Saturday, July 12, 2008

Paklah bertanya kepada dirinya sendiri...

..."...tang mana yang tak kena ni Paklah?"

Balik daripada makan malam dengan keluarga tadi di Cafe Old Town White Coffee Bayan Baru, saya sempat menonton sebahagian dari Berita jam 8 TV3. Kelihatan paklah sedang berucap di dalam satu majlis bersama NGO.

Paklah dirakamkan berkata bahawa "Dr. Mahathir sendiri pernah katakan, dia mintak maaf di dalam satu persidangan UMNO 3, 4 tahun sebelum dia bersara. Dia mintak maaf kerana dalam pencapaian-pencapaian yang diperolehi di zaman pemerintahnnya, dia masih gagal mengubah perangai bangsanya."

Seterusnya paklah telah mengatakan bahawa semasa mendengar ucapan Dr. Mahathir tersebut, dia di dalam diam-diam berkata kepada dirinya sendiri, "jika ditakdirkan saya memerintah, saya akan usahakan untuk mengubahnya", merujuk kepada usaha mengubah sikap bangsa Melayu.

"Daripada yang terbaik kepada yang terburuk", Perdana Menteri juga memberitahu majlis tersebut berkenaan pencapaiannya di dalam Pilihanraya-pilihanraya Umum yang lepas-lepas. Dia akui bahawa dia memegang rekod yang terbaik dan dia juga adalah pemegang rekod yang terburuk, sehinggakan dia menyambung ucapannya lagi dengan bertanya kepada dirinya sendiri, "tang mana yang tak kena ni paklah?"

Baguslah, saya kira paklah cuba bermuhasabah dengan dirinya sendiri bila menyoal dirinya sedemikian rupa. Cuma saya sedikit gusar, bila persoalan yang ditimbulkan sudahpun mempunyai jawapan. Jawapan yang sangat jelas, terang-benderang. Jawapan yang diberikan sendiri lebih kurang 3 purnama yang lalu.

Pokoknya, bukan sikap rakyat jelata sahaja yang perlu dikesali bila tidak dapat diubah. Sikap pembesar-pembesar juga perlu dikesalkan seandainya langsung tidak diperelokkan, diperindahkan, diubah.

"tang mana yang tak kena ni Paklah?"

Saya kira jawapan yang paling sesuai sekarang ini dari saya kepada Perdana Menteri adalah, "Tang tu kot paklah, tang kita sendiri yang dok pi mai, pi mai tang tu."

والله أعلم

4 comments:

Anonymous said...

Enough is enough, dolah! Talk straight for once. What good asking that question? As a malay proverb puts it, 'sudah gaharu cendana pula, sudah tahu, bertanya pula". Resign-Lah, now!

Anonymous said...

Thick face. What more can I say?

Lawyer Kampung said...

Melayu mudah lupa...

Pesanan Keramat said...

Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.

Petikan itu seperti di bawah:

From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.

Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.

Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?

Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.

Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.

Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.

Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?

Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .

Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?

Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.

Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?

Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.

Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.

Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?

Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?

Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?

Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.

Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.

Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.

Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.

Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.

Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.

Berani lakukan perubahan!

Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.