Wednesday, July 16, 2008

Bahas: Ke arah masyarakat sivil

Sepanjang perbahasan tadi, saya tidak dapat mengelak daripada memikirkan bagaimana jika diletakkan Abdullah sebagai lawan Anwar dan bukannya Shabery.

Ternyata dari awal, debat berkenaan adalah milik Anwar. Shabery mungkin terlupa pantang larang utama apabila berdebat bila daripada awal lagi kelihatan menyerang Anwar secara peribadi. Jelas emosi menguasai Shabery daripada awal hingga ke akhir debat. Lihat sahaja siapa yang menghulurkan tangan terlebih dahulu apabila perbahasan berakhir? Anwar telah berjalan kepada Shabery dan menghulurkan tangan.

Namun demikian tahniah wajar diberikan kepada Shabery kerna sanggup turun ke gelanggang mempertahankan dan memperjelaskan tindakan-tanduk eksekutif yang diambil oleh kabinet yang dianggotainya. Namun demikian debat adalah debat, dan apabila berdebat keberanian bukanlah faktor tetapi isu hujahan yang selaras dengan tajuk perlulah diutarakan. Pencadang dengan cadangannya dan pembangkang dengan bangkanganya. Sayang sekali kepada Shaberi kerana tajuk debat berkenaan adalah jelas, maka apa yang shabery patut utarakan adalah kenapa ianya tidak boleh dilaksanakan. Itu sahaja.

Anwar pula sebagai pencadang dengan bijak telah mengutarakan cadangan-cadangan yang dianggap “populist” oleh Shabery. Salah satu pematahan yang jelas daripada shabery yang saya kira boleh diterima, sebagai penghalang kepada cadangan-cadangan Anwar, tidak diperjelaskan dengan lebih lanjut oleh menteri berkenaan adalah atas isu IPP. Shabery mengatakan cadangan berkenaan IPP yang diutarakan oleh Anwar tidak boleh dilaksanakan kerana obligasi kontraktual yang mana mengikat kerajaan. Saya berharap Shabery boleh memberikan contoh namun beliau telah berhenti setakat itu sahaja.

Dan apabila Menteri Penerangan kita hanya mengulang-ulangkan hujahan-hujahan “cakap senang, buat susah” terhadap lawannya sebentar tadi maka di situlah, pada pendapat saya, debat malam tadi adalah kepunyaan Anwar.

Anwar pun tidaklah menampilkan hujahan-hujahan yang sempurna keseluruhannya. Ada masanya, beliau hanya menggunakan kepetahannya berbicara, menggunakan perkataan dan tidak menampilkan isi yang sewajarnya. Namun begitu, sebagai pencadang, saya kira Anwar telahpun mengemukakan nas-nas yang sepatutnya diutarakan oleh pihak pencadang kepada tajuk perbahasan.

Malangnya Shabery tidak nampak seperti membangkang dengan hujah-hujah yang konkrit apabila terperangkap sedikit dengan emosinya. Yang paling merugikan ruang perbahasan yang memang terbatas tersebut, bila beliau telah dengan terlampau terang “menjual” keterbukaan kerajaan dalam memberikan ruang kepada pembangkang untuk tampil ke arus media perdana sepertimana ruang yang telah diberikan kepada Anwar malam tadi sebagai satu nas hujahan. Maaf, apa kena mengena tajuk pebahasan dengan perkara tersebut?

Namun demikian izinkan saya mengucapkan syabas kepada kedua-dua pendebat dan kita semua kerna dengan berlangsungnya debat sedemikian jelas kita sedang menuju kearah yang betul menjadi masyarakat sivil yang berhemah dan bukannya hanya bijak dalam membuat demonstrasi atau sekatan jalanraya semata-mata.

Semoga banyak lagi debat sebegini akan dapat ditonton oleh kita.

Syabas semua!



Lagi video di sini.

Diperkemaskini!

Apa kata Anwar berkenaan debat tersebut? Baca sini. Wah! Banyak sudah "reviu" perbahasan julung-julung kali ini sebenarnya daripada arena blogosfera, baca sini, sini, sini, sini dan sini. Baca juga ulasan Bigdog mengenai penyampaian isi di dalam debat tersebut di sini dan dari blog notashabery sendiri di sini berkenaan debat semalam.

2 comments:

joe said...

Salam,

HARI INI MENBENTUK KERAJAAN BARU, ESOK SHABERY CHEEK LETAK JAWATAN...baru betul topik perbahasan

Walau apa pun taniah kepada beliau kerana berani berhadapan dengan orang yg jauh2(walaupun dirimu jauh) berpengalaman tetapi paling mengecewakan adalah Dr Nordin Kadri
Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan kini Naib-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)...sungguh memalukan pada para-para akademi, dan graduan terutamanya dari UUM

p/s..agaknya sapa yang tolak Shabery "cheek, cheek ka boom"...kedepan....kasik naya orng je


wasalam
carcoon

Lawyer Kampung said...

Salam saudara joe, benar seperti yang anda katakan. Saya cuba mengelak daripada membuat komen ke atas Nordin kerana tidak dapat saya rasionalkan lansung apa kaitan beliau dengan perbahasan ini selain daripada melukut di tepi gantang.