepas. Kalau tak silap mata dan tak khilaf telinga, daripada ayat dalam temuramah itu, nampak macam AI suka kepada KJ. "He was very polite", tak silap ingat, itu kata AI mengenai KJ. Tapi kali ini dicabar AI pula jadinya anakmuda "polite" ini. Politik!

Sekiranya AI memang gagal bentuk kerajaan pada 16hb September, lepas letak jawatan sebagai penasihat PKR, apa pula? Bikin rencana baru? Kalau letak jawatan penasihat masih boleh jadi presiden PKR bukan? Jawatan Pengerusi Pakatan Rakyat pun perlu diwujudkan. Atau sertai UMNO seperti Ezam dan jadi sahabat KJ?

Izinkan saya mencuri-pakai kata-kata ungkapan AI sendiri sebagai penutup nukilan saya pagi ini. "Apa lagi? Ha, bersilatlah!"

1 comment:

mantra-indeeptots said...

Kalau DSAI berjaya?

KJ is making his roadshow to contest for Pemuda Presidency. Its just his political gimmicks.. just ignore!!!