Hari ini dan esok, pembesar-pembesar UMNO (negara) akan berkumpul menentukan halatuju parti mereka. Adalah menjadi harapan semoga perkumpulan atau 'retreat' MT UMNO kali ini akan disuaimanfaatkan bukan untuk kepentingan penghulu mereka semata-mata, sebaliknya perlu dipastikan ianya adalah untuk kepentingan dan kesejahteraan pacal-pacal rakyat jelata di bawah kepimpinan mereka. Mereka juga harus sedar bukan halatuju parti mereka sahaja yang perlu diteliti dan dirangka, sebaliknya mereka mempunyai agenda yang lebih besar yang membabitkan halatuju nusa dan bangsa.
Tiada gunanya jikalau hasil daripada pemerahan akal dan minda selama 2 hari akan datang ini hanya masih melahirkan ungkapan-ungkapan dan kata-kata sorak "saya sentiasa dibelakang kepimpinan si polan" ataupun " kami sokong si polan si polan". Jikalau sedemikian "Wal hasil balik asal" lah jadinya!
3 comments:
Salam kepada tuan empunya blog. Janganlah berharap sangat. UMNO tetap UMNO. Lembik, kuat berlakon dan penting tembolok sendiri sahaja. "Saya sokong paklah" itu saja resolusi retreat MT kali ini. Percayalah.
setuju. saya sokon penuh. ummm.... ummm.
Sepatut nya retreat atau apa apa perbincangan untuk 4 orang ini sahaja. Pak Lah, Mahathir,Anwar dan Najib baru boleh aman. Baca firasat saya tentang A.M.A. N (Abdullah,Mahathir,Anwar,Najib)
Dan kalau di terbalik kan nama nama mereka UMNO tinggal N.A.M.A
Tak Percaya?
DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
Post a Comment